Tuesday, August 25, 2009

Pengorbanan Ramadhan

Detik yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba jua. Aku sudah berniat mahu menjadikan Ramadhan ini Ramadhan yang terbaik dalam hidupku.

Semakin hampir Ramadhan, semakin menimbun tugas di pejabat. Bermula pada hari Khamis, team PTS Pro sudah bertungkus lumus menyiapkan projek PERMATA. Hari pertama Ramadhan, aku sempat berbuka bersama suami tercinta. Projek PERMATA benar-benar menuntut pengorbanan yang besar. Sabtu dan Ahad sudah seperti hari bekerja. Malah, lebih daripada hari bekerja biasa. Pergi pagi, balik juga pagi. Mujurlah suamiku faham. Tidur pagi itu, aku bermimpi sedang melakukan scanning buku. Bangun sahaja daripada tidur, aku terus memikirkan rakan di pejabat. Pukul berapa mereka sahur, apalah yang mereka makan sahur itu?

Sedih juga apabila memikirkan pada hari kedua Ramadhan, suami berbuka di masjid. Itupun atas saranan dirinya sendiri. Aku sungguh terharu dan rasa bertuah memiliki suami sebaik suamiku. Dua kali aku tawar-menawar dengannya berkenaan dengan masa balik. Akhirnya dia bersetuju mengambilku setelah habis dia bersenam di gym. Sekitar pukul 1 pagi lebih barulah aku balik ke rumah. Kami bersahur di luar, katanya untuk persediaan kalau-kalau aku terlajak tidur. Sekali lagi aku diruntun rasa bersalah. Aku hanya tidur beberapa jam. Sekali lagi tidurku bermimpikan kerja di pejabat. Aku bermimpi sedang melekat glossy sticker pada buku. Celik sahaja mata, fikiranku terjerumus pada kawan-kawan di pejabat. Pukul berapakah mereka tidur, sudah siapkah buku-buku itu? Rasa bersalah meninggalkan kawan-kawan di pejabat merajai di hati. Apakan daya, aku tidak mampu melakukan pengorbanan sebesar mereka kerana aku ada tanggungjawab sebagai isteri yang mesti aku utamakan. Sahur itu kami makan ringkas sahaja kerana sudah makan sebelum itu. Pagi itu juga aku mendapat message daripada Shiela yang melahirkan rasa syukur kerana Projek PERMATA sudah berjaya disiapkan. Alhamdulillah....

Projek PERMATA, mencuri masa-masa berharga kami bersama keluarga tercinta. Aku lihat sendiri kegelisahan Fatin memikirkan keluarganya. Ahli keluarganya demam di kampung, tetapi dia hanya berpeluang menjenguk sebentar sahaja. Aku dengar sendiri Aizat menghubungi ibunya menyatakan dia tidak dapat berbuka bersama keluarga hari itu. Kak Ann yang juga tunggak keluarga terpaksa menghambakan diri di pejabat dan tidak dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta di Bangi. Ya Allah ... Kau berikanlah hikmah dan balasan yang baik kepada mereka.

Apa yang kita fikirkan, itulah message yang akan dihantar ke seluruh saraf badan kita. Pada Ramadhan kedua, sebenarnya aku kurang sihat. Rasa mencengkam di perut bagai mencarik-carik segala usus dan daging di perut. Aku makan sedikit sahaja walaupun sajian berbuka itu nampak menyelerakan. Kerja dan semangat rakan-rakan PTS Pro secara automatik menghantar message ke otakku agar aku juga harus bersemangat dan melupakan perkara-perkara 'remeh' yang berlaku padaku. Rasa mengantuk dan penat bersatu menjadi satu, namun semuanya kulawan habis-habisan. Aku selalu melihat Kak Ann sebagai inspirasi dan sumber kekuatan team PTS Pro. Dia selalu bersemangat, sabar, dan gigih. PTS sangat beruntung mempunyaI pekerja sehebat Kak Ann. Walau sehebat mana dugaan, dia tetap tabah. Tidak mengapa Kak Ann, biarpun orang lain tidak nampak pengorbanan Kak Ann, biarpun orang lain tidak menghargai apa-apa yang Kak Ann buat, percayalah ... kami sentiasa menyokong Kak Ann. Kami tahu apa yang Kak Ann buat.

Malam yang semakin pekat, bagaikan tidak terasa. Kak Ann dengan tarian indianya, Mar dengan lagu hindustannya, Mazni al-Irfan dengan teknik dan idea barunya, shiela dengan kesasulannya, Fatin dan Aizat yang selalu menjadi mangsa usikan Kak Ann dan Mar, dan aku dengan cerita zaman kanak-kanakku. Kami sentiasa gembira, bahagia, dan bersatu dalam apa juga rintangan. Aku sangat bersyukur mempunyai rakan sepasukan yang sangat sporting, hebat, dan baik seperti mereka. Projek PERMATA semakin mendekatkan hati kami antara satu sama lain. Aku sendiri sangat sayang pada team PTS Pro. Aku pasti akan sangat sedih sekiranya aku terpaksa meninggalkan mereka. Sayang seribu kali sayang, aku tidak berkesempatan mengambil gambar dengan hasil kerjaku sebagaimana rakan-rakan yang lain. Tidak mengapalah, asalkan aku sudah membahagikan masa yang baik antara tugas di pejabat dan tanggungjawab terhadap rumah tangga. Sekurang-kurangnya, pagi itu aku menyiapkan sahur yang sempurna buat suami, dan makanan berbuka buat seluruh ahli keluarga mentuaku.


Semalam, aku menyediakan sizzling yee mee untuk keluarga mentua. Makanan kegemaran suami dan adik-adik iparku. Alhamdulillah ... kami berbuka dalam suasana yang meriah dan gembira. Telatah anak-anak buah amat menghiburkan. Ini juga adalah hadiah buat diriku setelah berhari-hari berkampung di pejabat, akhirnya aku berpeluang juga berbuka bersama keluarga. Aku kepilkan gambar sizzling yee mee di sini.

Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Aku sentiasa berdoa agar pengorbanan yang kami buat ini berbaloi. Semoga projek PERMATA terpilih dan semoga team PTS Pro terus bersatu padu.

Saturday, August 15, 2009

Roti Berlapis Ayam

Semalam, balik dari kerja, aku terus ke rumah mak mentua. Tak sabar nak jumpa mamatok dan anak-anak buah. Mak mentua mula mengatur resipi makan malam. Ramai tetamu akan hadir.

Aku mulakan dengan ayam masak merah. Ini resipi mudah daripada mak mentua juga. Aku kongsikan resipinya.

1 ekor ayam, dipotong-potong dan dibersihkan.
1 labu bawang besar (kalau saiz sederhana, tambah sebiji lagi)
1 labu bawang besar dimayang kasar
2 ulas bawang putih
Sedikit halia (sekitar 1 inci)
1 cili hijau dibuang tangkainya
1-2 sudu besar serbuk cili (ikut suka)
2 sudu besar sos tomato
sedikit garam
sedikit gula
Sedikit kunyit
minyak untuk menggoreng ayam
sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak:
Lumurkan ayam dengan halia,sedikit kunyit,1 ulas bawang putih, dan garam yang ditumbuk halus. Goreng hingga betul-betul masak. Apabila masak, angkat dan ketepikan.
Kisar 1 bawang besar, 1 ulas bawang putih, dan serbuk cili. Ketepikan.
Tumis bawang besar yang dimayang dan cili hijau. Jangan layu sangat.
Masukkan bahan kisar. Masukkan garam, gula dan sos tomato. Adjust rasa kalau ada yang terkurang. Kacau hingga sebati. Biarkan sampai pecah minyak. Masukkan sedikit air sekiranya kuah agak pekat.
Apabila sambal sudah cukup rasa dan pecah minyak, masukkan ayam. Gaul sebati dan tunggu sebentar. Setelah beberapa minit, tutup api.

Lain orang lain seleranya. Cubalah kalau berkenan. Kalau tidak sedap, jangan marah aku pula. Asalnya, cara aku memasak ayam masak merah agak rumit. Ayamnya juga digoreng setengah masak sebelum dimasukkan ke dalam kuah. Bahannya lebih banyak. Ada kayu manis, bunga lawang, serai, kacang pees, cili boh, dan tomato yang didadu. Sejak berkahwin, aku mengubah pula cara memasak ayam masak merah.

Resipi kedua malam tadi adalah udang goreng tepung. Fuh penat juga dibuatnya. Mujurlah salah seorang adik iparku menolongku menggolekkan udang dalam telur dan tepung. Masa berlalu bagaikan tidak terasa. Sambil masak, aku, mak mentua dan 2 orang adik ipar perempuanku sempat juga bergurau. Mak mentua yang sibuk mengagah si kecil Fatimah menjadi subjek. Bukan main lagi mereka bertiga gelak apabila aku mengatakan aku takut tergoreng gigi palsu mak mentua kalau giginya jatuh ke dalam minyak.

Aku tidak menjamah nasi di rumah mak mentua. Mungkin kenyang bau. Tengah malam, terasa lapar pula. Terbayang-bayang udang goreng tepung. Mmm ...

Sebelum balik, mak mentua pesan, kalau boleh esok pagi dia minta tolong masak nasi lemak dengan sambal sotong pula. Kalau tiada aral merintang, aku pasti akan datang.

Resipi baru ...
Hari ini, aku mencuba resipi baru, Roti Berlapi Ayam. Sudah lama aku nak memasak roti berlapis ayam, tetapi asyik tertangguh.



Gambar ini, aku copy daripada MyResipi.com. MyResipi.com sudah seperti kamus masakan. Type lah apapun, hampir semuanya ada. Aku tidak ada alasan untuk mengatakan tidak tahu dan tidak pandai. Hubby pun sekarang sudah pandai request resipi yang pelik-pelik. MyResipi.com pasti boleh memberi resipi yang best-best!. Sudah hampir empat tahun laman web ini menjadi laman web kegemaranku. Sebelum berkahwin, aku sudah ada berfile-file resipi yang diprint daripada MyResipi.com. Hampir kesemua resipi kegemaran suami ada dalam simpananku semenjak kami bercintan-cintun lagi. He ... He ...

Aku jemput juga Kak Ann dan Fatin. Tapi, mungkin tidak ada rezeki mereka berdua. Aku pun agak lambat menghubungi mereka. Tidak mengapalah ...

Minggu depan puasa. Tidak sabar rasanya. Suami sudah berangan-angan mahu bersahur apa dan berbuka apa. Terus-terang aku katakan, walaupun hobiku memasak dan aku pernah bercita-cita mahu menjadi seorang chef, tetapi jika aku tidak sihat atau sibuk, aku agak malas ke dapur. Bukan sebab malas memasak, tetapi malas nak kecahkan dapur. He ... He ...

Episod Akhir-Lan

Assalammualaikum,

Sudah lama aku tidak mengupdate blog ini. Nak kata sibuk tidaklah sangat. Cuma masa di rumah, aku bahagikan untuk perkara lain. Apatah lagi, nenek mentua (mamatok) baru sampai dari Sabah.

Ini pengakhirnya ...
Ada juga yang bertanya, apa penyudah kisah Lan. Sebenarnya aku malas nak bercerita panjang tentang Lan. Aku pendekkan sahaja ceritanya.

Kira-kira pukul 2 petang, aku dan Puan Khadijah Hashim (majikan aku pada masa itu) bergerak ke Institut Terjemahan Negara (ITNM). Semasa memasuki ITNM, aku telah setkan handphone ke mode senyap. Balik daripada mesyuarat itu, aku melihat ada beberapa missed call dan message. Selepas menghubungi office mate, aku mendapat beberapa message daripada Hazidah. Message pertama, dia menyatakan dia sangat berdebar masuk ke mahkamah. Message kedua adalah message yang agak menyentap rasa geramku.

"Kak Nor, saya tarik diri. Kalau tidak, abang ### nak buat report polis yang saya ni pecah amanah."


Apa dikesal berhuma padi,
padi di bendang dibahagi-bahagi,
sudah bersarangkah kejam di hati?
memfitnah menganiaya bagaikan hobi.

Tidak sanggup aku nak 'membahasakan' Hazidah. Suaranya tersekat-sekat. Aku tahu dia menahan sebak. Hanya dia yang menghadapi segala ugutan dan kata-kata nista abang ###. Kalau dilihat dari rupa, abang ### memang nampak baik dan agak tampan orangnya. Tapi itu tidak memberi makna jika hati busuk dan kejam. Mentang-mentang dia berduit, mentang-mentang dia berpengaruh, disepak-sepaknya maruah orang.

Setelah melayan Hazidah bercerita, aku hubungi pula Puan S. Dia memang marah dan kesal. Tapi apa nak buat, nasi sudahpun hangit.

Aku kongsikan beberapa tips daripada menjadi mangsa malaun kejam seperti abang ###.

- Dapatkan surat tawaran.
- Baca surat perjanjian dengan teliti sebelum menandatanganinya. Tanya apa-apa maklumat yang tidak difahami. Dapatkan salinan perjanjian.
- Pastikan gaji masuk pada tarikh yang telah ditetapkan. Sekiranya gaji lambat, dapatkan penjelasan.
-Dapatkan slip gaji.
-Semak KWSP (ada kes majikan tidak membayar KWSP walaupun gaji telah dipotong)
-Pastikan segala faedah yang dijanjikan diterima : pembiayaan rawatan dan perubatan, cuti, elaun, bayaran kerja lebih masa dan sebagainya.)
-Kalau majikan menipu, mengugut, menganiaya, dan sebagainya, hubungi Jabatan Buruh. Mohon nasihat daripada mereka terlebih dahulu. Jangan menipu maklumat. No telefon Jabatan Buruh berbeza mengikut tempat. Hubungi directori dengan menekan nombor 103, dan minta no telefon jabatan buruh yang berdekatan dengan kita.

Sunday, July 12, 2009

sambungan... Aku Tahu Lan Menangis"

Bermulanya sebuah derita ...

Hazidah nekad berhenti kerja. Cukuplah seksa menyekat selera daripada menjamah makanan berlauk selama berbulan-bulan dek gaji tak dibayar. Sudah muak tekak dijamu dengan maggie hari-hari. Aduhai ... seksanya badan, seksa lagi hati. Berhari-hari Hazidah memikirkan ayat terbaik untuk melontarkan alasan pada abang ###. Jangan sampai hati majikan itu terguris. Dilapik-lapik bahasa, ditapis-tapis ayat berulang kali. Hari yang mendebarkan datang jua. Surat berhenti kerja dengan sebulan notis akhirnya bertukar tangan.

"Kenapa nak tunggu sebulan? Kemas barang awak, pulangkan harta pejabat dan awak boleh berhenti hari ini juga! Kalau awak terus bekerja di sini pun, awak tidak dapat memberi tumpuan lagi."

Hazidah terkesima. Semua kata-kata sudah tersekat di kerongkong. Sebaknya hati Tuhan sahaja yang tahu. Hazidah keluar dari bilik abang ### dengan perasaan yang berbaur. Digagahkan jua tangannya mengemas barang. Laptop hak syarikat dipulangkan segera.

Petang itu, pantai Port Dickson menjadi medan menghambur perasaan. Air mata bagai tidak mahu berhenti. Hati Lan juga pilu melihat nasib yang menimpa Hazidah. Sudah tidak terpujuk lagi hati yang lara.

Besoknya Lan menerima nasib yang sama. Alasan abang ###, Lan bersubahat dengan Hazidah. Lan terima sahaja keputusan abang ###. Dia tidak membantah walau dengan sepatah perkataan.

Laporkan sahaja ...

Aku mengaku, aku yang mempengaruhi Hazidah agar membuat laporan di jabatan buruh. Malah, kawan-kawan Hazidah dan rakan-rakan kongsi abang ### pun mendesak Hazidah agar mengheret abang ### ke muka pengadilan. Rakan kongsi abang ### sudah jemu dengan perangai buruk abang ###. Sudah ramai pekerja dibuang 24jam. Syarikat di Seremban pun dijenguk sekali-sekala. Keuntungan syarikat pula tidak dibahagi dengan seadilnya.

Aku menghubungi sahabatku yang memegang jawatan yang agak tinggi di jabatan perlindungan dan hak-hak pekerja. (Tidak perlu dinyatakan di sini, apa nama jabatannya). Dia kukenal semasa berkhidmat sebagai Pembantu Peribadi Datin A pada tahun 2003-2004. Panjang lebar penerangannya.

Aku mula mengira-ngira kesalahan abang ###. Banyaknya .... Abang ### mengambil pekerja asing tanpa permit. Menurut akta 60K, majikan hendaklah memberikan butir-butir pekerja asing kepada Ketua Pengarah Buruh terdekat selepas 14 hari pengambilan pekerja asing tersebut. Sekiranya gagal, maka tindakan boleh diambil mengikut seksyen 99A yang mana, satu penalti am tidak melebihi RM10,000. Mmm ... itu belum dicampur dengan kesalahan menggaji pendatang haram.

Abang ### juga membuat pelbagai kesalahan di bawah Akta Kerja seperti lambat membayar gaji dan memotong gaji pekerja tanpa kelulusan, gagal menyediakan maklumat dan penyata gaji pekerja, gagal menyimpan daftar pekerja, gagal menyediakan insuran pampasan pekerja serta kesalahan lain di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952. Kesalahan-kesalahan ini boleh menyebabkan abang ### dikenakan denda sehingga RM10,000.

Sahabatku menawarkan pertolongan kepada Hazidah. Dia akan menyediakan peguam terbaik dari jabatan beliau untuk membela nasib Hazidah. Namun, sesuatu yang tidak dijangka telah terjadi. Tunggu entri yang akan datang. Insya-Allah ... akan kuceritakan pada pembaca semua.

Thursday, July 9, 2009

Aku Tahu Lan Menangis

"RM20 pun jadilah," kata adikku yang belajar di UiTM seolah-olah merayu.

Memang dia merayu! Yang buat aku membebel panjang adalah apabila dia selalu sangat minta duit. Bukan itu kebiasaanya. Aku dapat merasakan ada sesuatu yang berlaku. Aku masih belum berpuas hati dengan jawapannya yang selalu mengatakan duit itu untuk keperluan membuat assignment. Aku dulu pun belajar juga. Bila disuruh balik ke rumah aku, dia menolak. Katanya kasihan pula pada Lan.(Adik lelaki di bawahku). Mmm ... soal itu aku abaikan dahulu.

"Kak, Hazidah dibuang kerja 24jam." Pesanan ringkas itu aku terima lewat petang.

Agak terkejut juga kerana sepanjang pengetahuanku, Hazidah merupakan orang kuat MD Sdn. Bhd. Dia sudah berpengalaman beberapa tahun di situ sebelum Lan masuk bekerja di syarikat itu. Dialah yang membeli kelengkapan pejabat, menyapu, mengemop, mencari klien, menyiapkan proposal dan banyak lagi. Pendek kata, dia buat segala-galanya sedangkan bossnya menguruskan pejabat di cawangan utara. Hazidah ... Hazidah ... kadang-kadang aku fikir Hazidah dengan Lan sama sahaja perangainya. Terlalu baik!

Malam itu, aku dan suami berehat-rehat di ruang tamu sebelum nada talifon menjerit-jerit minta di angkat. Adi lagi ....

"Kak, Lan pula dibuang kerja 24 jam. Abang ### dah belikan tiket dia untuk balik kampung awal pagi besok."

Kali ini aku benar-benar tersentap. Gila kah abang ### hingga kejam sangat memperlakukan sepupu isterinya sampai begini sekali? Darahku benar-benar mendidih. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja aku bersemuka terus dengan abang ###. Nak kutanya satu persatu, nak aku marah sepuas hatiku, nakku tampar juga barangkali! Sabar ... sabar ....

Aku tahu bagaimana jujurnya Lan bekerja. Aku tahu pengorbanan Lan tu bagaimana. Dia adikku yang paling rapat denganku sejak kami kecil lagi. Sangat baik orangnya. Jarang marah-marah. Kalau disuruh, jarang sekali dia menolak. Laju sahaja pertolongannya datang.

Kenangan raya tahun itu bagaikan skrin besar di kepalaku. Abang ### benar-benar memujuk Lan agar menolongnya mengurus syarikat di Seremban. Macam-macam janjinya. Gaji RM1000, ada bayaran kerja lebih masa, dapat talifon bimbit, boleh pakai kereta dia ke tempat kerja, minyak dan tol ditanggung dan sebagainya. Ku kira, itu sudah cukup bagus. Walaupun jauh di sudut hati aku dapat merasakan sesuatu yang aku sendiri tidak pasti, namun aku sokong juga hasrat Lan.

Bulan depannya, aku sponsor tiket penerbangan Lan ke sini. Duit belanja pun aku sertakan juga. Tidak lah banyak, tapi cukuplah. Lagipun Lan kata nanti abang ### akan bagi gaji sekian-sekian haribulan. Benar Lan diberi pakai kereta dan talifon bimbit tapi minyak dan tol ditanggung sendiri. Claim lambat lagi nak dapat. Gaji pun agak lambat pada masa itu. Entah mengapa, aku dapat merasakan sesuatu yang berlaku pada Lan. Kurisik-risik keadaan kewangannya. Sah, memang dia tidak dibayar gaji mengikut tarikh yang dijanjikan. Duit belanja yang kuberikan dulu hanya berbaki RM3.00. Aku tanya bagaimana dia makan. Katanya dia makan nasi dan kuah sahaja. Luluh benar hatiku. Aku tanya nombor akaunnya kerana aku tidak menyimpannya. Dia berkeras tidak mahu aku menghulurkan wang lagi padanya. Mungkin dia segan.

Setiap hari aku bertanyakan makan minumnya. Kata Lan, ada seorang abang sama tempat kerja dengannya selalu belanja Lan makan. Syukurlah walaupun hatiku tetap bimbang. Setiap kali aku makan, aku akan teringat tentang Lan. Dah makan kah dia, apa dia makan hari ini? Hendak aku pergi ke rumahnya, emm ... sampai ke sudah dia tidak mahu memberi alamat. Katanya semuanya okay. Akhirnya Lan dan staf yang lain dapat juga gaji walaupun jauh sangat terlajak. Mujurlah Lan masuk pertengahan bulan.

Aku tidak pernah bertanya berapa yang dia dapat kerana aku percaya abang ### takkan menipu sepupu isterinya sendiri. Dalam hal ini, Lan masih lagi positif. Aku pula yang melebih-lebih. Aku paksa dia mohon surat tawaran, tapi kata Lan, 'tak apa.' Kadang-kadang geram juga aku dengan sikap 'tak apa' Lan itu.

Setelah mendapat berita Lan dibuang kerja, suamiku terus menghubungi Lan. Masa itulah Lan bercerita sedikit sebanyak kenapa dia dibuang kerja dan bagaimana kejamnya abang ###. Itupun tidak semua yang diceritakan. Sikit-sikit sahaja. Bila didesak-desak untuk bercerita lagi, dia kata tidak ada apa-apa. Ish ... geramnya akuuuuuuu.

Agak lambat juga kami sampai di rumah sewa Lan. Masa itu, dia tengah mengemas barang untuk dibawa balik keesokkan harinya. Kulihat muka Lan biasa-biasa sahaja. Tapi aku tahu, Lan mesti menangis. Walau tidak teresak-esak, setitis dua air mata pasti gugur jua. Redup dan sayu matanya seolah menceritakan keperitan dan kesedihan yang dilaluinya.

Hatiku sebak melihat keadaan rumahnya. Tidak ada tv, peti sejuk, radio dan almari. Betul-betul kosong. Langsir pun hidup segan mati tak mahu. Lan menyuruh aku mengambil serai dan cili yang ditanamnya di halaman rumah sewa. Di situ ada juga keledek.

"Hari tu, aku tak ada duit, aku ajak Adi korek keledek ni. Aku rebus lepas tu makan." Sedihnya ... Aku cuba menahan perasaan. Masa itu bertambah-tambah marah aku pada abang ###.

Menurut Lan, abang ### menyuruh kawannya menghantar Lan ke LCCT untuk memastikan Lan benar-benar balik ke kampung.

Aku dan suamiku sampai di Shah Alam sekitar 2 pagi. Malam itu, tidurku bersulam pelbagai perasaan.

Aku cuba mengorek rahsia daripada Adi apa yang sebenarnya berlaku pada Lan. Akhirnya Adi bocorkan segalanya. Rupa-rupanya, dia asyik minta duit daripadaku kerana mahu memberikannya pada Lan. Lan tidak mendapat gaji hampir 3 bulan.(Pada masa inilah Lan mengorek keledek di halaman rumah.) Claim semua tidak dapat. Awal-awal sahaja baik, lama-lama macam *#@$%^. Adi tahu pun bukan sebab semuanya Lan cerita. Kebanyakkannya daripada apa yang Adi lihat dan siasat sendiri.

Lan kata, sebelum masuk ke balai berlepas, abang ### ada memberikan satu sampul surat bersaiz A4 untuk diserahkan pada pak udaku.(bapa mertua abang ###). Sampai Kuching, sepupuku mengambil Lan di lapangan terbang. Pada Shahril, Lan ceritakan sedikit sebanyak mengapa dia dibuang kerja. Itupun sedikit sahaja. Sharil faham dan Shahril pun kenal abang ipar dia itu bagaimana orangnya.

Sampul surat kiriman abang ### diserahkan pada pak uda. Malam itu mereka berdiskusi panjang. "Uda serba salah. Ini anak, itu pun anak." Lan diam sahaja. Pak uda cuba bersikap adil. Pak uda menceritakan isi kandungan surat yang abang ### kirimkan. Abang ### menuduh Lan pecah amanah dan macam-macam lagi. Ada juga baki gaji Lan di dalamnya. Penuh pula kali ini. Rupa-rupanya gaji yang abang ### bagi jauhhhhhhhhh sedikit daripada sepatutnya. Yang mencukupkan gaji tersebut ialah pak uda.

Lan bercerita panjang tentang apa yang dibualkannya dengan pak uda. Itupun aku yang menghubunginya dan memaksa dia untuk bercerita.

"Kau cakap tak apa yang abang ### dah buat pada engkau. Kau cakap tak pasal gaji?" Macam wartawan pula lagakku.

"Tak." Lemah sahaja suara Lan. Aku mula membebel itu ini. Lan kata, dia serba salah apabila melihatkan pak uda serba salah menghakimi perihal mereka berdua. Yang aku pasti adalah itulah Lan yang aku kenal. Susah benar nak menyalahkan orang dan baik sangat.

Kes Lan dan Hazidah dipanjangkan di mahkamah. Ini akan kuceritakan dalam entri yang akan datang. Kenapa Lan dan Hazidah dibuang kerja, dan apa yang berlaku di mahkamah akan aku ceritakan seperinci yang mungkin.

Abang ###, doa orang teraniaya itu makbul. Mungkin di dunia kau terlepas, tapi di akhirat kau akan terima balasannya.

Monday, July 6, 2009

Misteri Lelaki Berseluar Pendek dan Pukau

Salam,

Hari ini aku bersiap-siap awal. Kononnya mahu masuk kerja pukul 8.00 supaya aku boleh balik awal. Tapi kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Kaki suamiku sakit kerana terjatuh semasa bermain futsal malam tadi. Jadi, aku mahu menemaninya lebih lama pagi ini untuk memastikan dia makan madu dan vitamin.(Dia selalu ponteng mengambil madu dan vitamin). Sempat lah juga aku memerap ayam untuk dibuat nasi ayam petang ini.

Pukau? Seingat aku, aku tidak pernah dipukau, tapi mungkin pernah hampir terpukau. Minggu itu study week. Masing-masing sibuk menelaah pelajaran. Pukul 3-4 pagi masih lagi bising dan meriah. Tapi malam itu berlainan sekali. Aku sendiri sudah beberapa kali menguap seawal jam 10 malam. Aku tewas juga dek rasa mengantuk yang amat. Yang aku perasan, sebelum melelapkan mata, suasana di kolejku sunyi sepi. Aku terjaga sekitar 2 lebih. Sunyinya.... Rasa hairan itu padam dengan sendirinya. Aku melilau-lilau memerhati sekeliling. Seolah-olah aku sahaja yang terjaga.

Semasa aku memasuki tandas, aku boleh terfikir untuk membiarkan sahaja pintu tandas tidak berkunci. Mujurlah aku masih lagi waras lalu mengunci pintu tersebut dengan kemas. Mata aku masih melilau-lilau sepanjang perjalanan menuju ke bilikku. Mataku tertangkap pada sepasang kaki berseluar pendek dan berselipar oren.

Aku tidak tahu dari mana datangnya keberanian itu lalu menghasutku agar memerhatikan sepasang kaki itu terus. Aku lihat 'orang' itu seolah-olah menyembunyikan diri di sebalik ampaian di beranda. Aku pula leka memerhatikannya. Apabila melihat 'orang' misteri itu menyelak kain seperti mengintai, aku pula bagaikan baru tersedar. Jelas di mataku tubuh lelaki itu tidak berbaju! Pantas kakiku mengatur langkah menuju ke bilik. Pintu kukunci erat. Sempat pula aku mengintai dari lubang pintu. Mataku tertancap pula pada jam kecil di meja belajarku. 2.47 pagi. Jantungku semakin keras berdegup. Mataku tidak berjaya dilelapkan waima sepicing pun.

Biasanya aku akan menunaikan solat subuh semasa langit masih hitam,tapi pagi itu aku menunggu hingga bunyi derap kaki penghuni kolej yang lain lalu di depan bilikku. Aku menunggu suara-suara kukenal membuat kecoh pagi itu. (Aku tinggal di bilik keseorangan kerana pada masa itu aku setiausaha kolej.) Seusai solat, aku berkira-kira mahu menceritakan pada seseorang. Aku bingkas bangun menuju ke bilik Ketua Biro Keselamatan,yakni kawanku sendiri,Mira dan Garpit. Aku menceritakan segalanya dari A-Z kepada mereka berdua. Kata Garpit, mungkin ada yang bergayut di talifon. Tapi takkan tak berbaju! Kami semua perempuan. Gilakah pelajar itu bergayut tanpa memakai baju, atau mata aku yang tidak betul pagi itu.

Sebelum pergi ke kelas tengahari itu, aku singgah di bilik umi, penghuni bilik tempat lelaki misteri itu menyorok pagi itu.Katanya, tiada siapa antara mereka sebilik (3-4 orang) bergayut. Mereka semua tidur awal. Perbualan kami ditangkap jelas oleh rakan sekelasku. Dia tanya soalan bertalu-talu padaku. Pukul 2 pagi kah?, Adakah dia lelaki kurus tidak berbaju dan berselipar oren?. Aku mengangguk-angguk.

Petang itu, nama aku naik di papan notis kolej. Nama aku juga dilaung-laungkan di speaker. Aku dan beberapa orang lagi dikehendaki hadir ke pejabat. Perasaan gugup mula menguasai. Sebaik tiba di pejabat kolej, terdapat beberapa orang pelajar perempuan turut berada di situ. Rupa-rupanya kami merupakan saksi kejadian. Salah seorang daripada kami ialah mangsa lelaki misteri berseluar pendek!

Setelah mengisi beberapa borang, kami dikehendaki memasuki sebuah bilik. Di situ ada beberapa orang pegawai keselamatan. Satu persatu cerita sebenar dijelaskan. Cerita daripada mangsa yang kelihatan tenang dituturkan agak berhati-hati. Mungkin dia masih trauma. Malam itu, boleh dikatakan semua pelajar kolej tidur awal. Mangsa adalah penghuni kolej Kenanga 1, dan aku Kolej Kenanga 2. Jaraknya sangat dekat. Cuma selang 2-3 minit dari masa aku terserempak dengan lelaki misteri itu, rupa-rupanya dia menyerang mangsa di Kolej Kenanga 1. Pintu mangsa tidak berkunci. Dia pun tidak pasti kenapa malam itu dia tidur awal dan boleh membiarkan pintu tidak berkunci. Lelaki misteri datang lalu menekan rusuknya. Itu yang membuatnya terjaga. Mangsa terdiam seketika dan merenung wajah lelaki misteri sebelum menjerit ketakutan. Lelaki misteri keluar daripada bilik itu dan mangsa terus mengunci pintu dengan kelam kabut. Jeritan mangsa telah mengejutkan penghuni yang lain, cuma mereka agak lambat 'tersedar'. Lelaki misteri memulas-mulas tombol pintu satu persatu. Penghuni wanita cuma diam kaku dalam ketakutan yang amat. Dan akhirnya lelaki misteri melarikan diri. Setelah ramai 'tersedar', barulah satu-persatu pintu dibuka. Bermulalah kekecohan hingga ke pagi. Ada yang menyambung tidur, tapi ramai yang tidak mampu lagi menjemput lena.

"Orangnya sangat handsome. Silap-silap, kamu bersanding dengan dia nanti,"kata pegawai keselamatan itu. Menurut pegawai itu lagi, lelaki misteri itu seorang pelajar Navy. Tegap dan sangat kacak. Dia mengamalkan ilmu yang sesat. Apa yang dia lakukan malam tadi adalah untuk memantapkan ilmunya. Dia ditangkap malam itu juga setelah pihak pegawai keselamatan menjejakinya sejak beberapa hari.(sebelum ini lelaki misteri menyerang kolej lain). Apa sebenarnya yang ingin dilakukan tidak pula diberitahu. Yang jelasnya, malam tadi mungkin aku seorang yang tidak lut dengan pukau lelaki misteri itu kerana menurut cerita saksi-saksi yang lain, mereka seolah-olah tidak sedar dengan apa yang berlaku. Aku pula sempat memerhatikan kaki, seluar, selipar, dan jam. Entah ... aku pun tak pasti sama ada aku dipukau, tidak sempat dipukau, atau memang pukau itu tidak lut padaku.

Mari kita lihat apa adab-adab sebelum tidur.

1. Membersihkan mulut dengan bersugi (gosok gigi)

2. Bersuci dengan mengambil wudhuk.

Perihal di atas adalah sebagai langkah persediaan agar ia menuju kepada ibadah.

Yang pertama, tidur kita dalam keadaan ingat kepada Allah Subhanahu Wata’ala. Apabila kita ingat Allah, maka kita tahu Allah sukakan kebersihan dan membersihkan diri menghampirkan lagi diri kita kepada Allah.

Yang kedua, tidur menjadi asbab menjauhi kita dari perkara mungkar. Maka tidur itu lebih baik daripada melakukan maksiat.

Yang ketiga tidur sebagai ruang rehat dan menjana tenaga untuk terus menjalankan ibadah seterusnya dan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi. Seperti persediaan untuk bangun di tengah malam untuk melakukan ibadah sunnah yang lain.

Yang keempat, tidur juga sebagai ibadah bila masa kita tidur dalam mengingati yang Maha Esa dan meraih ketenangan sepanjang tidur.

Berwuduk sebelum tidur juga sebagai persediaan seandainya nyawa kita tiba di penghujung semasa lena. Dan seandainya kita meninggal dunia semasa tidur, maka ia ibarat mati dalam keadaan suci bersih. Siapakah yang pasti dan boleh memberi jaminan bahawa selepas tidur dia akan bernafas semula keesokannya...? Tiada sesiapa pun....

Maka renungkanlah dan hayati serta hidupkanlah adab-adab sunnah yang baginda tinggalkan untuk kita.

Sunday, July 5, 2009

"Kaki ibuk melekat-lekat di lantai."- Ibuk Fatimah-


Di belakang rumahku ada Fatimah. Dia kupanggil Nek Anjang. Di kanan rumahku juga ada Fatimah, dan kami sekeluarga memanggilnya, Mak Sudin. Di depan rumah Mak Sudin pun ada Fatimah. Aku memanggilnya 'Ibuk' atau 'Ibuk Timah' (Mak cik Timah). Mereka semua mualaf. Nek Anjang dan Ibuk Timah adalah Kristian masuk Islam, manakala Mak Sudin, cina masuk Islam.


Aku agak rapat dengan Ibuk Timah. Dia adalah temanku ke surau yang terletak tidak jauh dari rumah kami. Ketika hujan, dialah temanku yang berkongsi payung hingga ke rumah. Dia suka bunga. Aku juga terpengaruh dengan minatnya itu. Sejak itu, rumah kami juga banyak bunga. Semasa aku duduk bersembang dengan Ibuk Timah, dia menasihatiku agar pandai-pandai jaga diri. Katanya aku ibarat bunga yang sedang berkembang, ramai orang teringin nak memetiknya. Kalau tidak dipetik pun, pasti dijeling-jeling jua. Begitulah minatnya pada bunga, hingga akupun diumpamakan seperti bunga. Masa itu, mata kami terarah pada rimbungan pohon bunga raya yang mekar berkembang. Di sekeliling rumah Ibuk Timah, penuh dengan bunga-bunga yang mekar dengan subur. Pohon serai, lengkuas, kunyit, dan sebagainya juga tumbuh sangat subur.


Semenjak belajar di Shah Alam, aku jarang berjumpa dengan Ibuk Timah. Suatu hari, emak menghubungiku dan menyatakan Ibuk Timah sakit kerana buatan orang. Semasa cuti semester, aku singgah di rumah Ibuk Timah. Badannya kurus melidi, sedangkan sebelum ini badannya segar bugar dan berisi. Bunga-bunga di sekeliling rumahnya juga kelayuan dan mati. Aku pegang tangannya. Sejuk. Aku nasihati Ibuk Timah agar makan walaupun tiada selera. Aku bimbang keadaannya bertambah teruk. Melihatkan perubahan tubuhnya sahaja membuatkan hatiku sayu. Dia kata, dia tidak boleh makan, dadanya bagai ditumbuk-tumbuk. Perbualannya biasa sahaja, cuma nadanya sahaja yang lemah. Kemudian, lalu sekumpulan pemuda kampung sambil tersengih-sengih. Ibuk Timah sempat berbisik mengatakan salah seorang daripada pemuda itu meminatiku. Lantas dia mengambil album gambar. Di situ terdapat gambar pemuda tersebut semasa kecil. Aku menyoroti langkahnya. Aku lihat tikar turut terangkat setiap kali kalinya melangkah. Tikar itu ibarat melekat-lekat di telapak kakinya. Ya Allah ... hatiku bertambah sayu. Sejuk sangatkah kaki Ibuk Timah hingga membuatkan tikar tersebut melekat di telapak kakinya?


Menurut Ibuk Timah, dia tidak boleh mendengar bunyi bising. Bunyi itu akan berganda-ganda di pendengarannya dan seolah-olah menghantuinya. Dia turut meminta maaf kerana telah menyusahkan kami jiran-jirannya. Semenjak Ibuk Timah sakit, motor akan dimatikan di persimpangan sebelum memasuki lorong rumah Ibuk Timah. Kami akan berjalan kaki dan menolak motor sampai ke rumah. Abangku pernah mengeluh dengan keadaan ini, namun akhirnya akur setelah dijelaskan oleh emak.


Hari itu kawasan rumah kami banjir. Sedang aku mencuci pinggan, pintu rumah diketuk orang dalam hujan yang masih belum berhenti. Emak yang membukanya. Ohh... Apak Jijan (Suami Ibuk Timah). Dia tumpang lalu kerana mahu ke rumah sebelah. Katanya dia mahu berubat. Setelah 'berubat', Apak Jijan lalu lagi di rumah kami. Emak terus bertanya apa kata Tok Dukun. Aku curi dengar perbualan mereka. Yang sempat aku tanggap adalah, "Jelas muka orang tu. Sebijik macam dalam ic. Rambut kerinting." Mak tanya siapa orangnya. Apak Jijan keberatan untuk memberitahu cuma dia menyatakan lelaki itu orang 'sini-sini' juga. "Aku tak kisah Kiah, kalau dia nak Timah tu, aku bagi. Tapi jangan buat dia begini. Seksa dia." Aku terkesima. Dan mungkin kebetulan, selang beberapa minggu Tok Dukun tersebut pula meninggal. Cerita tentang lelaki berambut kerinting tamat di situ sahaja.


Berhari-hari juga aku terlantar demam. Petang itu, ayah kata orang dari Kabong akan menurun di rumah Ibuk Timah. Kononnya orang itu bomoh yang agak hebat. Aku tidak tahu bagaimana cara perubatannya. Cara Islam kah? Yang aku tahu, Tok Bomoh itu beragama Islam. Esoknya aku dengarkan sahaja cerita daripada adikku. Katanya ramai juga orang datang melihat. Penuh satu rumah.Tok Bomoh itu bercakap menggunakan dialek lain. Jarum berjaya dikeluarkan daripada salah satu bahagian badan Ibuk Timah. Upah menggeluarkan jarum itu hanya sekeping syiling RM0.50. Esoknya juga, rumah Ibuk Timah 'dipagar' dengan kain. Bunga-bunga di rumah Ibuk Timah semakin mengering dari sehari ke sehari, namun masih belum ada khabar gembira tentang Ibuk Timah.


Ada satu versi tentang cerita penyakit misteri Ibuk Timah. Dikatakan ada ahli keluarganya marah sebab Ibuk Timah memeluk Islam. Lantaran itu, 'dihantarnya' penyakit misteri kepada Ibuk Timah. Sejauh mana kebenarannya, hanya Allah yang tahu. Sudah puas mereka sekeluarga berubat. Jauh dekat semua mereka pergi. Jiran-jiran turut memberi bantuan dari segi kewangan dan lain-lain. Allah lebih menyayangi Ibuk Timah. Ibuk Timah akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir di samping keluarga tercinta.


Aku ingin berkongsi penjelasan ringkas mengenai hukum mempelajari ilmu sihir dan apakah hukuman ke atas ahli sihir yang aku petik dari http://www.darussyifa.org/.

Menurut ulama tersohor Imam Ibn Hajar al-`Asqalani, firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 102;

[Mafhumnya] Mereka (membelakangkan kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu, ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

Ayat ini menunjukkan secara jelas bahawa mempelajari ilmu sihir adalah daripada amalan kufur yang wajib dijauhi oleh seorang Muslim.

Imam Ibn Qudamah menyatakan, “… mempelajari sihir dan mengajarkan ilmu ini kepada orang adalah haram di mana kami tidak mengetahui wujudnya khilaf [perbezaan pendapat] dalam kalangan para ahli ilmu mengenai perkara ini…”[2]

Imam Abu Hayyan menyatakan dalam kitabnya al-Bahr al-Muhit, “…adapun hukum mempelajari sihir, maka apa-apa ilmu sihir yang melibatkan perlakuan memuja serta mengagungkan sesuatu yang lain daripada Allah, maka mempelajarinya adalah haram menurut ijmak ulama, iaitu tidak harus mempelajarinya dan tidak juga beramal dengannya. Adapun sekiranya tidak dapat dipastikan apakah ilmu sihir tersebut melibatkan unsur-unsur syirik terhadap Allah ataupun tidak, maka yang pastinya mempelajari ilmu tersebut tetap tidak harus dan tidak juga harus beramal dengannya.”

Menurut penjelasan Sheikh Muhammad ibn Salih al-`Uthaymin, mempelajari ilmu sihir adalah haram dan tidak dibenarkan, bahkan boleh membawa kepada kekufuran, iaitu berdasarkan ayat 102 dari surah al-Baqarah.

Kerana itu, jelas beliau, “…seorang ahli sihir, menurut hukum syarak, hendaklah dibunuh, dan hukuman bunuh di sini dilaksanakan atas dasar diri ahli sihir tersebut telah murtad dari Islam atau atas dasar suatu hukuman hudud yang wajib dikenakan ke atasnya. Sekiranya amalan sihirnya telah sampai ke tahap kufur, maka dia dibunuh atas dasar amalan murtadnya, dan sekiranya amalan sihirnya tidak sampai ke tahap kufur [tidak melibatkan penyembahan jin dan syaitan], maka dia dibunuh atas dasar hukuman hudud…” [3]

Ulasan Ringkas :
Semoga kita sentiasa menjauhkan diri dengan sejauh-jauhnya dari amalan sihir dan para ahli sihir walau sesusah mana dan seberat mana ujian dan penderitaan sakit yang ditimpakan oleh Allah ke atas kita. Sentiasalah bersabar, mengharapkan balasan pahala dari sisi Allah dan terus berusaha mencari penawar melalui jalan dan kaedah rawatan yang tidak bertentangan dengan hukum syarak.

Jadikan al-Quran sebagai penawar dan jauhilah tabib-tabib yang melibatkan khidmat penggunaan makhluk jin dan syaitan dalam rawatan atau melibatkan amalan-amalan yang mencurigakan menurut neraca Syarak. [terdapatnya unsur syubhah]. Sesungguhnya melakukan rawatan yang melibatkan unsur-unsur syirik kepada Allah [seperti berdoa kepada jin] adalah haram dan tidak dibenarkan menurut kata sepakat [ijmak] para ulama. Wallahu'alam.


Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Fatimah bt. Abdullah.

Sebenarnya Apa yang Terbaik?


"Boleh jadi, kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Sesungguhnya Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" ( al-Baqarah, ayat 216 )

Ramai yang tidak sedar akan hakikat ini sedangkan al-quran telah menyebutnya. Bukan penyedap hati, tapi inilah realitinya. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Apa yang perlu kita lakukan ialah cari hikmah di sebalik kejadian. Bukan mengeluh atau tak sudah-sudah menyesali apa yang telah berlaku.

Apa yang dulu aku tidak sedari dan akhirnya ia membuka mataku di kemudian hari? Banyak. Memang banyak. Aku dikurniakan seorang ayah yang agak garang dan tegas. Aku sering dipukul dan dimarahi sejak aku kecil lagi (Menginjak remaja, ayah tidak memukul anaknya lagi). Ia membawa kesan hingga sekarang. Aku takut ditengking, takut melihat pergaduhan, dan tidak sanggup melihat anak kecil dipukul. Ia seolah menghantuiku. Entah sampai bila keadaan ini akan pulih. Tanganku menggigil seusai solat hanya kerana mendengar suara ayahku memarahi adikku. Aku menangis lebih lama daripada anak buahku apabila melihat dia kesakitan akibat jatuh dan terhantuk. Kadang-kadang aku berusaha keras untuk jangan menangis tapi selalunya gagal. Aku bukan cembeng, tapi hatiku cepat benar hiba. Aku boleh menangis hanya kerana aku melihat orang lain menangis waima ditunjukkan gambar orang menangis juga boleh membuat kolam mataku digenangi air mata.

Aku dipukul kerana tidak mahu ke sekolah. Aku dicubit kerana aku lambat membuat kerja rumah. Pada zaman tadika, aku tidak akan ke sekolah kalau tidak ditemani oleh ahli keluarga. Aku akan menjerit sekuat-kuat hatiku hanya kerana kelibat emak hilang sebentar dari pandanganku. Hari demi hari, keadaanku semakin okay. Syaratnya cuma adikku, Lan mesti ada bersamaku. Masa itu dia baru berusia empat tahun. Anjing jiranku juga menemani kami ke sekolah. Ia akan duduk baik-baik di luar sekolah dan akan mengiringi kami balik ke rumah. Pada masa itu, aku tidak tahu pun bahawa anjing itu haram dipegang. Maklumlah budak-budak. Ibu bapaku juga tidak tahu anjing itu mengekori kami ke sekolah. Aku tidak suka ke sekolah, yang aku suka di tadika cuma bee hoon yang cikgu buat sangat sedap!

Walaupun aku anak yang degil, tak nak ke sekolah, dan kuat menangis, namun akhirnya akulah juga yang selalu menjadi penyebab ayahku hadir di majlis penyampaian hadiah. Mujur ayahku garang. Kalau tidak, aku tidak tahu apa akan jadi padaku. Mungkin sekarang aku membantu mereka di gerai dan gelaran editor itu tidak terlintas langsung di kepalaku. Bila difikir-fikirkan kembali, perangaiku semasa kecil memang benar-benar menguji kesabaran orang tuaku.

Seterusnya, semasa menerima tawaran ke UiTM, aku berkeras tidak mahu pergi. Apatah lagi apabila mendapat tahu aku perlu berjauhan daripada keluarga. Aku beli kelengkapan sekolah seperti baju dan kasut. Aku menangis tidak mahu pergi. Mak cik dan pak cik juga datang memujukku tapi tidak berhasil. Akhirnya kata-kata ayah yang mengubah keputusanku. Katanya, "Kinek tuk kau dapat tawaran, kito pun sik pasti sama ada tawaran tuk datang udik kah sik. Mun tawaran tuk sik atang agik, kau nyesai kelak." (Sekarang kau dapat tawaran, kita tidak pasti sama ada tawaran ini datang lagi atau tidak. Kalau tawaran ini tidak datang lagi, kau akan menyesal suatu hari nanti."

Aku pegang kata-kata ayah. Aku pergi dengan berat hati. Pada usia yang baru mahu menginjak 18 tahun, aku harus berpisah jauh beribu batu daripada keluarga tercinta. Aku lihat air mata emak mengalir menghantarku di perhentian bas. Dalam hatiku cuma berbisik, "Mak jangan nangis ... mak ... aku sik sanggup nangga air mato mak." Kutahan-tahan air mata ini supaya jangan jatuh, tapi ia gugur jua.Argh ... saat itu amat memilukan. Aku teresak-esak di dalam bas. Ayah kulihat masih lagi macho. Riak wajahnya seolah tidak berubah. Tangannya ligat memusing-musing alat penghawa dingin di atas tempat duduknya.



Sepanjang perjalanan, ayah tidak memberitahuku setakat mana dia akan menghantarku. Sebaik sahaja aku harus masuk ke balai berlepas, baru ayah bersuara, "Apak anta kau sampei situk ajak. Sampei sinun kelak, abang Meran akan ambik." (Ayah hantar kamu sampai sini sahaja, sampai sana nanti, abang Kamaran akan ambik.". Masa itu rasa mahu luluh hatiku. Jantung bagai berhenti berdegup. Aku tidak pernah ke Semenanjung, aku tidak pernah menaiki pesawat. Bagaimana aku nanti? Bolehkah aku pergi seorang?

Aku tahu ayah sengaja tidak mahu memberitahuku awal-awal. Dia tahu, aku akan berkeras tidak mahu pergi kalau kutahu ayah hanya menghantarku sampai di lapangan terbang, Kuching. Ayah juga tahu, jika dia memberitahuku di lapangan terbang, aku tidak mampu lagi untuk berpatah balik. Aku menangis lagi. Kulihat air mata ayah juga bergenang. Masih terbayang wajah ayah menghantarku di lapangan terbang. Lambaian itu aku ingat sampai sekarang. Ayah ... aku sentiasa berdoa agar ayah dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik. Dia ayah terbaik di dunia. Dia orang pertama yang mengajar aku memasak, dia ayah yang sentiasa akan melihat kembali birat yang dia tinggalkan di tubuhku semasa aku masih kecil dahulu. Aku tahu, dia sekadar mengajar dan dia sebenarnya keberatan untuk memukulku, tetapi dia terpaksa.

Ya, dulu aku tidak suka, aku benci sebenci bencinya, aku marah dan aku kesal, tapi sekarang aku bersyukur. Kerana ketegasan ayah, aku jadi seperti sekarang. Hikmah yang aku kira agak besar juga adalah, kalau aku tidak ke Semenanjung, aku tidak akan bertemu dengan suami yang amat kucintai, Mujahid Nor Khair. Nasihat ayah masihku pegang erat sampai sekarang. Peluang itu kadang-kadang datang sekali sahaja. Buat pilihan yang terbaik kerana kita masih boleh memilih.

Aku dan Pelancong Jepun

Salam,

Aku tidak pernah ke Jepun, dan aku menyimpan hasrat agar suatu hari nanti aku dapat menjejaki kaki ke negara bunga Sakura itu. Kenapa Jepun? Mmm ... aku suka filem dan dramanya barangkali. Lantas, aku mengambil bahasa Jepun sebagai bahasa ketiga di UiTM. Walaupun ditentang keras oleh kekasihku pada masa itu, (sekarang suamiku) namun aku tetap mengambil bahasa Jepun. Aku berfikiran bahawa biarlah aku mempelajari bahasa Jepun kerana suamiku memang sudah fasih berbahasa Arab. Logikanya agar anak-anak kami nanti boleh diajar pelbagai bahasa. Insya-Allah.

Rakan sebilikku, Fiza telah mengambil mata pelajaran bahasa Jepun lebih dahulu daripadaku. Ini bonus bagiku. Aku membuat salinan buku 'Japanese Make Easy' awal satu semester daripada orang lain. Aku juga mempelajari bahasa Jepun sedikit demi sedikit daripada Fiza. Aku juga menyimpan angan-angan agar aku akan menjadi pelajar terbaik bahasa ketiga itu seperti Fiza. Alhamdulillah ... sepanjang pengajian, aku sentiasa memperolehi A dalam subjek itu.

Justeru itu, apa pula kaitannya aku dengan pelancong dari Jepun? Begini ceritanya. Suatu petang, aku menemani suamiku (pada masa itu dia masih kekasihku) bersolat di Masjid sekitar tasik titiwangsa. Memandangkan aku 'bercuti' pada masa itu, aku duduk sahaja di bangku di perkarangan masjid. Muncul beberapa buah bas pelancong datang. Ramai pelancong yang aku kira mungkin dari Jepun mengambil gambar sekitar kawasan masjid. Lantas, muncul 2-3 orang pelancong Jepun menghampiriku. "Photograph," katanya berulang kali. Aku pun cuba mengambil kamera yang disuakan padaku. "No ... no ... photograph," kata salah seorang daripada mereka sambil menunjuk ke arah diri mereka bertiga dan diriku. Oh ... rupa-rupanya mereka ingin mengambil gambar denganku. Wah ... bangga juga aku pada masa itu. Ada beberapa snap diambil. Gayaku kaku sahaja. Cuma kumaniskan senyuman sahaja. Seorang demi seorang berdiri di kiri, kanan dan belakangku. Pelancong-pelancong Jepun yang lain pun turut serta. Setelah selesai, mereka mengucapkan terima kasih padaku. Sempat juga mereka membisikkan sesuatu padaku. Tak perlulah aku beritahu apa yang mereka ucapkan. Biarlah aku sahaja yang tahu. Semasa bas beransur pergi, mereka melambai-lambai pula dari dalam bas gaya remaja sekolah yang kegirangan balik dari camping. Aku turut melambai ke arah mereka.

Mmm ... tidak mengapalah kalau aku tidak menjejakkan kaki ke Jepun, sekurang-kurangnya gambarku sudah ada di sana. Moralnya, jangan kedekut senyuman. Semua orang suka bila kita tersenyum. Kadang-kadang senyum itu boleh merawat hati yang luka, boleh menyiram perasaan amarah daripada terus menyala, dan yang pastinya kita tidak rugi apa-apa. Ia sedekah yang mudah dan hadiah yang istimewa.

Monday, March 30, 2009

ANAK PADERI PELUK ISLAM

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!...

Bacalah dan Renungkanlah. ...Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh negeri! Kumpulan saya masuk ke kampung dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000!!!

Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampung. Kami ziarah rumah ke rumah. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai-bagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian, pakaian, dan buku sekolah dan sebagainya.Dengan cara ini, kami mendekati mereka. Hasilnya, dengan beberapa kali kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi, kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya, kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang dimurtadkan! Bayangkan pendapatan saya ketika masih di alam Persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3, saya dan beberapa rakan mengambil mata pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan (betapa hinanya mata pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4, saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian.

Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam.Pada suatu hari, sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu)."Cikgu, saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai di kelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu?" Ustaz itu bersedia. Lalu, saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu. Saya katakan "Cikgu, saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam, agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". Saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;
  • Mengapa orang Islam sembah Kaabah - Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian, dan Islam adalah agama langit.
  • Mengapa pada akhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.?
  • Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
  • Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu, mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.

Kemudian, saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat. Apakah boleh manusia (paderi) mengampunkan dosa manusia lain? Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 ialah konsep ketuhanan Jesus.Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya, tetapi mereka enggan. Lalu, saya bawa ustaz itu ke rumah saya dan bertemu dengan bapa saya yang merupakan seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang ke rumah. Sejak itu, beberapa kali saya tidur di rumah ustaz itu. Di samping mengulang kaji, saya gemar berdialog dengan ustaz itu. Saya memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya.

Pada suatu malam, saya bermimpi didatangi oleh 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikut mereka. Saya meronta-ronta. Di samping itu, saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada di tepi saya dan berkata, "Mengapa Johanis.? Awak mengigau .... " Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya .... " Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu, saya pun diIslamkan oleh Ustaz itu.

Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah,saya lihat pakaian saya bertabur di luar rumah. Rupa-rupanya bapa saya telah tahu! Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup ke atas.Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap di rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah. Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan, rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu.

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah! Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian, saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka, dan Pahang.Tak sampai setahun, saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keikhlasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang, kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan Kualiti bukan Kuantiti saja!

Berbalik pada kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM, saya selalu menghubungi ayah, emak, dan adik-beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah, saya sayang emak,saya sayang adik-beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya dunia dan akhirat.Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. Saya menangis kerana rindukan ayah, emak, dan adik-beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita, ayah saya menganut Agama Islam! Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah. Saya terus menangis. Saya pejamkan mata, saya bayangkan ayah di hadapan. Saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama. Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu!

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.Kini, saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, "You apa tahu. Islam pun baru setahun jagung!" Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah, saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati Islam.Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. Saya juga diancam oleh umat Islam!!! Apa tauliah awak, mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis,sapa benarkan pungut derma? Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana saya ada pengalaman, tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya. Marilah kita awasi dakyah Kristian.

Satu usaha yang agak ketara ialah di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura belajar Islam, jatuh cinta lalu dimurtadkan. Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia(UPM) !!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja.Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam!!! Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water' (sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu) cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin1x, 3 Qul 1x, dan Selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.Insya-Allah, mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. Insya-Allah!! !

Thursday, March 26, 2009

Pilot peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan

Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :
Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.
Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur

Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.
Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.
Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau. Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.

Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.

Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.
Al-Fatihah..

Kejadian Seram di Rumah Sewa Seremban 2

NI KISAH YG I BACE KAT CARI.COM.SERAM GILERRRR

Kejadian pelik di rumah sewa aku di seremban 2Akhir tahun 2001, di semester akhir aku terpaksa berpindah kolej ke seremban 2.. ni sebab kolej aku blaja tu nak buat pengabungan 5 cawangan kolej yang akan menjadi 1 main kolej di seremban 2.. semester baru bermula pada disember 2001, selepas habis exam bulan September tu kami budak kolej berlumba2 mencari rumah sewa di sekitar seremban2.. maklumlah bulan oktober dah nak pose, November plak nak raya.. semua x de masa nak cari rumah sewa selepas raya nanti.. Sepatutnya semua student dari cawangan aku duduk hostel, tp disebabkan hostel penuh dan pihak kolej target hostel utk2 student2 bagi kemasukan disember maka kami budak2 senior di suruh mencari rumah sewa berdekatan dengan kolej.. aku, wan dan man bepakat menyewa rumah teres di taman garden homes seremban 2 sebab ada bas dari perumahan ke kolej waktu tu.. lagipun waktu tu perumahan tu kosong dah x de orang macam skng ni, cari rumah sewa melalui tenet, selepas penat call sana sini akhirnya kitorang dapat rumah teres 3 bilik, 2 bilik air di end lot.. tepi jalan dan senang nak tunggu bas sebab bejalan 20 langkah dah sampai bus stop.. tapi kitorang pelik sebab rumah end lot yg besar sikit dari rumah teres di bahagian mid tu lebih murah, logiknye mana ada rumah end lot atau corner lot lagi murah kan.. kitorang dapat harga rm220, konon2nya rebet student, huhuhu..So selepas dah confirm ngan uncle cina tu, habis exam dan selepas dah kemas semua barang sebab nak balik kampung cuti semester sebulan setengah.. kitorang masukan bararng pada bulan September tu gak, tapi sewa berjalan mulai bulan November.. wah bertuah tul time tu, sume duk puji2 uncle tu.. pas sembahyang jumaat, kitorang tinggalkan kolej dan daerah yang aku duduk selama lebih 2 tahun berhijrah ke seremban2, kitorang menyewa sebuah van untuk angkut barang2 time tu.. caj ok la dalam rm50, jauh gak time tu adala dalam 60km campur ngan jalan pusing2 kat bukit tu..Lupa nak crite, kitorang x pernah pon tengok rumah tu lagi, sebab dah ajak uncle tu nak tengok2 rumah tu tp dia kate sume rumah sama saja.. waktu tu kitorang jumpa dia di 7-e sebelah terminal 1 tu, ntah skng ada lagi ke x de.. skng dah ada petronas rasanye.. lepas bayar 1+1 sewa + deposit letrik air kitorang pon dapat la kunci rumah tu, tanpa dapat nengok rumah tu pon, ye la time tu kitorang dah terdesak sangat sebab nak balik kolej cepat sebab esok nak exam lagi.. huhuhu..Balik cerita tadi, sampai kat perumahan garden homes tu, kitorang pon pening cari alamat rumah uncle tu.. selepas tanya kat jaga (time tu perumahan tu kosong lagi, so jaga pon ada) baru jumpa umah tu, wah betul2 tepi jalan la.. betuah betul kitorang masa tu.. tapi masa nak buka pagar rumah tu kitorang dah terkejut sebab banyak bekas colok2 cina kene bakar, duit kertas yg kene bakar, pastu kat sliding window tu di gantung kain merah.. pakcik van tu pon cakap umah apa korang sewa ni, ni macam bekas tokong diorang je.. aku ngan member2 pon senyap je x de nak cakap lebih2.. so kitorang pon angkat barang letakan kat dalam umah, lagi la tekejut tengok dalam bilik2 tu berselerak dengan kain merah kuning yg ada kesan di bakar.. sebab time tu dah petang, kitorang berpakat nanti lepas raya kita kemas sebab flight aku nak balik kg nun ni Malaysia timur dah nak dekat, aku tolak jam 7.30pm, time tu dah jam 4.00pm.. x pasal2 kang tertingal flight lak kang..Sebagai keselamatan, kitorang pasang lampu rumah 1, dan lampu di luar 1 dan semua pintu bilik kitorang buka dan sandarkan dengan batu bata yg bnyk kat halaman kitorang tu.. masa dah nak balik tu, tugas aku la tutup sliding window ngan grill tu, sebab time tu kunci 1 je dan akulah yg pegang sebab aku pemegang syer terbanyak, huhu.. secara automatiknya aku duduk kat main bedroom yg ada bilik air.. masa nak tutup grill tu aku prasan ada bayang2 kanak2 kecik menekap muka kat sliding window tu, aku terperanjat sampai tejaut kunci.. masa nak kutip tu aku perhatikan lagi sekali, x de apa2 lak.. lega hati aku, dalam tekejut dan risau aku pujuk hati aku yg aku nampak tu maybe bayang2 aku yg tengah tutup grill.. ye lah kan, sliding window tu besar 3 pintu, x de letak langsir lagi so otak aku positif mengatakan yg tu bayang2 aku x pn kawan2 aku.. time tu aku x nak kecoh2, kang x pasal2 kawan aku x jadi lak duk umah tu, lg pun x sahih lagi apa yg aku nampak tu..Sume dah masuk van, tingal aku je lagi sebab nak kunci pintu pagar luar rumah lak, skali lg aku nmpk ada bayang2 kat umah tu, kan terang sebab langsir x de dan lampu plak pasang.. aku dah rasa x sedap hati, bayang2 tu macam berlegar2 kat kotak2 kitorang letak tu, bayang2 budak2 kecik.. kotak2 tu x de apa2 pon kecuali buku2 dan barang kitorang yg berat dan malas nak bawak balik umah.. masuk ke dalam van je.. wan senyap je x becakap ape, aku x tau la knape ngan die.. si man lak sibuk borak ngan pakcik van tu, cerita lak pasal camner nak bersihkan dan samak umah tu.. sebab pakcik tu syak yg tu bekas tokong cina dan bukannya umah cina yg kitorang pikir mula2..Sempat jumpa jaga kejap, suh die tengokan umah tu, lepas tu ajak pakcik van makan kat restoren yaznie sebelum hantar kawan2 aku ke terminal 1 dan aku ke klia.
Lepas beraya seminggu kat kg, kitorang pon berkumpul kat umah tudalam tengahari.. sorang kawan aku bawak motor, ye la kg dekat je kat sepang leh la bawak motor abah.. tapi elok gak si man ni ada motor, leh la suh die beli barang2 nak kemas umah.. huhuhu, x de pengalaman duk kek rumah sewa time tu, x sangka beli barang2 nak kemas rumah pon leh tahan gak.. penyapu, baldi, fabuloso dan macam2 lagi la, sib baik makro time tu ada nak harap kedai runcit yg ada hanya rufaqa je time tu.. tapi cam biasa la apa barang pon x de kecuali bahan makanan basah..Masa mengemas tu x de la apa2 yg pelik kitorang alami, ok macam biasa, happy2 pasang radio kuat2 sambil kemas umah, cuci 1 rumah pastu buang barang2 peninggalan yg ada.. suma aku buang x tinggal 1 pon, tapi masa nak kemas bilik air kat bilik aku, aku tekejut sebab nampak ada teddy bear besar kat atas flush tandas tu.. sebab masa kitorang masuk dulu x de le plak toy tu, toy beruang color coklat pakai baju kot dan ada love kat dadanya.. aku cakap ngan dak2 tu yg aku jumpa teddy tu, x pasal2 muka si wan berubah betul padahal tadi kemain siap nyanyi2 lagu xpdc time tu ngan ali, rock sampai jerit2.. aku nengok die aku plak yg gabra, sebab wan dan man pon dah jenguk bilik air tu sebelum ni (masa pindah dulu) x kan ada sapa2 lak yg masuk letakan kat bilik air bilik aku tu.. nak kata tuan rumah, grill depan belakang kitorang dah kunci ngan solid baru masa angkat barang tu.. aku pon x nak pikir panjang2 kang x pasal2 aku yg kecut perut sebab aku yg nak duduk bilik tu kang, bukan diorang.. so aku masukan dalam plastik sampah hitam yg besar pastu aku ikat dan letak kat dalam tong sampah kat depan rumah..X nak pikir lama2 pasal bab tu, kitorang pon kemas la sume temasuk la longkang blkng yg penuh ngan batang2 colok tu.. lebih 5 jam kemas baru la settle, baru la cam umah, bau fabuloso pon merebak2 baunya.. pasang langsir kat sliding window pastu tingkap lak letak kain pelikat yg di gunting 2 sebab time tu x de langsir tingkap lebih.. wan ni bagus daknye banding ngan aku ngan si wan ni, sempat die baca yasin selepas semayang maghrib tu.. aku ngan si wan lak sibuk lepak kat depan umah, maklumlah hari pertama, umah terang benderang.. lepak kat luar rumah sebab jiran2 x de, yg ada selang 10 buah rumah tu pon x sempat kenal time tu, family cina, sebab kitorang bz kemas umah.. siap baring2 kat luar ye la penat, orang pon x de.. area tu dah jadi jajahan kitorang dah, nak buat apa pon suka hati la..Tengah2 kitorang lepak2 kat luar si man jerit2 dari dalam bilik air, time tu bilik air yg kat ruang tamu bersepah ngan baju2 kotor, mop, dan baldi2 so dia gunakan bilik air bilik aku.. aku ngan si wan belari2 la knapa lak si man tu jerit2 lak, sampai2 aku tekedu nengok bilik air terkuci dari luar dan lampu biliknya di tutup.. mana x nya si man menjerit, orang sibuk ambik wuduq leh lak kene tutup pintu ngan lampu.. siap marah2 aku ngan wan kononnya saja nak kenakan dia, aku dah mmng gabra dah, wan jgn crita la harap badan je besar tp mmng penakut.. bekali2 cakap kat sii man baru di trima, tp tegamam la sket dia time tu.. tp dia cakap masa dia wuduq tu nampak ada tangan tarik pintu pastu kunci sebelum tutup lampu.. time tu dia tengah membongkok wuduq di bahagian kaki, dia dah suspek kitorang masa awal2 sebab terang2 dia cakap tangan tarik pintu.. aku la yg dituduh sebab tangan aku kan kurus banding si wan, padahal time tu kitorang tengah syok2 lepak kat luar umah..Pas bab tu kitorang dah mula rasa pelik, man gi semayang isyak aku ngan wan duk bersandar kat dinding ruang tamu dekat pintu, sambil borak2 pasal bende x kene kat umah ni.. aku sebut semua hal dari patung sampai la kes kat tandas tadi, aku saja x nak sebut pasal kes nampak budak tepek muka kat cermin nanti dah berat sangat, x pasal2 ada gak yg pengsan.. time sembahyang tu, si man leh terbehenti kate kipas mati sendirik la, kipas meja yg pusing2 tu mati sendiri macam kene offkan main suis plug kipas tu.. lagi lah tambah seriau time tu, mcmanalah kipas tu leh mati sendiri sedangkan x de sapa yg dekat dengan kipas tu, extnsion kipas tu dr dapur umah sebab kat depan dah penuh ngan pc dan radio kitorang.. Sunyi skjap pastu, x de sape becakap, tiba2 man mncelah maybe extnsion ni x elok kot dah, barang kat makro bukan semuanya elok, aduh aku tau sangat la ayat sedapkan hati tu.. man gerak gi dapur nak tengok suis tu mmng off ke on, tp sah dah off, ada la yg offkan tu kalau pikir logik.. argh, aku time tu dah pikir macam2, man yg tadi duk positif pon dah semacam.. die cadangkan malam ni semua tidur kat ruang tamu, biasalah dia cakap raumah tingal/rumah baru macam ni lah..X de apa2 pastu sampai lah jam 11.30 mlm, pintu dapur di ketuk berkali2 mnybbkan semua kaku macam x bergerak n bersuara.. sampailah 5 minit, barulah si man sahut, assalamualaikum, sapa tu!!!.. sampai 3 x, tp x de sapa yg jawab.. aku dah risau smcam dah, duk pikir mcm time tu.. rasa happy masuk rumah baru dah x de, sampaikan mood raya aku pon dah hilang.. man pesan kat kitorang, kalau apa2 hal malam ni jangan lari, lagi membuatkan aku kecut perut rasa nak terkencing.. aku nengok si man dah lelap, aku ngan si wan lak x leh sebab asik duk pikir je, aduh x tau plak aku penakut tahap ni, padahal kat kolej dulu selamba je aku lepak sorang2 time dak2 lain balik kg.. maklumlah kg aku jauh, kalau cuti seminggu 2 tu aku x balik, duk je la sorang2 kat hostel, rasa takut dan tutup keberanian aku..Aku ngan wan x dapat tido borak2 sambil pasang radio sayup2 je, ye la x dapat nak buat apa lagi.. tido x leh, siap wan cakap aku x yah tido pon x pe, esok siang kite tido, aku iakan aje lah.. tengah layan isma halil time tu, dah jam 2pagi kot, tiba2 remote suis kipas yg pusing 0 ke 5 tu berpusing sendirik.. mata aku pandang je, tapi sambil baring kat tilam.. pusing2 kejap ke 2 kejap ke 5 kejap ke 0, sudah aku x tau nak buat apa dah.. tp kaki aku sibuk sepak2 si man yg sedap tido sampaikan dia celik la nengok sendiri kes tu.. yg aku x tahan tusi man gi jerit HOI!, aduh?baru la berenti, x pasal2 dia pon x leh nak tido.. berjaga la kitorang time tu sambil dengar radio sayup2, xempat si wan call family dia cerita, pastu bapak dia janji nak datang esok tengok2kan umah tu.. legalah hati kitorang time tu sebab harap2 ni adalah terakhir sebelum esok abah si wan datang mengubat umah ni..Jam 3.30, tiba2 dengar lak bunyi tapak kaki kat dari dalam bilik aku di main room, rumah tu main roomnye kat depan tengah2, tempat dinding kitorang bersandar tu la main room.. dengar bunyi tapak kaki macam orang tengah berlari2, man yg tengah baring terus menyandar kat dinding, aku lak terus kaku x tau nak buat apa.. dah serah takdir je time tu kalau dah dia nak nampakan diri pon aku redha je dah..huhuhu.. bunyi tapak kaki tambah kuat seperti ramai lak yg belari2 kat bilik tu, wan kuatkan radio time tu si isma halil tengah pasang lagu jaket biru, die x nak dengar bunyi tu.. tp x pasal2 lak bunyi tapak kakit tu lebih kuat dan betambah dekat dengan kitorang, rasa2nya dah dekat ngan pintu, dah la pintu tu x bertutup, mmng saja x nak tutup dan lampu terang benderang di semua bilik..Wan x puas hati, dia kuatkan lagi lagu tu sket.. aku dah siap bekelubung ngan selimut sambil baring, baru je si wan kuatkan bunyi radio dengan suara budak2 gelak, bukan sorang tapi ramai.. man yg tekejut terus bediri dan azan, wan aku x tau dah buat apa, tapi aku dah tutup muka aku ngan selimut time tu, dah x tau apa berlaku.. masa si man azan tu aku leh dengar suara kanak2 tu tambah dekat seolah2 berada di sebelah aku, maybe aku berkelubung tu jadi bunyi jauh jadi idekat.. tp entah la, man azan sampai lebih 15x, sampai la bunyi gelak dan tapak kaki tu x de?sedar2 dah jam 5.30, x tau la brapa lama masa tu.. abis si man bang, aku pon pelan2 buko selimat sebab ingatkan benda tu dah x de.. aku rasa macam jantung nak jatuh nengok2 bayang2 budak2 umur dalam 6-7 tahun melayang2 kat atas kepala man.. sambil memegang mancis api kayu yg menyala, aku mmng kaki kali ni sebab x tau nak buat apa2 dah.. aku dah jadi batu x tau apa tejadi dah time tu, aku rasa macam terpaku lama sebelum man sambung bang sekali lagi.. aku sempat nampak si wan dah mata terbeliak mmndang ke atas x begerak, sama mcm yg aku alami tadi..Aku pun tiba2 rasa mata dah gelap semacam, aku hanya dengar man laungkan azan berkali2, aku semacam lemas.. berkali2 aku gamit si man dan wan tp diorang buat x reti, maybe prasaan aku.. aku cuba lawan dengan membaca ayat kerusi tp x mau gak.. aku x tau apa jadi kat aku time tu, yg aku tau aku lemas dan duniaku gelap, aku tarik napas panjang2 dan aku paksa mata aku celik dan sebut Allahuakbar banyak kali sampai la aku sedar, dah time tu aku nengok si wan dah keras sejuk tp meronta2 dengan mata tejegil si man plak bediri x de buat apa2 dah.. azan pon dah x kuar dari mulutnya, aku sentap diorang berdua sampailah diorang tekejut dah si wan sempat menjerit kata lehernya dicekik.. sambil dia tebatuk2.. man lak cam aku gak rasa lemas, tarik napas panjang2 pastu.. maybe wan rasa macam tercekik sebab diakan ada asma, jadi lemas tu mnybbkan dia tecekik?man x dapat tahan marah terus menjerit cabar bende tu, aku lak ganti azan kali ni.. abis azan aku nengok kat luar dah ada cahaya matahari, aku ajak diorang kluar sebab time tu dah 6.30am.. aku x tau apa jadi 30 minit kitorang lemas.. ni barulah permulaan

Kitorang duk kat luar tu sampailah hari cerah, aku rasa dah jam 8am time tu, x de sorang pon brani masuk ke dalam umah.. mulut sorang2 terkunci sbb masih tekejut, x tau apa nak di cakapkn dah.. sesekali dengar si wan batuk2, pastu kata kat pergelangan lehernya sakit macam dicekik, tapi mmng lehernya merah dan berbirat, aku ngan man x de lak kesan cam dia tu.. aku rasa kitorang semua macam tekejut lagi ngan kes semalam tu, sebab inilah kali pertama aku ngan wan alami, tp si wan dah biasa duduk mrsm jadi dah biasa kes macam ni.. tp kali ni lagi teruk sebab ia seperti menyerang secara fizikal secara tidak langsung walaupun x de dari kami yang cedera kecuali si wan yg batuk2 mendakwa di cekik..Porut lak dah lapar, nak kuar gi beli makan kat restoran tapi wallet ngan kunci motor kat dalam umah, man yang paling berani pon x berani dah nak masuk.. aku pujuk man supaya masuk sama2, sebab dah lapar sangat ni sejak malam tadi x makan, hanya sempat makan dunky donut yg ada jual kat luar makro tu.. tapi baru je nak melangkah masuk, tiba2 radio berbunyi kuat rasa bergegar rumah sebab bergema, aku berundur lari kebelakang sebab ku ingat man pon berlari tp x sangka lak man cam orang gila gi jerit2 ngamuk kat dalam umah tu.. aku ngan wan x tau nak buat apa, si man dah memaki hamun bende tu kat dalam umah, aku risau je kang di lak kene sampuk ke hapa.. wan x nak masuk, aku belari ke dalam gak gagahkan diri risau jadi apa2 kat si man, tp alhamdullilah x de apa sambil dia bercekak2 pingang kat dalam umah tu, aku offkan radio, x de apa2 yg berlaku.. buka pintu rumah besar, pintu depan, belakng, tingkap, pintu bilik sume kitorang buka luas..Masa nak beli makan pon problem, sebab motor ada 1 je, so hanya ber2 je leh pegi, x kan sorang nak tunggu kat umah tu, hai x sanggup aku.. last2 man je yg kuar beli nasi lemak, aku ngan wan duduk kat tepi jalan rumah berdepan ngan umah sewa.. sambil2 tu aku borak la ngan wan, apa jadi malam tadi yg dia terjegil mata tu.. dia cerita dia nampak bayang budak2 melayang2 kat atas kepala man sambil bakar rambut man dengan mancis.. tapi bayang2 tu x puas hati sebab x dapat bakar rambut man, bayang2 tu ketuk kepala man berganti2 yang sedang laungkn azan, ketuk ngan pemetik api sampailah man teduduk.. Pastu wan nampak kepala si man pecah dan darah menyembur2, tu yg matanye tejegil x leh dan badannye mengigil ketakutan.. pastu baru bende tu serang aku, wan nampak bende tu bakar mata aku dengan api, sebelum salah satunya mencekik si wan.. tu la yg si wan ceritakan kat aku dan buat aku terkedu.. tapi alhamdulillah mungkin itu perasaan si wan saje, sebab x de apa2 kecederaan fizikal pada aku ngan si man mcm yg wan cakap.. tp ada logiknya kalau difikirkan balik apa yg wan saksikan, sebab tiba2 aku rasa dunia gelap gelita, sebelum aku berjaya melawan meronta berkali2, tapi aku rasa lebih ?jam aku bergelut, aku pon x tau apa jadi dalam ?jam yang hilang tu (aku rasa lemas).. Pagi tu kitorang makan nasi lemak kat luar rumah je, walaupun rumah dah terbuka luas, tp hati kitorang kuat kata x nak masuk, mungkin trauma.. tunggu family man datang dr sepang lama sangat, yelah nak bawak pawang hebat dr banting kononnya.. jam 11.30am barulah family si wan datang sampai 3 kereta, sume adik bradik dia datang nak tengok sendiri agaknye.. turun2 je dari keta pawang tu dah geleng2 kepala, umah apa korang duduk ni.. sambil2 tu salam ngan kitorang, kata namanya tok sheikh, salam2 je kata semangat kitorang dah kene tarik.. kene seru balik, aku sampai skng x paham apa maksud tok sheikh tu.. kitorang kene suh masuk dalam van, hanya tok sheikh ngan ayah si man je yg masuk ke dalam.. belum masuk baru kat pintu grill, radio yg plugnya aku dah cabut tiba2 terpasang kuat menyebabkan adik bradik si man bertempiaran lari masuk ke kereta.. dah la lagu India, maybe time thr raga kot, ntah la aku pon x tau.. dng radio kuat bunyi pon dah lari, byngkn klau tau yg radio tu plugnya x bersambung..mmmm..Lama gak tok sheikh kat dalam umah tu, ayah si man hanya nengok dari luar sebab dia pon aku rasa dah gegar lepas cuba offkan radio tp plug x sambung.. dalam van sume tekunci mulut, anak2 buah si man yg kecik2 sume ketakutan, apelah kes2 camni bawak anak2 kecik lak, x pasal dak2 tu skali trauma.. x lama pastu aku nengok tok sheikh kuar sambil menjinjing anak patung beruang yg coklat besar tu, mau je mata aku tejojol kuar nengoknye.. mana x nye, kitorang bertiga sendiri yg buangnya semalam siap masukan dalam plastik sampah hitam pastu ikat.. masukan dalam tong sampah kat depan umah, man dan wan aku tengah tido2 ayam aku cuit suh nengok apa yg tok sheikh jinjing tu.. wan hanya mengucap je cam x caya, man lak terus meluru gi tong sampah nengok ada x anak patung tu kat dalam tong sampah.. dia jerit2 panggil aku, ada la kat dalam ni, tu yg lain.. aku belari nengok, ye tul ada, jadi aku ambik dan buka la plastik tu, tp aku tekejut sebab berat, aku check kat dalam tu bukannya anak patung yg ada tapi tu hanya batu-bata yg aku gunakan untuk menyanggah pintu2 bilik supaya x tertutup dengan baju2 kotor kitorang yg letak dalam bilik air.. aku x leh nak cakap apa dah.. camner leh dalam tu lak..Tok sheikh datang2 kat kitorang marah2 sebab x buang bende ni, aku dah x tau nak cakap apa2 dah, semua man yg jawab.. waktu tu gak tok sheikh tu pagar rumah kitorang, tabur garam kasar dan air penawar ke hape ntah.. sambil2 tu family man beli makanan kat restoran dan buat kenduri kat umah tu, buat kenduri kesyukuran masuk rumah baru.. tiba2 rasa lapang umah tu, x de la gangguan mcm malam semalam.. kitorng berharap semua dah settle, sebab esok isnin, adik bradik si man semua balik kecuali ayah ngan maknye yang dah pencen.. yelah diorang nak pastikan betul2 selamat, pastu diorang pon risau dengan keselamtan anak diorang.. hari ahad ke isnin tu x de apa2 berlaku, aku yg mula ragu2 skng dah mula rasa selamat.. sampailah hari khamis siang ayah ngan mak si man duduk kat umah tu, langsung x de perkara pelik berlaku lagi.. so khamis petang tu mak ayah si man nak balik, tp sebab pikirkan dah jam 6 pm time tu, hujan lebat lak tu, ayah si man x confident nak drive keta balik sepang walaupun dekat je.. dah berusia, mata pon x terang..Khamis malam jumaat tu la bende tu datang balik, disaksikan sendiri oleh mak bapak si man sendirik
Malam jumaat tu kitorang sembahyang maghrib secara berjemaah, slepas tu baca yasin ramai2 macam hari2 sebelumnya, supaya bende tu x datng ke rumah tu dan kacau kitorang lagi.. tngh baca yasin ramai2, tiba2 pintu dapur di ketuk berkali2 menyebabkan kitorang suma terhenti mmbaca yasin, air di dalam bilik air plak mencurh2 kluar, tengah aku sibuk pandang pintu dapur yg diketuk, aku ternampak tombol air di sinki di pusing dan menyebabkan air di sinki mencurah2.. kitorang bangun beramai2 sebab ayah man suh rapat2, then kitorang tutup air di sinki dan kedua2 bilik air yg mencurah.. tp x berhasil bila air kuar balik pas kitorang tutup, nak x nak kitorang tutup suis utama di luar rumah.. tu je lah cara, ayah man call tok sheikh yg bende tu datang balik, ntah apa yg dibisngkan tk sheikh, kononnya kitorang langgar pantang.. masa mengubat aritu x de lak dia cakap pasal pantang2 ni, ni baru lah nak crita pasal pantang2.. kononnya kitorang langar pantang sidai pakaian dalam rumah, dia x de pesan apa2 pon sblm ni, ye la mcm spenda ngan stoking x kan la nak jemur kat luar lak..Dah puas bende tu main air, dia kacau letrik lak, dari kipas siling, kipas meja, radio sampailah ke lampu yg membuatkan aku tambah kecut.. sebab lampu terpadam kitorang pakat2 duduk kat bawah suis utama, kemudian pasangkan balik lampu.. kitorang duduk kat bawah suis tu, x de lak dia men suis dah pastu.. aku teringat lauk yg dah beli utk makan malam kat dalam pinggan kat dapur, hanya tunggu nasi masak je.. time cam ni nak makan pon dah x de slera, terbantut memikirkan benda hal macam ni.. pastu si man ngan ayahnye gi dapur ambik lauk2 tu nak ajak makan, katanya kalau badan lemah x makan lagi benda tu senang kacau kita sebab kita x de tenaga..Aku hilang slera nak makan, so aku minum aje, air limau je aku buat tadi sebab lom beli kodial lagi, lg pon buat air limau senang, limau, gula dan ais batu je, dah siap air limau sejug.. tapi aku pelik masa tuang ke gelas, aku prasan air tu jadi kuning, eh bila lak jadi color kuning, setau aku putih je tadi.. aku buka penutup jug tu, ya Allah bau hancing, dah kene kencing.. nasib baik aku prasan, kalau x mmng dah minum air kencing la gamaknye aku masa tu.. masa mak si man nak senduk nasik, dalam periuk nasi seketul najis macam najis manusia ada di dalam rice cooker.. waktu di buka rice cooker tu, nasi masih panas sebab baru masak, bayangkan lah bau najis tu semerbak ngalahkan bau nasi tu.. aku sampai kuar rumah termuntah2..manalah datangnye semua tu..Sebab x tahan bau, semua makanan tu kitorang letak kat luar rumah, mmng sah semua makanan ada najis, ntah najis apa kitorang pon x tau.. tp rasanya najis manusia, duduk kat luar rumah kitorang bincang2.. esok nak cari orang pandai ngubat kat area mambau, lepas sembahyang jumaat tu cadang nak cari.. sebab tok sheikh tu x leh caya, sebab benda tu datang balik, konon2 pantang la ape lah, dah la byr rm200 untuk mengubat tu.. sibuk2 berbincang tu, dalam jam 11mlm, dengar kat ruang tamu rumah suara kanak2 gelak2 sambil dengar hentakan tapak kaki berlari2 seperti yg kitorang alami haritu.. yg nampak hanya bayangan hitam 3 orang kanak2 sambil membawa api, tapi yg herannya kali ni aku, man dan wan x nmpk, yg nampak hanya ayah ngan mak man je.. kitorang hanya dengar suara gelak budak2 je.. tiba2 mak si man menjerit, telekung tebakar, cepat2 kitorang masuk rumah takut x pasal2 umah plak yg terbakar..Mmng tekejut tiba2 telekung terbakar, kitorang rapat2 gak sambil duduk kat bawah suis utama tu, heran camner telekung tu leh tebakar.. mak ngan ayah man kate diorang sendiri nampak bende tu yg bakar, tp pelik kali ni kitorang x nampak, yg nmpk hanya telekung yg berlipat tiba2 tebakar.. bunyi gelak2 tu sayup2 je pas kitorang masuk rumah tu, tp tiba2 ada baut tengik macam sesuatu hangus.. yaAllah, ayah si man menjerit nengok sejadah terbakar, time tu aku x nak pergi dapur ambik air, sebab pili air kat luar dah tutup mana aa air, aku guna air mineral dlm botol kat depan aku utk makan tadi, sambil2 aku hempas2 sejadah tu.. mmng x leh jadi kali ni, dah sampai bakar2 barang pula.. tapi kali ni aku x la setakut haritu, maybe sebab ramai, pastu ada orang tua lak tu, rasa mcm selamat sedikit walaupun ancamannye lebih bahaya.. pas sejadah, langsir pula jadi mangsa, habis tebakar langsir, kali ni si man ambik air sabun dalam baldi di bilik air, terus simbah sebab api tu jilat langsir tu cepat.. padahal kitorang dekat ngan langsir tu, sebab duduk kat depan pintu di bawah suis utama, tengok2 dah terbakar besar..Tak abis itu je, kotak2 pon abis tebakar sume, x tau lah nak buat apa lagi, last2 kitorang angkat sume barang bawak ke luar rumah, apa yg leh tebakar je semua kitorang angkut gi kuar rumah, letak kat luar pintu.. duk sibuk angkat kotak2 tu, tiba rasa asap bnyk dr dalam bilik aku, aduh!..rupanya kain pelikat yg aku buat jadi langsir tingkap dah terbakar separuh, kelam kabut aku tarik sampai tekoyak2 hujung kain tu, sebab air dah x de pili luar dah tutup, masa aku sentap aku rasa paku2 tu tepelanting dek aku sentap sekuat hati.. time tu gak si man call uncle tuan rumah, cakap rumah tu ada masalah.. itu rumah baru mana ada masalah, uncle tu cakap la, ni bukan masalah rumah la uncle ni mslh rumah tu berhantu.. uncle tu gelak je dan jawab kalau u nak kuar, deposit umah 2 bulan dan air letrik dia x nak bagi balik.. tu je la yg si man cakap ngan aku.. nak x nak aku cakap ngan diorang kita kene pulihkan umah ni, mana ade duit deposit nak cari rumah len dah.. rumah lain dia mintak 2+1, pastu deposit air/letrik rm200, sewa sebulan rm270..Sebab dah pagi, kesian kat mak si man yg dah cam nak demam, last choice kitorang tido dalam kereta.. tp biarkan pintu umah tu terbuka je.. tingkap pintu keta saja buka sikit, ye lah kang mati kepanasan lak. sampailah pagi subuh x de apa2 berlaku sampailah ayah si man pasang kaset ngaji kat dalam keta, so apa berlaku kat dalam umah x dengar.. mmng aku x leh lelap langsung, dah la esok tu ada kuliah, nak x nak aku pikir terpaksa la ponteng.. aku ngan si wan mmng x leh tido, x tau knape, si man dan family dia sume nyenyak tido.. dalam jam 5pagi tu, tiba2 atas keta macam dipijak2, semua terjaga sebab seperti orang meloncat2 sambil berlari2 atas kereta.. aku tunduk time tu, tiba2 aku dengar mak si man menjerit, aku pon terpandang kat cermin depan selipar aku ngan kasut si wan berjalan sendirik tapi macam di engsotkan.. si man kluar dari keta, pastu try ambik kasut ngan selipr tu dan baling ke pintu grill.. waktu tu aku leh dengar macam ada benda terhempas kat grill tu, aku x tau apa benda sebab x nampak.. tapi aku rasa mesti budak2 yg kitorang nmpk sebelum ni..Waktu tu juga ayah si man bang, dan aku baca ayat kursi kuat2, sampailah jam 6.30 hari dah nak siang.. kesian aku nengok mak si man, dah la dia ada darah tinggi dan sakit jantung, sempat la aku nengok dia macam meracau kejap sebelum suami ngan anak dia tenangkan.. jam 8.00pagi tu abah si man suh kitorang angkat2 suma barang masukan dalam keta.. habis suma betabur kat bonet keta, kecuali penyabu, baldi dan benda2 besar tu x bawak, keta manalah nak muat.. sebab x puas hati kat tuan umah, aku soledkan aje rumah tu dapur dan depan, pastu lampu dan kipas aku biar on je.. biar dia byr letrik mahal bulan nih, pastu nak masuk umah kene botong dulu soled tu, dah dia main2 kan kitorang, pastu nak pulangkan duit deposit sikit pon x de.. jumaat tu kitorang x gi kelas, pastu numpang kat umah sedara si man di bukit chedang untuk sementara waktu, susah gak la, walaupun dekat dari kolej tapi x de bas, man terpaksa ulang alik angkut kitorang 2 kali awal minggu.. sebelum menyewa kat central park dengan 2 orang lg budak kelas kitorang..March 2002, keluar di metro pasal rumah terbakar sendiri di seremban 2.. aku dah tau kat mana tempat tu, sebab aku dah alaminya, dah sah2 kat umah yg aku pernah sewa tu dulu.. sapa ada berita pasal tu, tolong la tepek kat sini, dulu aku ada simpan keratan berita tu, tp dah nak 7 tahun berlalu, ntah mana aku letaknye.. so kepada korang sume, kalau nak sewa rumah kene pastikan rumah tu dulu, jgn main tarah je.. skali dapat umah bekas tokong x pon kuil, x ke naya.. tapi sampai skng aku x tau lagi knape ada bayangan 3 orang budak yg bawa mancis bakar2 barang kat umah tu?

Perkara yang Memalukan Part 2

1.
hahaha...br2 ni g tgk muvi ngan bf..tgk kat gsc OU..mase masuk cinema tu dah gelap...kite ngan high heel menonong je jln kat depan sbb bf lmbt sgt...konon2 nak cari tpt dulu la ni....sekali,terpelecok mase dah halfway turun tangga tu....terus terduduk kat situ...dah la org dah enuh dalam cinema tu...malunye tak terkira dah....bf pun tergamam sbb die heran apesal kite tetiba duduk kat situ...die igtkan kite nak tgk number seat tu.. kite cepat2 tarik die g kat seat kitorang...pastu bantai gelak dua2 org... malu gileee....

2.
Malu siot... aku terhantar sms jiwang karat (sepatutnye utk bf aku!) kat member kamcheng aku! Haduuuu.!!! Mesti la teruk aku kena perli lepas ni! Malunyeee.... Semuanya gara2 mereply sms dia... dah sattle hanto kat member aku, aku pastu aku bajet nak hanto kat bf aku plak, aku main delete jer & ketuk lagi... then terus send... tau2... alamak... dah tak sempat nak kensel... waaa... maluuuuu.....
3.
jatoh kat tangga.. kekekemasa tu sebenarnya xsape pon perasan ako jatuhtp, oleh kerana perasan org pandangigt org seme tgk, otomotik sore akopanggey nama laki akolangsong seme org pandang.. kekeke
4.citer die camnih,scidbu n kwn bertembung dgn lecturer yg ala2 lelaki idaman dlm fakulti n jbtn..bertembung plak kat dpn tangga..so kwn td pon tego camnih"assalammualaikum cikgu.."then tros melepasi lecturer tuh..pastu scidbu bantailaa gelak n ckp camnih kat kwn td.."wei..ko igt nih zmn skolah ke nk greet cekgu2??"..psatu dh smpai destinasi..tanyelaa kwn td.."mane cekgu ko tuh??"skali kwn ckp.."nih kat blkg ko"..n lecturer tuh sengih2 je...siot toll..dhlaa ader ngumpat2 lecturer tuh..dulu, time studiy kat U, ada cuti 3 bulan, so, aku keje part time kat satu restaurant ...
5.
ada sekali tu, aku ambil order dari customer ni. dia kata nak kerang bakar. masa tu lak customer ramai. aku salin secepat yg mungkin. lps salin, aku gi htr kat chef kat belakang.dalam 5 minit lps tu, bos aku panggil aku. aku dah terdengar riuh rendah org gelak dr dapur. nape lak ni? masa aku smpai tu, tgk chef2 & suami bos aku duk gelak giler... bos aku tunjuk kat aku kertas order yg aku tulis tadi. rupa2 aku tulis KERA BAKAR satu set malu aku kena bantai gelak di bos & chef2 situ. rasa nak hempok dgn sudip je sorg2.. tau ar aku salah tulis... aku dgn malunya, tersengih2 , ambil pen, tambah NG kat belakang KERA tu. pastu aku gantung balik kat tempat order, terus aku keluar dari dapur sedang diorg duk gelak2 lagi kat aku. lps tu, duk joke2 kat aku suruh masak KERA BAKAR . nyampah aku
6.
putri ader gak citer....gini, satu ari tu putri ngan adik putri..pompaun gak...pi kedai runcit jalan kaki....nak beli barang rumah skit...kat tepi jln tu, ader la 5,6 org mamat2 dok main gitar..biasala kan budak2 muda...nak pi kedai, kene lalu dpn depa...malu seh nak lalu depan tu sbb depa mmg sukadok usha2 budak pompuan....tapi nak tak nak terpaksa lalu la gak kan...putri pon ngn kontrol ayunya lalu depan tu...sekalik...bedebum....jatuh dlm longkang...longkang kat tepi jalan yg besar tu...dah ler kotor, sakit, malu lg...mamat2 tu sumer bantai gelak...adikk putri try nak angkat, tapi dlm longkang tu licin...nak bgnjer , jatuh...bgn jer jatuh...sbb dlm tu kan licin....byk2 kali try, baru ley naik...siutnya mamat...bukannya nak tolong malu gila putri..terus blah, tak jadi pi kedai
7.Citer zaman sekolah dolu mmg kena pakai batch sekolah kat baju...skolah aku ada 2 jenis batch: jenis jahit n ada yg pin.... aku pakai jenis pin...ntah apa malang malam khamis tu batch aku ilang....kena plak pagi jumaat tu jugakla kami ada perhimpunan (mcm perhimpunan ari isnin tu)...Dengan otak geliga aku, aku amik keputusan lukis jer logo sekolah(logo tu aku gunting drpd buku latihan lama n kaler ngan pensel kaler) wat satu ari je untuk esok sementara aku beli yg baru takut kena denda... dipendekkan citer, masa balik ujan betul2 lebat, kengkawan aku parent diorg dtg amik, aku plak sensorg xbawak payung so aku kena tunggu kt pondok pak guard sekolah sbb aku kena naik bas awam balik umah...pakcik guard tu sian kt aku, dia pon sembangla asl usul aku sampai ujan reda sket....Masa atas bas aku xpasan batch sekolah aku tercabut tinggal pin jer...balik umah baru nampak, tapi aku wat xkisahla sebab batch sementara...Ari Isnin, time balik kawan aku nak wat phone call dekat ngan pondok pak guard...aku plak sandar tepi public sembang ngan kengkawan len....pastu pakguard klua....kami seme ingat dia nk tegor jangan melepak kt situ...Rupenye dia nk bg balik batch palsu aku....pastu siap perli lagik..."cantek batch hang no...camne hg lukih? pandai no.."...kengkawan aku kt situ terkedu jap...aku malu giler sbb yg lalu lalang kt c2 pon dgr pak guard perli aku...dgn muka 5 duit aku amik batch tu tanpa cakap pape....masa tu mmg aku rasa nk terjun parit jer.....skrg dh ok dh....ingat balik mmg sungguh memalukan.....

8.ehhh..lebih kurang citer kita ni yek, tapi aku ingat2 lupa sbnrnyer, dah lama berlaku masa zaman aku kat u dulu, ade lah lebih krg 10 tahun lepas, camni citer nyer... kes nih kawan aku yg malu..aku n the geng kuar jenjalan kat kedai2 depan sogo tuh, ade sorang kwn aku nih, nama S , pakai kasut yg mcm ala2 spice girl tuh, ala..kasut yg tapak dia besar gedabak n tinggi tuh, masa lalu depan cobbler(tkg kasut) kat kaki lima kedai2 tuh, si S ni kaki dia tersadung n kasut dia pun terpelanting ke depan, dia berkejar nak ambik kasut tuh balik, yg kita org ni lak mcm terkaku tgk insiden tuh, bila si S dpt kasut dia balik, muka dia semacam jer, ooo.. rupanyer tapak kasut dia tercabut, kita org tengok sekeliling, mana pulak tapak kasut dia ni terbang , alih2 nampak tapak kasut tuh baikkkk punyer landing betul2 depan cobbler tuh apa lagi, mcm nak rak kita org bantai gelak, aku sampai sakit2 perut ketawa n kuar air mata lagik, tak kira kalu si S nak marah, marah lah, kelako giloss..muker si S tuh kelat semacam jer, dgn muker selamba dia gi kat cobbler tuh amik tapak kasut n suruh cobbler tuh betulkan kat situ jgk, pandai betul tapak kasut dia tuh cari landing..., selama cobbler tu betulkan kasut tuh, selama tuh lah aku n the gang tak berenti2 gelak, sampai dlm bas masa nak balik pun tak boleh nak stop gelak driver bas pun pelik tgk kitaorg, kat asrama pun bantai gelak lagi sampai tergolek2 lah kita org kat dlm bilik , bengang jer si S... adoooiiii..ai..lawaks siot...sampai skrg aku tak leh lupa... skrg pun aku gelak lagik,...

9.
aku pernah masa rumah mertua......aku pakai track bottom.....tak sedar pulak koyak kat bawah ...besar pulak tuhhh dlm umah tuh ramai laaa....mak mertua, adik2 ipar pompuan lelaki......sorang pon tak sound tapi aku syak dia org perasan tapi maybe tak nak aku malu kott....aku sedar koyak bila aku dok kat tangga tengok seben basuh kete.......seben aku cakap dia dh lama nampak tp saje.........
kisah nih baru berlaku....aku terjatuh di tangga depan supermarket Aneka. Dah laa ada sales. Nasib laa masa tu aku ngan hubby aku. Memang jatuh melongsor...sampai hubby aku pun tak leh nak control aku dah. Yg aku sedar, ada makcik tu menjerit...aku dah sure menjerit. Sampai kat bawah..siap tgk orang lain...siap leh tanya hubby lagi...ada orang ofis tak.... Lepas tu baru rasa sakit. Nasib laa hubby tak gelak. Tapi malangnya dalam keta..dia bantai gelak.....10
kelakar giler ceta korang semua...sampaikan keras perut aku tahan gelak...hahaha... kalo org jatuh aku tak sampai hati nak gelak....aku ada 3 ceta....pertama, masa aku pegi klinik...klinik tu ada pasu bunga yg ada ikan laga dlm tu...ada pompuan ni bwk anak...anak dia tanya...mak mak ni ikan apa...?pompuan tu dgn selamba jawab...ikan lumba2...aku bantai gelak...hahaha... dahla laki dia duk sebelah laki aku...laki aku terus bg aku siku..ish tak baik gelak camtu...hahaha..nak wat camana hati aku dah geli sgt... kedua, ni ceta masa tgh dating dedulu...tgh elok jer duk sembang dgn bf (now hb aku)...tetiba jatuh taik cicak dekat lengan bf aku...aku apa lagi gelak aaa tapi dlm hati jela...nak mampus gelak depan2...aku rasa kalo aku gelak mesti dia dah malu nak jumpa aku sbb masa tu kitorang baru jer knl....hehehe ketiga, aku ada sorang kwn ni mmg takut dgn cicak...kalo ada cicak dlm bilik air dia sanggup kuar bogel camtu jer...siot betul... ...masa aku pegi kursus masa belajar...dekat situ mmg byk cicak...dekat siling kaki lima boleh dikatakan berpuluh puluh ekor cicak...bila dia terpandang jer cicak2 tu seme...dia lari mcm tak cukup tanah...aku yg tukang tgk ni sabar jelah....malu siot...
11.
along pun ada pengalaman yg memalukan..msa tu along masih kt uitm lgi...along n friend g makan kt ada satu warung kt kl...so servis mokcik nie mmg slow giler...nk blah tk sampai ati lak..so tunggu jerlaa makanan yg we al order tu sampai...kalau sodap takperla gak..nie ntah apo2 ghaso...punyalah bengang we al dgn mokcik nie..so sblm blah...we al watla dajal cikit..tulihlah rasa takkepuasan ati kt kertas tisu..bahasa..jgn citerlaa..mmg indah blaka..niat kami ikhlas..nk sedarkn mokcik tu..untung2 dia upgrade servis n masakan dia tu...pastu we al pn blah...korang tau...dgn kuasa allah...ntah camner ghupa2nyer beg along tertinggal kt warung mokcik tuu.....isk isk..nk amik ke tkyah nie..mmandangkan ada dokumen penting dlm beg tu...we al patahlah balik...he he..sampai jer kt warung mokcik tu..along dgn muka tk malu tanya kt mokcik tu ada nampak tk beg tu....nasib baik tk dibuangnya beg along...masa dia bagi balik mokcik tu siap cakap trima kasih yer dik..susah2 jer buat karangan utk mokcik!!adussss tebal rasa muka we al masa tu...13.
aku penah nak tercirit punya pasal aku pon berlari cari tandas.Tgh tuut (buang air besau) aku dgr suara laki2 sekeliling tandas tu..Otomatik cirit aku terhenti, rupanya aku masuk tandas lelaki..uwaaa, pastu ble line clear aku terus kuar, dpn pintu tandas laki aku buat2 konpius konon, sedangkan bapak maluu i14.harharharaku pun penah gakkk..masa tu keje kat kilang tuttutsbb aku keje kat opis x penahla aku gi toilet yg kat assembly area..masa tu sbb desperate nak temuntah aku punya2la kalut masuk toilet tuhh..depan tu ade pak guard lelaki jaga..rushing je aku masukkk..die plak x cakap ape2..tapi aku prasan la muka die semacam..sejak tu tiap kali ke assembly, tu lah toilet yg aku pi..sampai kali ke 5 kottt...baru aku prasan ade mcm sinki pelikkk..check2 indication kat pintu kaler biru, n ade lambang gents tuhhh.. pergghhhh!!! patutla guard tu manjang muka pelik tengok aku gi situ..masa tu actually x tau buat muka camne kat guard tuhhhhh tapi kontrol macho jelahhh... ?/div>