Thursday, March 26, 2009

Puteri Sejinjang

Ni karya aku yang aku anto utk peraduan Fair & Lovely. Mase anto, tak bagitau kat boss aku sebab takut die jadik hakim nanti. (Die slalu jadi hakim bab2 karang-mengarang nih). Malu pun satu hal. Skali betul2 die jadi hakim. eke..ke..ke.. Satu hari tu die panggil aku masuk bilik. Senyum2 lagi tuh. Die ckp, mase die jadi hakim utk peringkat akhir, die terkejut tgk name aku ade. Die tanye, 'nape comot sgt?'. He..he.. mlm tuh aku tibai mengarang coz besok da tarikh tutup. Memalam bute tu gak aku mengedit karya sendiri. Laki aku maleh nak layan. Bile aku bace depan die, die buat2 berdengkur. Kureng asam punye husband. Bile kite komen die tak bagi semangat n sokongan, dan dan die bangun n bagi kate2 semangat sambil tersenyum siput. he..he..Boss aku kate lagi, karya aku ni masuk gak la dlm senarai akhir. Jadik la tu ... (Bile aku bace balik, hmm ... no comment. Sekurang-kurangnye aku tau, bukan senang nak jadi penulis.)
“Betul Marsyitah, Kak Long nampak dengan mata kepala Kak Long sendiri.” Bersungguh-sungguh Kak Long meyakinkan aku tentang kecurangan Badrul.
“Pelanduk dua serupa kot.”Hmmm … aku sendiri ragu dengan telahanku sendiri.
“Pelanduk dua serupa apanya? Takkan Kak Long tak cam tunang kamu. Ini bukan kali pertama Kak Long ingatkan kamu tentang perangai Badrul tu.”
Aku cuma membisukan diri. Ketingan halus dari pinggan mangkuk yang berlaga di singki ibarat hatiku yang kian berkocak. Benarkah Badrul curang? Apakah kekurangan aku?
“Huh … cakap Kak Long bukan kamu nak percaya!. Sudahlah Marsyitah, cuma satu je yang Kak Long nak bagitahu, perempuan yang Badrul kepit ke hulu ke hilir tu jauh lebih cantik daripada kamu.”
Kak Long meninggalkan aku yang termanggu sendirian di dapur. Kelopak mataku kian panas. Hatiku bagai disiat-siat.
Bilik ini bagai kosong sekosong hatiku. Hendak menghubungi Badrul, hati ini seolah sudah merajuk. Dari siang tadi talifon tidak berjawab. Berpuluh-puluh mesej dihantar, langsung tidak dibalas. Aku bingkas mengambil wuduk. Insya-ALLAH … hatiku akan tenang menghadap Illahi. Seusai solat, aku memanjatkan doa.

“Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi mengasihahi. Sekiranya Badrul adalah jodohku yang terbaik, maka dekatkanlah dia padaku. Sekiranya Badrul bukan jodohku dan bukan terbaik untukku maka kau berilah petunjuk dan jauhilah aku daripada-Nya. Kurniakanlah aku insan yang lebih baik daripadanya.”

Bunyi hon yang membingitkan telinga bertalu-talu dari luar. Aku mengintai dari tingkap. Kak Long? Apa pulak lepas ini.

“Cepat siap! Kak Long nak bawa kamu keluar.” Kecut perut aku dibuatnya. Aku segera menukar baju dan menyarung tudung. Sempat aku menilik raut wajahku. Kulitku yang kusam inikah yang Badrul tidak suka? Parut di dahi inikah yang Badrul benci?.
Bunyi hon sekali lagi mematikan lamunanku. Lantas aku capai beg tangan di sisiku. Muka Kak Long sudah mencuka.
Sepanjang perjalanan, kami cuma membisu. Kak Long menghentikan keretanya di Kuantan Parade.Setelah keluar, dia membuka pula pintu di sebelahku, lalu merentap kasar tanganku.

“Nak pergi mana?” Aku mula tidak senang dengan perlakuan kasar Kak Long. Kak Long hanya mendiamkan diri. Langkah kami dipakukan di depan Pizza Hut.

“Kamu tak percayakan Kak Long kan? Tu … sana tu, bukan Badrul bin Dato’ Taha ? Bukan tunang kamu?”

Menggigil rasa seluruh badan. Ya! Itu memang Badrul. Siapa perempuan berkulit cerah dan berambut panjang itu? Kelopak mataku sudah digenangai air. Degup jantungku semakin laju. Pandangan Kak Long berubah sayu. Tanganku digenggam erat.

“Kak Long ada. Kamu tunggu sini.” Kak Long menginggalkan aku yang sudah semakin lemah di depan restoran Pizza. Pandangan orang sekeliling langsung tidak aku pedulikan. Pertengkarana antara Kak Long dan Badrul hanya sayup di pendengaranku.

“Ini untuk adik aku yang kau khianati!” Secawan air membasahi muka Badrul. Jeritan Sarah, yang mungkin teman wanita tunangku itu seolah-olah berlawan dengan suara Kak Long. Aku sudah semakin lemah. Padanganku semakin kabur!

Kak Long sudah merentap tanganku dan mengatur langkah laju ke ruang meletak kereta.
“Hey perempuan tak sedar diri! Mulai hari ini, antara aku dan kau sudah tidak ada apa-apa. Balik rumah ni kau cermin dulu muka tu baik-baik. Kau tak layak jadi isteri Badrul Dato’ Taha! Kau ingat tu perempuan sial!”

Tiada kata yang mampu aku ucapkan lagi. Tangan Kak Long aku genggam erat. ‘Jangan tambahkan lagi penghinaan dia Kak Long,’ detik hatiku sayu. Hanya air mata menyatakan pedihnya hatiku kala ini. Kalau tidak disabarkan, mungkin Kak Long menyerang lagi. Hatiku yang sudah parah disiat lagi. Ya ALLAH ... dugaan apakah ini?
Kereta Kak Long meluncur laju. Sumpah seranah Kak Long hanya ibarat angin lalu di telingaku. Kenapa selama ini aku tidak sedar bahawa Badrul tidak cintakan aku? Kenapa selama ini aku tidak mencermin mukaku dahulu sebelum sudi menjadi tunangannya? Aghhhh !!! … bodohnya aku!
Malam itu Badrul datang ke rumah. Berani betul dia! Mujurlah Kak Long tiada di rumah. Ibu menyambut Badrul dengan baik, lalu terkocoh-kocoh pula membancuh air di dapur dan aku bagai dipasak di depan lelaki tak guna ini.
“Aku tak nak cakap banyak, Ya, aku tak cintakan kau selama ini dan pertunangan kita adalah atas permintaan mama dan papa. Itu semua adalah untuk menyelamatkan Mutiara Holdings. Kau kena berkerjasama dengan aku. Hubungan kita putus, tapi aku nak kau mengaku yang kau lah puncanya. Kalau tidak, kau jangan menyesal dengan apa yang berlaku selepas ini.” Bisikan racun Badrul benar-benar menikam tangkai jantungku. Begitu sekali penghinaannya padaku!

“Kau keluar sekarang …!” Suaraku tersekat-sekat.

“Marsyitah ….” Badrul sudah mati akal.

“Aku kata keluar, keluar! Kalau kau datang semata-mata nak menyakitkan hati aku, baik kau berambus!” Aku bagai diserang histeria. Sakitnya hatiku hanya Tuhan yang tahu. Cawan-cawan di tangan mak sudah terhempas ke lantai.

“Mak lihatlah apa yang bakal menantu harapan mak buat pada anak bongsu mak …. Kasihanilah Marsyitah mak ….” Aku sudah terjelepuk di lantai. Mak memelukku erat dan Badrul melangkah keluar tanpa menoleh ke belakang lagi. Ya Allah … berikanlah aku kekuatan. Malunya aku … malunya seluruh keluargaku. Kad jemputan sudahpun diedarkan, tapi aku sudahpun ditinggalkan.

Seharian aku tidak menjamah makanan. Separuh mati aku membela diri di depan abah,tapi abah tetap percayakan fitnah yang disebarkan oleh Badrul.. Mak dan Kak Long cuba menerangkan pada abah, tapi abah tetap dengan kedegilannya. “Kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang!” Itulah yang diulang-ulang oleh abah. Pada abah, benarlah aku yang curang, akulah puncanya! Pertunangan ini putus akulah penyebabnya! Semuanya aku! Aku! Aku!. Jemariku mengelus lembut pipiku yang masih perit kerana tamparan abah. Sakitnya pipiku, sakit lagi hatiku.
Badrul, suatu hari nanti kau pasti akan melutut di kakiku! Abah, Tuhan sentiasa berada bersama orang yang benar. Anak abah yang kurang ajar inilah yang akan membahagiakan abah suatu hari nanti.

Surat panggilan temuduga aku tatap lama.Jawatan setiausaha di sebuah syarikat gergasi seperti Purnama Holding sudah lama aku idamkam. Aku ligat memikirkan baju yang sesuai, Agh … sudah lama aku tidak membeli baju baru. Aku mencapai kurung merah jambu dari almari. Aku gayakan pula di depan cermin. ‘Masih cantik!’ detik hatiku nakal. Tapi … tanganku meraba parut di dahi. Kulit kusamku dibelai lembut. Kalaulah kulitku secerah dan segebu Kak Long, alangkah baiknya. Kak Long? Aku bingkas mencapai talifon bimbit. Berita panggilan temuduga itu nyata turut menggembirakannya. Kerusuhan hatiku, ku khabarkan jua.
“Kebetulan hujung minggu ni Kak Long ada conference di UiTM, nanti Kak Long singgah rumah kamu.” Kata-kata Kak Long benar-benar menceriakan hatiku. Harap-harap ada baju baru dan petua cerahkan kulit untukku. Tak sabarnya!

“Nah, ini rendang ayam mak kirim.” Sayu hatiku.
“Abah tak kirim apa-apa?” soalku penuh mengharap. Kak Long cuma menggeleng kepala.
Sejak Badrul memfitnahku, aku membawa diri ke Shah Alam. Menyambung belajar di bidang kesetiausahaan. Mujurlah pendaftaran baru terlepas dua minggu dan pertolongan Auntie Zara, adik mak yang bekerja sebagai Dekan di fakulti tersebut banyak membantu. Suatu masa dulu abah meminta aku menyimpan sahaja surat tawaran belajar tersebut kerana mahu aku mendirikan rumah tangga bersama Badrul, anak tunggal rakan perniagaannya. Ya lah … kita cuma merancang, tapi Tuhan yang menentukan.
“Ambik ni.” Kebaya merah bersulam manik halus itu sungguh cantik. Aku menggayakannya di depan Kak Long.
“Baju ni cantik, tapi tak sesuailah dengan kulit Marsyitah yang gelap ni. Tak ada petua ke Kak Long? Temuduga cuma tinggal tiga minggu je lagi.”
“Alahai Dayang Senandung ni, nak jadi Puteri Sejinjang ke?” Kak Long menggiatku dengan gelaran yang aku sandang sedari kecil kerana kulitku yang gelap. Aku memuncungkan muka.
“Nah, pakai Krim Pencerah Lengkap Fair & Lovely ni. Krim ni kaya dengan Kompleks BioVita, vitamin B3, B6, C dan E. Kak Long dah pakai lama, sebab tu kulit Kak Long gebu dan cantik seperti Puteri Santubung.”
Aku merampas krim tersebut dari tangan Kak Long.

“Sempat ke nak cerah?”

“Pakai dulu, Kak Long yakin masuk minggu ketiga, kulit kamu akan cerah berseri.”

Doaku seusai solat Subuh lebih panjang daripada biasa. Aku benar-benar berharap temuduga pagi ini berjalan dengan lancar. Aku menyarung kebaya merah pemberian Kak Long. ‘Cantik betul, secantik orang yang memakainya!’ pujiku sendiri. Sesuai dengan kulit wajahku yang semakin cerah berseri. Macam tak percaya pula Dayang Senandung seperti aku ini boleh cerah seperti ini. Aduh … kalau aku balik kampung, mesti mak terkejut. Maklumlah Dayang Senandung dah jadi Puteri Sejinjang! Aku tergelak kecil dan tanganku menggenggam erat Krim Pencerah Lengkap Fair & Lovely.
Penemuduga muda itu merenung mukaku bersilih ganti dengan gambar di borang kerja yang aku hantar sebulan lepas.
“Ni awak ke?” aku mengerutkan dahi, lalu mengangguk.
“Lainlah … gambar ni tak cukup lighting ke? Gelap semacam je.” Mukaku sudah merona merah.
“Agaknya kot.” Ringkas jawapanku membuatkan dia dan Puan Rohani tergelak. Dia tak tahu, inilah penangan Fair & Lovely!. Aku mengintai tanda namanya. Rosman Haiqal. Nak panggil Encik Rosman ke Encik Haiqal? Hmm … belasah saja lah.

Alhamdulillah, semua soalan temuduga aku jawab dengan tenang, walaupun banyak soalan yang pelik-pelik keluar dari mulut Encik Rosman. Ada ke dia tanya dia tu handsome ke tak? Yark!!! …

Aku semakin cekap menjalankan tugas sebagai setiausaha di Purnama Holding. Nak tau siapa bos aku? Siapa lagi, Encik Rosman la! Mujurlah dia boss yang baik dan bertanggungjawab. Gila-gila orangnya, tapi semuanya harapkan aku. Dari membancuh milo hinggalah menemankannya memilih kemeja baru.

‘Happy Birthday wahai Puteri Sejinjang!’ Aku mencapai kad dari sejambak bunga tulip di mejaku. Deringan talifon di meja mengalih tumpuanku.

“Happy Birthday! Suka tak bunga tu?” Aku mengiyakan sahaja. Kalau cakap tak suka, nanti merajuk pula. Aku mengingatkannya tentang temujanji dengan Cik Sharifah Shahila dari Global Holding petang ini.

“You follow sekali la. Lunch ni I ambik u di pejabat.”

“Tapi appointment tu pukul tiga.” Aku cuba berdalih.
“Today is your birthday. I nak belanja u makan, then kita pergi jumpa Cik Sharifah Shahila di Concorde. Ada masalah ke?” Aku sudah terperangkap.
“Kena bawa apa-apa ke? File ke, dokumen ke?” Aduh … aku semakin tak keruan.
“Marsyitah … takkan nak dating kena bawak file dan dokumen.” Ketawanya sudah berlagu di corong talifon. Malunya aku ….
Tepat pukul 2.45, kami sudah berada di Hotel Concorde.
“Kenapa U tak cakap Cik Sharifah bawa teman?” Teman? Aku mengalih pandangan ke sudut kiri. Cik Sharifah melambai tangan. Lelaki di depannya turut berpaling. Ya Allah … Dugaan apa lagi ini. Longlai rasa kakiku.
“Marsyitah, are you okay?” Kegusaranku cepat ditangkap oleh Encik Rosman.
“Ok.” Aku menggagahkan diri. Be professional Marsyitah. Buktikan yang kau kuat!

Perbincangan berlangsung hampir dua jam. Aku langsung tidak mempedulikan renungan Badrul. Semua topik hanya berkisar tentang projek kerjasama antara Purnama Holding dan Global Holding. Encik Rosman menghulurkan kadnya pada Badrul selaku orang yang akan mengambil alih tugas sepanjang cik Sharifah ke Jepun nanti.

“Kad cik Marsyitah tak ada ke?” Badrul cuba memerangkapku.

“Maaf, kad I dah habis.” Aku cuba mengelak.

“Kalau macam tu, I hubungi u di pejabat sahaja.” Pandai-pandai je mamat ni memberi cadangan bodohnya!

“U hubungi I terus lagi senang, sebab Marsyitah hanya pembantu saya dalam menyiapkan projek ini.” Lain benar nada suara Encik Rosman. Cemburu kah?

Sejak hari itu, Badrul sering cuba bercakap denganku di talifon.

“Hampir I tak kenal dengan U hari tu. Macam dah jodoh pula. U cantik sekarang. Kulit U nampak putih berseri. Tak macam dulu.”

“Kenapa? Dulu Marsyitah gelap? Tak cantik macam Sarah? Ok lah … Marsyitah banyak kerja sekarang ni. Lagipun Marsyitah tak layak bercakap dengan Badrul Dato’ Taha. Ye la … kita kan tak cantik, gelap, tak kaya macam orang tu ….” Aku memulangkan paku buah keras. Padan muka!

Tak cukup dengan itu, Badrul cuba berbaik-baik dengan keluargaku. Dia juga sudah mengaku segala perbuatan buruknya dahulu pada abah. Saban hari bertanya khabar dan merisik-risik tentangku. Kak Long menghubungiku di pejabat dan cukup berapi-api menceritakan kejelekannya dengan perangai Badrul sekarang. Ada ke dia hendak menghantar rombongan merisik untuk kali kedua. Dan kononnya ingin mempercepatkan urusan yang baik. Gila! Badrul memang sudah gila!
Aku bagaikan tidak percaya mendengar suara abah di corong talifon. Hampir setahun abah meminggirkan aku dari keluarga. Permintaannya agar aku balik ke rumah hujung minggu ini mustahil untukku tolak. Hari itu juga aku memohon cuti dua hari daripada Encik Rosman. Tanpa banyak soal, cuti aku diluluskan. Cuma dia berpesan agar aku sentiasa menyemak emel dan sms walaupun berada di kampung. Huh … nak suruh aku jadi gila kerja macam dia juga agaknya!

“Kenapa tak balik semalam? Boss Marsyitah tak bagi Dayang Senandung opss Puteri Sejinjang mak cuti ke?” Mak sudah memelukku erat. Abah cuma senyum memandangku. Sejuk tangannya kusalami.
“Takkanlah Encik Rosman tak bagi cuti mak oii ….” Kak Long tiba-tiba menyampuk sambil tersenyum. Aku mengerling geram. Memang aku ada cerita tentang ‘kebaikan semacam’ Encik Rosman, tapi berkali-kali juga aku mengingatkan bahawa ‘kebaikan semacam’ itu takkan sampai ke mana. Ye lah … aku kan setiausaha sahaja. Sharifah Shahila lagi padan dengannya. Sama lawa, sama kaya dan yang penting sekali sama darjat!.
Petang itu, topik Badrul dan Encik Rosman pula menjadi pilihan. Susah juga aku nak menerangkan satu persatu. Lagi-lagi Kak Long yang tak habis-habis menyakatku. Dia membanding-bandingkan Encik Rosman dengan Badrul.
“Nanti famili dia nak datang tau.” Kata-kata Kak Long menakutkanku. Sudah gilakah Badrul?
“Mak dan abah tak cakap apa-apa ke masa diorang call?” aku semakin cemas.
“La … orang nak datang, apa salahnya.” Aku tak tahu kenapa mak dan abah begitu tenang. Tak ingatkah mereka dengan perbuatan keji Badrul suatu masa dahulu? Talifon bimbit Kak Long menjerit kuat. Dia bingkas bangun menjawab panggilan. Hatiku marah pula pada si pemanggil. Kalau tidak, mesti Kak Long orang yang akan menentang keras ‘lawatan’ orang tua Badrul itu.

Ketukan pintu yang agak kuat mengejutkan lenaku. Aku terpisat-pisat membuka pintu.
“Ya Allah … anak dara Tuan Haji Syuib ni tak mandi lagi ke? Cepat mandi! Pakai baju ni!” Terbeliak mataku memandang baju kurung kain lace berwarna biru muda itu. Segala persoalan seolah-olah tersekat di kerongkong. Bau gulai menusuk ke hidung. Sudah …! Aku berlari anak ke dapur, lalu menerpa mak yang sedang memasak.
“Mak, Marsyitah tak setuju mak. Kasihanilah Marsyitah, mak.” Aku sudah melutut dan menggoyang-goyangkan kaki mak.
“Ai … mengigau ke apa budak ni? Semalam kan dah cakap famili dia nak datang. Bukannya terus kahwin pun. Merisik-risik aje. Ini semuakan untuk kebaikan kamu juga.” Aku cukup terpukul dengan kata-kata mak. Kak Long entah hilang ke mana pula kali ini!
Tiada guna bercakap dengan mak dan abah lagi. Hubungan baik mak, abah dengan Dato’ Taha dan Datin Zurin mungkin sudah cukup untuk mengubat luka yang pernah Badrul calarkan di hati mak dan abah. Aku nekad mengurungkan diri di dalam bilik. Kak Long sudah mati akal memujukku hingga menyelitkan satu surat di bawah pintu. Lama juga aku merenung sampul merah jambu itu, baharulah aku mengambilnya.

‘Hai Puteri Sejinjang, sudikah Puteri Sejinjang menerima Putera Murud ini sebagai suami yang sah?’
Majikanmu yang handsome,
Rosman Haiqal.

Nadiku bagaikan terhenti. Aku segera teringatkan pesanannya agar selalu menyemak emel dan sms. Komputer riba lantas ku buka. Emel dari Putera Murud menarik perhatianku. Satu-persatu diceritakannya padaku. Rupa-rupanya Kak Long menghubungi Encik Rosman di pejabat selepas menghubungiku hari itu. Dan dialah tok dalangnya. Panggilan yang Kak Long sambut petang semalam ialah panggilan daripada Encik Rosman! Patutlah dia nampak okay je! Aku bagaikan tidak percaya. Patutlah cuti lulus tanpa banyak soal, rupanya kerana urusan bersama! Ketukan pintu sekaligus membuka pintu hatiku untuk memulas tombol berkunci itu. Kak Long tersenyum nakal sambil membawa gubahan Fair & Lovely set lengkap yang sangat cantik. Aku tersenyum malu bercampur geram.
“Diam tanda setuju, senyum tanda suka. Putera Murud dah lama tunggu, Puteri Sejinjang tak nak turun ke? Kesian dia. Keluar peluh masinnya!” Aku mencubit lengan Kak Long. Geramnya!!!... dan SUKANYA!!!... Terima kasih Fair & Lovely! Kau benar-benar mengubah hidupku.

No comments:

Post a Comment