Monday, March 30, 2009

ANAK PADERI PELUK ISLAM

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!...

Bacalah dan Renungkanlah. ...Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh negeri! Kumpulan saya masuk ke kampung dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000!!!

Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampung. Kami ziarah rumah ke rumah. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai-bagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian, pakaian, dan buku sekolah dan sebagainya.Dengan cara ini, kami mendekati mereka. Hasilnya, dengan beberapa kali kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi, kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya, kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang dimurtadkan! Bayangkan pendapatan saya ketika masih di alam Persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3, saya dan beberapa rakan mengambil mata pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan (betapa hinanya mata pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4, saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian.

Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam.Pada suatu hari, sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu)."Cikgu, saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai di kelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu?" Ustaz itu bersedia. Lalu, saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu. Saya katakan "Cikgu, saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam, agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". Saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;
  • Mengapa orang Islam sembah Kaabah - Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian, dan Islam adalah agama langit.
  • Mengapa pada akhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.?
  • Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
  • Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu, mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.

Kemudian, saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat. Apakah boleh manusia (paderi) mengampunkan dosa manusia lain? Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 ialah konsep ketuhanan Jesus.Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya, tetapi mereka enggan. Lalu, saya bawa ustaz itu ke rumah saya dan bertemu dengan bapa saya yang merupakan seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang ke rumah. Sejak itu, beberapa kali saya tidur di rumah ustaz itu. Di samping mengulang kaji, saya gemar berdialog dengan ustaz itu. Saya memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya.

Pada suatu malam, saya bermimpi didatangi oleh 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikut mereka. Saya meronta-ronta. Di samping itu, saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada di tepi saya dan berkata, "Mengapa Johanis.? Awak mengigau .... " Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya .... " Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu, saya pun diIslamkan oleh Ustaz itu.

Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah,saya lihat pakaian saya bertabur di luar rumah. Rupa-rupanya bapa saya telah tahu! Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup ke atas.Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap di rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah. Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan, rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu.

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah! Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian, saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka, dan Pahang.Tak sampai setahun, saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keikhlasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang, kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan Kualiti bukan Kuantiti saja!

Berbalik pada kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM, saya selalu menghubungi ayah, emak, dan adik-beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah, saya sayang emak,saya sayang adik-beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya dunia dan akhirat.Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. Saya menangis kerana rindukan ayah, emak, dan adik-beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita, ayah saya menganut Agama Islam! Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah. Saya terus menangis. Saya pejamkan mata, saya bayangkan ayah di hadapan. Saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama. Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu!

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.Kini, saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, "You apa tahu. Islam pun baru setahun jagung!" Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah, saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati Islam.Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. Saya juga diancam oleh umat Islam!!! Apa tauliah awak, mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis,sapa benarkan pungut derma? Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana saya ada pengalaman, tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya. Marilah kita awasi dakyah Kristian.

Satu usaha yang agak ketara ialah di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura belajar Islam, jatuh cinta lalu dimurtadkan. Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia(UPM) !!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja.Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam!!! Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water' (sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu) cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin1x, 3 Qul 1x, dan Selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.Insya-Allah, mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. Insya-Allah!! !

Thursday, March 26, 2009

Pilot peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan

Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :
Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.
Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur

Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.
Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.
Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau. Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.

Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.

Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.
Al-Fatihah..

Kejadian Seram di Rumah Sewa Seremban 2

NI KISAH YG I BACE KAT CARI.COM.SERAM GILERRRR

Kejadian pelik di rumah sewa aku di seremban 2Akhir tahun 2001, di semester akhir aku terpaksa berpindah kolej ke seremban 2.. ni sebab kolej aku blaja tu nak buat pengabungan 5 cawangan kolej yang akan menjadi 1 main kolej di seremban 2.. semester baru bermula pada disember 2001, selepas habis exam bulan September tu kami budak kolej berlumba2 mencari rumah sewa di sekitar seremban2.. maklumlah bulan oktober dah nak pose, November plak nak raya.. semua x de masa nak cari rumah sewa selepas raya nanti.. Sepatutnya semua student dari cawangan aku duduk hostel, tp disebabkan hostel penuh dan pihak kolej target hostel utk2 student2 bagi kemasukan disember maka kami budak2 senior di suruh mencari rumah sewa berdekatan dengan kolej.. aku, wan dan man bepakat menyewa rumah teres di taman garden homes seremban 2 sebab ada bas dari perumahan ke kolej waktu tu.. lagipun waktu tu perumahan tu kosong dah x de orang macam skng ni, cari rumah sewa melalui tenet, selepas penat call sana sini akhirnya kitorang dapat rumah teres 3 bilik, 2 bilik air di end lot.. tepi jalan dan senang nak tunggu bas sebab bejalan 20 langkah dah sampai bus stop.. tapi kitorang pelik sebab rumah end lot yg besar sikit dari rumah teres di bahagian mid tu lebih murah, logiknye mana ada rumah end lot atau corner lot lagi murah kan.. kitorang dapat harga rm220, konon2nya rebet student, huhuhu..So selepas dah confirm ngan uncle cina tu, habis exam dan selepas dah kemas semua barang sebab nak balik kampung cuti semester sebulan setengah.. kitorang masukan bararng pada bulan September tu gak, tapi sewa berjalan mulai bulan November.. wah bertuah tul time tu, sume duk puji2 uncle tu.. pas sembahyang jumaat, kitorang tinggalkan kolej dan daerah yang aku duduk selama lebih 2 tahun berhijrah ke seremban2, kitorang menyewa sebuah van untuk angkut barang2 time tu.. caj ok la dalam rm50, jauh gak time tu adala dalam 60km campur ngan jalan pusing2 kat bukit tu..Lupa nak crite, kitorang x pernah pon tengok rumah tu lagi, sebab dah ajak uncle tu nak tengok2 rumah tu tp dia kate sume rumah sama saja.. waktu tu kitorang jumpa dia di 7-e sebelah terminal 1 tu, ntah skng ada lagi ke x de.. skng dah ada petronas rasanye.. lepas bayar 1+1 sewa + deposit letrik air kitorang pon dapat la kunci rumah tu, tanpa dapat nengok rumah tu pon, ye la time tu kitorang dah terdesak sangat sebab nak balik kolej cepat sebab esok nak exam lagi.. huhuhu..Balik cerita tadi, sampai kat perumahan garden homes tu, kitorang pon pening cari alamat rumah uncle tu.. selepas tanya kat jaga (time tu perumahan tu kosong lagi, so jaga pon ada) baru jumpa umah tu, wah betul2 tepi jalan la.. betuah betul kitorang masa tu.. tapi masa nak buka pagar rumah tu kitorang dah terkejut sebab banyak bekas colok2 cina kene bakar, duit kertas yg kene bakar, pastu kat sliding window tu di gantung kain merah.. pakcik van tu pon cakap umah apa korang sewa ni, ni macam bekas tokong diorang je.. aku ngan member2 pon senyap je x de nak cakap lebih2.. so kitorang pon angkat barang letakan kat dalam umah, lagi la tekejut tengok dalam bilik2 tu berselerak dengan kain merah kuning yg ada kesan di bakar.. sebab time tu dah petang, kitorang berpakat nanti lepas raya kita kemas sebab flight aku nak balik kg nun ni Malaysia timur dah nak dekat, aku tolak jam 7.30pm, time tu dah jam 4.00pm.. x pasal2 kang tertingal flight lak kang..Sebagai keselamatan, kitorang pasang lampu rumah 1, dan lampu di luar 1 dan semua pintu bilik kitorang buka dan sandarkan dengan batu bata yg bnyk kat halaman kitorang tu.. masa dah nak balik tu, tugas aku la tutup sliding window ngan grill tu, sebab time tu kunci 1 je dan akulah yg pegang sebab aku pemegang syer terbanyak, huhu.. secara automatiknya aku duduk kat main bedroom yg ada bilik air.. masa nak tutup grill tu aku prasan ada bayang2 kanak2 kecik menekap muka kat sliding window tu, aku terperanjat sampai tejaut kunci.. masa nak kutip tu aku perhatikan lagi sekali, x de apa2 lak.. lega hati aku, dalam tekejut dan risau aku pujuk hati aku yg aku nampak tu maybe bayang2 aku yg tengah tutup grill.. ye lah kan, sliding window tu besar 3 pintu, x de letak langsir lagi so otak aku positif mengatakan yg tu bayang2 aku x pn kawan2 aku.. time tu aku x nak kecoh2, kang x pasal2 kawan aku x jadi lak duk umah tu, lg pun x sahih lagi apa yg aku nampak tu..Sume dah masuk van, tingal aku je lagi sebab nak kunci pintu pagar luar rumah lak, skali lg aku nmpk ada bayang2 kat umah tu, kan terang sebab langsir x de dan lampu plak pasang.. aku dah rasa x sedap hati, bayang2 tu macam berlegar2 kat kotak2 kitorang letak tu, bayang2 budak2 kecik.. kotak2 tu x de apa2 pon kecuali buku2 dan barang kitorang yg berat dan malas nak bawak balik umah.. masuk ke dalam van je.. wan senyap je x becakap ape, aku x tau la knape ngan die.. si man lak sibuk borak ngan pakcik van tu, cerita lak pasal camner nak bersihkan dan samak umah tu.. sebab pakcik tu syak yg tu bekas tokong cina dan bukannya umah cina yg kitorang pikir mula2..Sempat jumpa jaga kejap, suh die tengokan umah tu, lepas tu ajak pakcik van makan kat restoren yaznie sebelum hantar kawan2 aku ke terminal 1 dan aku ke klia.
Lepas beraya seminggu kat kg, kitorang pon berkumpul kat umah tudalam tengahari.. sorang kawan aku bawak motor, ye la kg dekat je kat sepang leh la bawak motor abah.. tapi elok gak si man ni ada motor, leh la suh die beli barang2 nak kemas umah.. huhuhu, x de pengalaman duk kek rumah sewa time tu, x sangka beli barang2 nak kemas rumah pon leh tahan gak.. penyapu, baldi, fabuloso dan macam2 lagi la, sib baik makro time tu ada nak harap kedai runcit yg ada hanya rufaqa je time tu.. tapi cam biasa la apa barang pon x de kecuali bahan makanan basah..Masa mengemas tu x de la apa2 yg pelik kitorang alami, ok macam biasa, happy2 pasang radio kuat2 sambil kemas umah, cuci 1 rumah pastu buang barang2 peninggalan yg ada.. suma aku buang x tinggal 1 pon, tapi masa nak kemas bilik air kat bilik aku, aku tekejut sebab nampak ada teddy bear besar kat atas flush tandas tu.. sebab masa kitorang masuk dulu x de le plak toy tu, toy beruang color coklat pakai baju kot dan ada love kat dadanya.. aku cakap ngan dak2 tu yg aku jumpa teddy tu, x pasal2 muka si wan berubah betul padahal tadi kemain siap nyanyi2 lagu xpdc time tu ngan ali, rock sampai jerit2.. aku nengok die aku plak yg gabra, sebab wan dan man pon dah jenguk bilik air tu sebelum ni (masa pindah dulu) x kan ada sapa2 lak yg masuk letakan kat bilik air bilik aku tu.. nak kata tuan rumah, grill depan belakang kitorang dah kunci ngan solid baru masa angkat barang tu.. aku pon x nak pikir panjang2 kang x pasal2 aku yg kecut perut sebab aku yg nak duduk bilik tu kang, bukan diorang.. so aku masukan dalam plastik sampah hitam yg besar pastu aku ikat dan letak kat dalam tong sampah kat depan rumah..X nak pikir lama2 pasal bab tu, kitorang pon kemas la sume temasuk la longkang blkng yg penuh ngan batang2 colok tu.. lebih 5 jam kemas baru la settle, baru la cam umah, bau fabuloso pon merebak2 baunya.. pasang langsir kat sliding window pastu tingkap lak letak kain pelikat yg di gunting 2 sebab time tu x de langsir tingkap lebih.. wan ni bagus daknye banding ngan aku ngan si wan ni, sempat die baca yasin selepas semayang maghrib tu.. aku ngan si wan lak sibuk lepak kat depan umah, maklumlah hari pertama, umah terang benderang.. lepak kat luar rumah sebab jiran2 x de, yg ada selang 10 buah rumah tu pon x sempat kenal time tu, family cina, sebab kitorang bz kemas umah.. siap baring2 kat luar ye la penat, orang pon x de.. area tu dah jadi jajahan kitorang dah, nak buat apa pon suka hati la..Tengah2 kitorang lepak2 kat luar si man jerit2 dari dalam bilik air, time tu bilik air yg kat ruang tamu bersepah ngan baju2 kotor, mop, dan baldi2 so dia gunakan bilik air bilik aku.. aku ngan si wan belari2 la knapa lak si man tu jerit2 lak, sampai2 aku tekedu nengok bilik air terkuci dari luar dan lampu biliknya di tutup.. mana x nya si man menjerit, orang sibuk ambik wuduq leh lak kene tutup pintu ngan lampu.. siap marah2 aku ngan wan kononnya saja nak kenakan dia, aku dah mmng gabra dah, wan jgn crita la harap badan je besar tp mmng penakut.. bekali2 cakap kat sii man baru di trima, tp tegamam la sket dia time tu.. tp dia cakap masa dia wuduq tu nampak ada tangan tarik pintu pastu kunci sebelum tutup lampu.. time tu dia tengah membongkok wuduq di bahagian kaki, dia dah suspek kitorang masa awal2 sebab terang2 dia cakap tangan tarik pintu.. aku la yg dituduh sebab tangan aku kan kurus banding si wan, padahal time tu kitorang tengah syok2 lepak kat luar umah..Pas bab tu kitorang dah mula rasa pelik, man gi semayang isyak aku ngan wan duk bersandar kat dinding ruang tamu dekat pintu, sambil borak2 pasal bende x kene kat umah ni.. aku sebut semua hal dari patung sampai la kes kat tandas tadi, aku saja x nak sebut pasal kes nampak budak tepek muka kat cermin nanti dah berat sangat, x pasal2 ada gak yg pengsan.. time sembahyang tu, si man leh terbehenti kate kipas mati sendirik la, kipas meja yg pusing2 tu mati sendiri macam kene offkan main suis plug kipas tu.. lagi lah tambah seriau time tu, mcmanalah kipas tu leh mati sendiri sedangkan x de sapa yg dekat dengan kipas tu, extnsion kipas tu dr dapur umah sebab kat depan dah penuh ngan pc dan radio kitorang.. Sunyi skjap pastu, x de sape becakap, tiba2 man mncelah maybe extnsion ni x elok kot dah, barang kat makro bukan semuanya elok, aduh aku tau sangat la ayat sedapkan hati tu.. man gerak gi dapur nak tengok suis tu mmng off ke on, tp sah dah off, ada la yg offkan tu kalau pikir logik.. argh, aku time tu dah pikir macam2, man yg tadi duk positif pon dah semacam.. die cadangkan malam ni semua tidur kat ruang tamu, biasalah dia cakap raumah tingal/rumah baru macam ni lah..X de apa2 pastu sampai lah jam 11.30 mlm, pintu dapur di ketuk berkali2 mnybbkan semua kaku macam x bergerak n bersuara.. sampailah 5 minit, barulah si man sahut, assalamualaikum, sapa tu!!!.. sampai 3 x, tp x de sapa yg jawab.. aku dah risau smcam dah, duk pikir mcm time tu.. rasa happy masuk rumah baru dah x de, sampaikan mood raya aku pon dah hilang.. man pesan kat kitorang, kalau apa2 hal malam ni jangan lari, lagi membuatkan aku kecut perut rasa nak terkencing.. aku nengok si man dah lelap, aku ngan si wan lak x leh sebab asik duk pikir je, aduh x tau plak aku penakut tahap ni, padahal kat kolej dulu selamba je aku lepak sorang2 time dak2 lain balik kg.. maklumlah kg aku jauh, kalau cuti seminggu 2 tu aku x balik, duk je la sorang2 kat hostel, rasa takut dan tutup keberanian aku..Aku ngan wan x dapat tido borak2 sambil pasang radio sayup2 je, ye la x dapat nak buat apa lagi.. tido x leh, siap wan cakap aku x yah tido pon x pe, esok siang kite tido, aku iakan aje lah.. tengah layan isma halil time tu, dah jam 2pagi kot, tiba2 remote suis kipas yg pusing 0 ke 5 tu berpusing sendirik.. mata aku pandang je, tapi sambil baring kat tilam.. pusing2 kejap ke 2 kejap ke 5 kejap ke 0, sudah aku x tau nak buat apa dah.. tp kaki aku sibuk sepak2 si man yg sedap tido sampaikan dia celik la nengok sendiri kes tu.. yg aku x tahan tusi man gi jerit HOI!, aduh?baru la berenti, x pasal2 dia pon x leh nak tido.. berjaga la kitorang time tu sambil dengar radio sayup2, xempat si wan call family dia cerita, pastu bapak dia janji nak datang esok tengok2kan umah tu.. legalah hati kitorang time tu sebab harap2 ni adalah terakhir sebelum esok abah si wan datang mengubat umah ni..Jam 3.30, tiba2 dengar lak bunyi tapak kaki kat dari dalam bilik aku di main room, rumah tu main roomnye kat depan tengah2, tempat dinding kitorang bersandar tu la main room.. dengar bunyi tapak kaki macam orang tengah berlari2, man yg tengah baring terus menyandar kat dinding, aku lak terus kaku x tau nak buat apa.. dah serah takdir je time tu kalau dah dia nak nampakan diri pon aku redha je dah..huhuhu.. bunyi tapak kaki tambah kuat seperti ramai lak yg belari2 kat bilik tu, wan kuatkan radio time tu si isma halil tengah pasang lagu jaket biru, die x nak dengar bunyi tu.. tp x pasal2 lak bunyi tapak kakit tu lebih kuat dan betambah dekat dengan kitorang, rasa2nya dah dekat ngan pintu, dah la pintu tu x bertutup, mmng saja x nak tutup dan lampu terang benderang di semua bilik..Wan x puas hati, dia kuatkan lagi lagu tu sket.. aku dah siap bekelubung ngan selimut sambil baring, baru je si wan kuatkan bunyi radio dengan suara budak2 gelak, bukan sorang tapi ramai.. man yg tekejut terus bediri dan azan, wan aku x tau dah buat apa, tapi aku dah tutup muka aku ngan selimut time tu, dah x tau apa berlaku.. masa si man azan tu aku leh dengar suara kanak2 tu tambah dekat seolah2 berada di sebelah aku, maybe aku berkelubung tu jadi bunyi jauh jadi idekat.. tp entah la, man azan sampai lebih 15x, sampai la bunyi gelak dan tapak kaki tu x de?sedar2 dah jam 5.30, x tau la brapa lama masa tu.. abis si man bang, aku pon pelan2 buko selimat sebab ingatkan benda tu dah x de.. aku rasa macam jantung nak jatuh nengok2 bayang2 budak2 umur dalam 6-7 tahun melayang2 kat atas kepala man.. sambil memegang mancis api kayu yg menyala, aku mmng kaki kali ni sebab x tau nak buat apa2 dah.. aku dah jadi batu x tau apa tejadi dah time tu, aku rasa macam terpaku lama sebelum man sambung bang sekali lagi.. aku sempat nampak si wan dah mata terbeliak mmndang ke atas x begerak, sama mcm yg aku alami tadi..Aku pun tiba2 rasa mata dah gelap semacam, aku hanya dengar man laungkan azan berkali2, aku semacam lemas.. berkali2 aku gamit si man dan wan tp diorang buat x reti, maybe prasaan aku.. aku cuba lawan dengan membaca ayat kerusi tp x mau gak.. aku x tau apa jadi kat aku time tu, yg aku tau aku lemas dan duniaku gelap, aku tarik napas panjang2 dan aku paksa mata aku celik dan sebut Allahuakbar banyak kali sampai la aku sedar, dah time tu aku nengok si wan dah keras sejuk tp meronta2 dengan mata tejegil si man plak bediri x de buat apa2 dah.. azan pon dah x kuar dari mulutnya, aku sentap diorang berdua sampailah diorang tekejut dah si wan sempat menjerit kata lehernya dicekik.. sambil dia tebatuk2.. man lak cam aku gak rasa lemas, tarik napas panjang2 pastu.. maybe wan rasa macam tercekik sebab diakan ada asma, jadi lemas tu mnybbkan dia tecekik?man x dapat tahan marah terus menjerit cabar bende tu, aku lak ganti azan kali ni.. abis azan aku nengok kat luar dah ada cahaya matahari, aku ajak diorang kluar sebab time tu dah 6.30am.. aku x tau apa jadi 30 minit kitorang lemas.. ni barulah permulaan

Kitorang duk kat luar tu sampailah hari cerah, aku rasa dah jam 8am time tu, x de sorang pon brani masuk ke dalam umah.. mulut sorang2 terkunci sbb masih tekejut, x tau apa nak di cakapkn dah.. sesekali dengar si wan batuk2, pastu kata kat pergelangan lehernya sakit macam dicekik, tapi mmng lehernya merah dan berbirat, aku ngan man x de lak kesan cam dia tu.. aku rasa kitorang semua macam tekejut lagi ngan kes semalam tu, sebab inilah kali pertama aku ngan wan alami, tp si wan dah biasa duduk mrsm jadi dah biasa kes macam ni.. tp kali ni lagi teruk sebab ia seperti menyerang secara fizikal secara tidak langsung walaupun x de dari kami yang cedera kecuali si wan yg batuk2 mendakwa di cekik..Porut lak dah lapar, nak kuar gi beli makan kat restoran tapi wallet ngan kunci motor kat dalam umah, man yang paling berani pon x berani dah nak masuk.. aku pujuk man supaya masuk sama2, sebab dah lapar sangat ni sejak malam tadi x makan, hanya sempat makan dunky donut yg ada jual kat luar makro tu.. tapi baru je nak melangkah masuk, tiba2 radio berbunyi kuat rasa bergegar rumah sebab bergema, aku berundur lari kebelakang sebab ku ingat man pon berlari tp x sangka lak man cam orang gila gi jerit2 ngamuk kat dalam umah tu.. aku ngan wan x tau nak buat apa, si man dah memaki hamun bende tu kat dalam umah, aku risau je kang di lak kene sampuk ke hapa.. wan x nak masuk, aku belari ke dalam gak gagahkan diri risau jadi apa2 kat si man, tp alhamdullilah x de apa sambil dia bercekak2 pingang kat dalam umah tu, aku offkan radio, x de apa2 yg berlaku.. buka pintu rumah besar, pintu depan, belakng, tingkap, pintu bilik sume kitorang buka luas..Masa nak beli makan pon problem, sebab motor ada 1 je, so hanya ber2 je leh pegi, x kan sorang nak tunggu kat umah tu, hai x sanggup aku.. last2 man je yg kuar beli nasi lemak, aku ngan wan duduk kat tepi jalan rumah berdepan ngan umah sewa.. sambil2 tu aku borak la ngan wan, apa jadi malam tadi yg dia terjegil mata tu.. dia cerita dia nampak bayang budak2 melayang2 kat atas kepala man sambil bakar rambut man dengan mancis.. tapi bayang2 tu x puas hati sebab x dapat bakar rambut man, bayang2 tu ketuk kepala man berganti2 yang sedang laungkn azan, ketuk ngan pemetik api sampailah man teduduk.. Pastu wan nampak kepala si man pecah dan darah menyembur2, tu yg matanye tejegil x leh dan badannye mengigil ketakutan.. pastu baru bende tu serang aku, wan nampak bende tu bakar mata aku dengan api, sebelum salah satunya mencekik si wan.. tu la yg si wan ceritakan kat aku dan buat aku terkedu.. tapi alhamdulillah mungkin itu perasaan si wan saje, sebab x de apa2 kecederaan fizikal pada aku ngan si man mcm yg wan cakap.. tp ada logiknya kalau difikirkan balik apa yg wan saksikan, sebab tiba2 aku rasa dunia gelap gelita, sebelum aku berjaya melawan meronta berkali2, tapi aku rasa lebih ?jam aku bergelut, aku pon x tau apa jadi dalam ?jam yang hilang tu (aku rasa lemas).. Pagi tu kitorang makan nasi lemak kat luar rumah je, walaupun rumah dah terbuka luas, tp hati kitorang kuat kata x nak masuk, mungkin trauma.. tunggu family man datang dr sepang lama sangat, yelah nak bawak pawang hebat dr banting kononnya.. jam 11.30am barulah family si wan datang sampai 3 kereta, sume adik bradik dia datang nak tengok sendiri agaknye.. turun2 je dari keta pawang tu dah geleng2 kepala, umah apa korang duduk ni.. sambil2 tu salam ngan kitorang, kata namanya tok sheikh, salam2 je kata semangat kitorang dah kene tarik.. kene seru balik, aku sampai skng x paham apa maksud tok sheikh tu.. kitorang kene suh masuk dalam van, hanya tok sheikh ngan ayah si man je yg masuk ke dalam.. belum masuk baru kat pintu grill, radio yg plugnya aku dah cabut tiba2 terpasang kuat menyebabkan adik bradik si man bertempiaran lari masuk ke kereta.. dah la lagu India, maybe time thr raga kot, ntah la aku pon x tau.. dng radio kuat bunyi pon dah lari, byngkn klau tau yg radio tu plugnya x bersambung..mmmm..Lama gak tok sheikh kat dalam umah tu, ayah si man hanya nengok dari luar sebab dia pon aku rasa dah gegar lepas cuba offkan radio tp plug x sambung.. dalam van sume tekunci mulut, anak2 buah si man yg kecik2 sume ketakutan, apelah kes2 camni bawak anak2 kecik lak, x pasal dak2 tu skali trauma.. x lama pastu aku nengok tok sheikh kuar sambil menjinjing anak patung beruang yg coklat besar tu, mau je mata aku tejojol kuar nengoknye.. mana x nye, kitorang bertiga sendiri yg buangnya semalam siap masukan dalam plastik sampah hitam pastu ikat.. masukan dalam tong sampah kat depan umah, man dan wan aku tengah tido2 ayam aku cuit suh nengok apa yg tok sheikh jinjing tu.. wan hanya mengucap je cam x caya, man lak terus meluru gi tong sampah nengok ada x anak patung tu kat dalam tong sampah.. dia jerit2 panggil aku, ada la kat dalam ni, tu yg lain.. aku belari nengok, ye tul ada, jadi aku ambik dan buka la plastik tu, tp aku tekejut sebab berat, aku check kat dalam tu bukannya anak patung yg ada tapi tu hanya batu-bata yg aku gunakan untuk menyanggah pintu2 bilik supaya x tertutup dengan baju2 kotor kitorang yg letak dalam bilik air.. aku x leh nak cakap apa dah.. camner leh dalam tu lak..Tok sheikh datang2 kat kitorang marah2 sebab x buang bende ni, aku dah x tau nak cakap apa2 dah, semua man yg jawab.. waktu tu gak tok sheikh tu pagar rumah kitorang, tabur garam kasar dan air penawar ke hape ntah.. sambil2 tu family man beli makanan kat restoran dan buat kenduri kat umah tu, buat kenduri kesyukuran masuk rumah baru.. tiba2 rasa lapang umah tu, x de la gangguan mcm malam semalam.. kitorng berharap semua dah settle, sebab esok isnin, adik bradik si man semua balik kecuali ayah ngan maknye yang dah pencen.. yelah diorang nak pastikan betul2 selamat, pastu diorang pon risau dengan keselamtan anak diorang.. hari ahad ke isnin tu x de apa2 berlaku, aku yg mula ragu2 skng dah mula rasa selamat.. sampailah hari khamis siang ayah ngan mak si man duduk kat umah tu, langsung x de perkara pelik berlaku lagi.. so khamis petang tu mak ayah si man nak balik, tp sebab pikirkan dah jam 6 pm time tu, hujan lebat lak tu, ayah si man x confident nak drive keta balik sepang walaupun dekat je.. dah berusia, mata pon x terang..Khamis malam jumaat tu la bende tu datang balik, disaksikan sendiri oleh mak bapak si man sendirik
Malam jumaat tu kitorang sembahyang maghrib secara berjemaah, slepas tu baca yasin ramai2 macam hari2 sebelumnya, supaya bende tu x datng ke rumah tu dan kacau kitorang lagi.. tngh baca yasin ramai2, tiba2 pintu dapur di ketuk berkali2 menyebabkan kitorang suma terhenti mmbaca yasin, air di dalam bilik air plak mencurh2 kluar, tengah aku sibuk pandang pintu dapur yg diketuk, aku ternampak tombol air di sinki di pusing dan menyebabkan air di sinki mencurah2.. kitorang bangun beramai2 sebab ayah man suh rapat2, then kitorang tutup air di sinki dan kedua2 bilik air yg mencurah.. tp x berhasil bila air kuar balik pas kitorang tutup, nak x nak kitorang tutup suis utama di luar rumah.. tu je lah cara, ayah man call tok sheikh yg bende tu datang balik, ntah apa yg dibisngkan tk sheikh, kononnya kitorang langgar pantang.. masa mengubat aritu x de lak dia cakap pasal pantang2 ni, ni baru lah nak crita pasal pantang2.. kononnya kitorang langar pantang sidai pakaian dalam rumah, dia x de pesan apa2 pon sblm ni, ye la mcm spenda ngan stoking x kan la nak jemur kat luar lak..Dah puas bende tu main air, dia kacau letrik lak, dari kipas siling, kipas meja, radio sampailah ke lampu yg membuatkan aku tambah kecut.. sebab lampu terpadam kitorang pakat2 duduk kat bawah suis utama, kemudian pasangkan balik lampu.. kitorang duduk kat bawah suis tu, x de lak dia men suis dah pastu.. aku teringat lauk yg dah beli utk makan malam kat dalam pinggan kat dapur, hanya tunggu nasi masak je.. time cam ni nak makan pon dah x de slera, terbantut memikirkan benda hal macam ni.. pastu si man ngan ayahnye gi dapur ambik lauk2 tu nak ajak makan, katanya kalau badan lemah x makan lagi benda tu senang kacau kita sebab kita x de tenaga..Aku hilang slera nak makan, so aku minum aje, air limau je aku buat tadi sebab lom beli kodial lagi, lg pon buat air limau senang, limau, gula dan ais batu je, dah siap air limau sejug.. tapi aku pelik masa tuang ke gelas, aku prasan air tu jadi kuning, eh bila lak jadi color kuning, setau aku putih je tadi.. aku buka penutup jug tu, ya Allah bau hancing, dah kene kencing.. nasib baik aku prasan, kalau x mmng dah minum air kencing la gamaknye aku masa tu.. masa mak si man nak senduk nasik, dalam periuk nasi seketul najis macam najis manusia ada di dalam rice cooker.. waktu di buka rice cooker tu, nasi masih panas sebab baru masak, bayangkan lah bau najis tu semerbak ngalahkan bau nasi tu.. aku sampai kuar rumah termuntah2..manalah datangnye semua tu..Sebab x tahan bau, semua makanan tu kitorang letak kat luar rumah, mmng sah semua makanan ada najis, ntah najis apa kitorang pon x tau.. tp rasanya najis manusia, duduk kat luar rumah kitorang bincang2.. esok nak cari orang pandai ngubat kat area mambau, lepas sembahyang jumaat tu cadang nak cari.. sebab tok sheikh tu x leh caya, sebab benda tu datang balik, konon2 pantang la ape lah, dah la byr rm200 untuk mengubat tu.. sibuk2 berbincang tu, dalam jam 11mlm, dengar kat ruang tamu rumah suara kanak2 gelak2 sambil dengar hentakan tapak kaki berlari2 seperti yg kitorang alami haritu.. yg nampak hanya bayangan hitam 3 orang kanak2 sambil membawa api, tapi yg herannya kali ni aku, man dan wan x nmpk, yg nampak hanya ayah ngan mak man je.. kitorang hanya dengar suara gelak budak2 je.. tiba2 mak si man menjerit, telekung tebakar, cepat2 kitorang masuk rumah takut x pasal2 umah plak yg terbakar..Mmng tekejut tiba2 telekung terbakar, kitorang rapat2 gak sambil duduk kat bawah suis utama tu, heran camner telekung tu leh tebakar.. mak ngan ayah man kate diorang sendiri nampak bende tu yg bakar, tp pelik kali ni kitorang x nampak, yg nmpk hanya telekung yg berlipat tiba2 tebakar.. bunyi gelak2 tu sayup2 je pas kitorang masuk rumah tu, tp tiba2 ada baut tengik macam sesuatu hangus.. yaAllah, ayah si man menjerit nengok sejadah terbakar, time tu aku x nak pergi dapur ambik air, sebab pili air kat luar dah tutup mana aa air, aku guna air mineral dlm botol kat depan aku utk makan tadi, sambil2 aku hempas2 sejadah tu.. mmng x leh jadi kali ni, dah sampai bakar2 barang pula.. tapi kali ni aku x la setakut haritu, maybe sebab ramai, pastu ada orang tua lak tu, rasa mcm selamat sedikit walaupun ancamannye lebih bahaya.. pas sejadah, langsir pula jadi mangsa, habis tebakar langsir, kali ni si man ambik air sabun dalam baldi di bilik air, terus simbah sebab api tu jilat langsir tu cepat.. padahal kitorang dekat ngan langsir tu, sebab duduk kat depan pintu di bawah suis utama, tengok2 dah terbakar besar..Tak abis itu je, kotak2 pon abis tebakar sume, x tau lah nak buat apa lagi, last2 kitorang angkat sume barang bawak ke luar rumah, apa yg leh tebakar je semua kitorang angkut gi kuar rumah, letak kat luar pintu.. duk sibuk angkat kotak2 tu, tiba rasa asap bnyk dr dalam bilik aku, aduh!..rupanya kain pelikat yg aku buat jadi langsir tingkap dah terbakar separuh, kelam kabut aku tarik sampai tekoyak2 hujung kain tu, sebab air dah x de pili luar dah tutup, masa aku sentap aku rasa paku2 tu tepelanting dek aku sentap sekuat hati.. time tu gak si man call uncle tuan rumah, cakap rumah tu ada masalah.. itu rumah baru mana ada masalah, uncle tu cakap la, ni bukan masalah rumah la uncle ni mslh rumah tu berhantu.. uncle tu gelak je dan jawab kalau u nak kuar, deposit umah 2 bulan dan air letrik dia x nak bagi balik.. tu je la yg si man cakap ngan aku.. nak x nak aku cakap ngan diorang kita kene pulihkan umah ni, mana ade duit deposit nak cari rumah len dah.. rumah lain dia mintak 2+1, pastu deposit air/letrik rm200, sewa sebulan rm270..Sebab dah pagi, kesian kat mak si man yg dah cam nak demam, last choice kitorang tido dalam kereta.. tp biarkan pintu umah tu terbuka je.. tingkap pintu keta saja buka sikit, ye lah kang mati kepanasan lak. sampailah pagi subuh x de apa2 berlaku sampailah ayah si man pasang kaset ngaji kat dalam keta, so apa berlaku kat dalam umah x dengar.. mmng aku x leh lelap langsung, dah la esok tu ada kuliah, nak x nak aku pikir terpaksa la ponteng.. aku ngan si wan mmng x leh tido, x tau knape, si man dan family dia sume nyenyak tido.. dalam jam 5pagi tu, tiba2 atas keta macam dipijak2, semua terjaga sebab seperti orang meloncat2 sambil berlari2 atas kereta.. aku tunduk time tu, tiba2 aku dengar mak si man menjerit, aku pon terpandang kat cermin depan selipar aku ngan kasut si wan berjalan sendirik tapi macam di engsotkan.. si man kluar dari keta, pastu try ambik kasut ngan selipr tu dan baling ke pintu grill.. waktu tu aku leh dengar macam ada benda terhempas kat grill tu, aku x tau apa benda sebab x nampak.. tapi aku rasa mesti budak2 yg kitorang nmpk sebelum ni..Waktu tu juga ayah si man bang, dan aku baca ayat kursi kuat2, sampailah jam 6.30 hari dah nak siang.. kesian aku nengok mak si man, dah la dia ada darah tinggi dan sakit jantung, sempat la aku nengok dia macam meracau kejap sebelum suami ngan anak dia tenangkan.. jam 8.00pagi tu abah si man suh kitorang angkat2 suma barang masukan dalam keta.. habis suma betabur kat bonet keta, kecuali penyabu, baldi dan benda2 besar tu x bawak, keta manalah nak muat.. sebab x puas hati kat tuan umah, aku soledkan aje rumah tu dapur dan depan, pastu lampu dan kipas aku biar on je.. biar dia byr letrik mahal bulan nih, pastu nak masuk umah kene botong dulu soled tu, dah dia main2 kan kitorang, pastu nak pulangkan duit deposit sikit pon x de.. jumaat tu kitorang x gi kelas, pastu numpang kat umah sedara si man di bukit chedang untuk sementara waktu, susah gak la, walaupun dekat dari kolej tapi x de bas, man terpaksa ulang alik angkut kitorang 2 kali awal minggu.. sebelum menyewa kat central park dengan 2 orang lg budak kelas kitorang..March 2002, keluar di metro pasal rumah terbakar sendiri di seremban 2.. aku dah tau kat mana tempat tu, sebab aku dah alaminya, dah sah2 kat umah yg aku pernah sewa tu dulu.. sapa ada berita pasal tu, tolong la tepek kat sini, dulu aku ada simpan keratan berita tu, tp dah nak 7 tahun berlalu, ntah mana aku letaknye.. so kepada korang sume, kalau nak sewa rumah kene pastikan rumah tu dulu, jgn main tarah je.. skali dapat umah bekas tokong x pon kuil, x ke naya.. tapi sampai skng aku x tau lagi knape ada bayangan 3 orang budak yg bawa mancis bakar2 barang kat umah tu?

Perkara yang Memalukan Part 2

1.
hahaha...br2 ni g tgk muvi ngan bf..tgk kat gsc OU..mase masuk cinema tu dah gelap...kite ngan high heel menonong je jln kat depan sbb bf lmbt sgt...konon2 nak cari tpt dulu la ni....sekali,terpelecok mase dah halfway turun tangga tu....terus terduduk kat situ...dah la org dah enuh dalam cinema tu...malunye tak terkira dah....bf pun tergamam sbb die heran apesal kite tetiba duduk kat situ...die igtkan kite nak tgk number seat tu.. kite cepat2 tarik die g kat seat kitorang...pastu bantai gelak dua2 org... malu gileee....

2.
Malu siot... aku terhantar sms jiwang karat (sepatutnye utk bf aku!) kat member kamcheng aku! Haduuuu.!!! Mesti la teruk aku kena perli lepas ni! Malunyeee.... Semuanya gara2 mereply sms dia... dah sattle hanto kat member aku, aku pastu aku bajet nak hanto kat bf aku plak, aku main delete jer & ketuk lagi... then terus send... tau2... alamak... dah tak sempat nak kensel... waaa... maluuuuu.....
3.
jatoh kat tangga.. kekekemasa tu sebenarnya xsape pon perasan ako jatuhtp, oleh kerana perasan org pandangigt org seme tgk, otomotik sore akopanggey nama laki akolangsong seme org pandang.. kekeke
4.citer die camnih,scidbu n kwn bertembung dgn lecturer yg ala2 lelaki idaman dlm fakulti n jbtn..bertembung plak kat dpn tangga..so kwn td pon tego camnih"assalammualaikum cikgu.."then tros melepasi lecturer tuh..pastu scidbu bantailaa gelak n ckp camnih kat kwn td.."wei..ko igt nih zmn skolah ke nk greet cekgu2??"..psatu dh smpai destinasi..tanyelaa kwn td.."mane cekgu ko tuh??"skali kwn ckp.."nih kat blkg ko"..n lecturer tuh sengih2 je...siot toll..dhlaa ader ngumpat2 lecturer tuh..dulu, time studiy kat U, ada cuti 3 bulan, so, aku keje part time kat satu restaurant ...
5.
ada sekali tu, aku ambil order dari customer ni. dia kata nak kerang bakar. masa tu lak customer ramai. aku salin secepat yg mungkin. lps salin, aku gi htr kat chef kat belakang.dalam 5 minit lps tu, bos aku panggil aku. aku dah terdengar riuh rendah org gelak dr dapur. nape lak ni? masa aku smpai tu, tgk chef2 & suami bos aku duk gelak giler... bos aku tunjuk kat aku kertas order yg aku tulis tadi. rupa2 aku tulis KERA BAKAR satu set malu aku kena bantai gelak di bos & chef2 situ. rasa nak hempok dgn sudip je sorg2.. tau ar aku salah tulis... aku dgn malunya, tersengih2 , ambil pen, tambah NG kat belakang KERA tu. pastu aku gantung balik kat tempat order, terus aku keluar dari dapur sedang diorg duk gelak2 lagi kat aku. lps tu, duk joke2 kat aku suruh masak KERA BAKAR . nyampah aku
6.
putri ader gak citer....gini, satu ari tu putri ngan adik putri..pompaun gak...pi kedai runcit jalan kaki....nak beli barang rumah skit...kat tepi jln tu, ader la 5,6 org mamat2 dok main gitar..biasala kan budak2 muda...nak pi kedai, kene lalu dpn depa...malu seh nak lalu depan tu sbb depa mmg sukadok usha2 budak pompuan....tapi nak tak nak terpaksa lalu la gak kan...putri pon ngn kontrol ayunya lalu depan tu...sekalik...bedebum....jatuh dlm longkang...longkang kat tepi jalan yg besar tu...dah ler kotor, sakit, malu lg...mamat2 tu sumer bantai gelak...adikk putri try nak angkat, tapi dlm longkang tu licin...nak bgnjer , jatuh...bgn jer jatuh...sbb dlm tu kan licin....byk2 kali try, baru ley naik...siutnya mamat...bukannya nak tolong malu gila putri..terus blah, tak jadi pi kedai
7.Citer zaman sekolah dolu mmg kena pakai batch sekolah kat baju...skolah aku ada 2 jenis batch: jenis jahit n ada yg pin.... aku pakai jenis pin...ntah apa malang malam khamis tu batch aku ilang....kena plak pagi jumaat tu jugakla kami ada perhimpunan (mcm perhimpunan ari isnin tu)...Dengan otak geliga aku, aku amik keputusan lukis jer logo sekolah(logo tu aku gunting drpd buku latihan lama n kaler ngan pensel kaler) wat satu ari je untuk esok sementara aku beli yg baru takut kena denda... dipendekkan citer, masa balik ujan betul2 lebat, kengkawan aku parent diorg dtg amik, aku plak sensorg xbawak payung so aku kena tunggu kt pondok pak guard sekolah sbb aku kena naik bas awam balik umah...pakcik guard tu sian kt aku, dia pon sembangla asl usul aku sampai ujan reda sket....Masa atas bas aku xpasan batch sekolah aku tercabut tinggal pin jer...balik umah baru nampak, tapi aku wat xkisahla sebab batch sementara...Ari Isnin, time balik kawan aku nak wat phone call dekat ngan pondok pak guard...aku plak sandar tepi public sembang ngan kengkawan len....pastu pakguard klua....kami seme ingat dia nk tegor jangan melepak kt situ...Rupenye dia nk bg balik batch palsu aku....pastu siap perli lagik..."cantek batch hang no...camne hg lukih? pandai no.."...kengkawan aku kt situ terkedu jap...aku malu giler sbb yg lalu lalang kt c2 pon dgr pak guard perli aku...dgn muka 5 duit aku amik batch tu tanpa cakap pape....masa tu mmg aku rasa nk terjun parit jer.....skrg dh ok dh....ingat balik mmg sungguh memalukan.....

8.ehhh..lebih kurang citer kita ni yek, tapi aku ingat2 lupa sbnrnyer, dah lama berlaku masa zaman aku kat u dulu, ade lah lebih krg 10 tahun lepas, camni citer nyer... kes nih kawan aku yg malu..aku n the geng kuar jenjalan kat kedai2 depan sogo tuh, ade sorang kwn aku nih, nama S , pakai kasut yg mcm ala2 spice girl tuh, ala..kasut yg tapak dia besar gedabak n tinggi tuh, masa lalu depan cobbler(tkg kasut) kat kaki lima kedai2 tuh, si S ni kaki dia tersadung n kasut dia pun terpelanting ke depan, dia berkejar nak ambik kasut tuh balik, yg kita org ni lak mcm terkaku tgk insiden tuh, bila si S dpt kasut dia balik, muka dia semacam jer, ooo.. rupanyer tapak kasut dia tercabut, kita org tengok sekeliling, mana pulak tapak kasut dia ni terbang , alih2 nampak tapak kasut tuh baikkkk punyer landing betul2 depan cobbler tuh apa lagi, mcm nak rak kita org bantai gelak, aku sampai sakit2 perut ketawa n kuar air mata lagik, tak kira kalu si S nak marah, marah lah, kelako giloss..muker si S tuh kelat semacam jer, dgn muker selamba dia gi kat cobbler tuh amik tapak kasut n suruh cobbler tuh betulkan kat situ jgk, pandai betul tapak kasut dia tuh cari landing..., selama cobbler tu betulkan kasut tuh, selama tuh lah aku n the gang tak berenti2 gelak, sampai dlm bas masa nak balik pun tak boleh nak stop gelak driver bas pun pelik tgk kitaorg, kat asrama pun bantai gelak lagi sampai tergolek2 lah kita org kat dlm bilik , bengang jer si S... adoooiiii..ai..lawaks siot...sampai skrg aku tak leh lupa... skrg pun aku gelak lagik,...

9.
aku pernah masa rumah mertua......aku pakai track bottom.....tak sedar pulak koyak kat bawah ...besar pulak tuhhh dlm umah tuh ramai laaa....mak mertua, adik2 ipar pompuan lelaki......sorang pon tak sound tapi aku syak dia org perasan tapi maybe tak nak aku malu kott....aku sedar koyak bila aku dok kat tangga tengok seben basuh kete.......seben aku cakap dia dh lama nampak tp saje.........
kisah nih baru berlaku....aku terjatuh di tangga depan supermarket Aneka. Dah laa ada sales. Nasib laa masa tu aku ngan hubby aku. Memang jatuh melongsor...sampai hubby aku pun tak leh nak control aku dah. Yg aku sedar, ada makcik tu menjerit...aku dah sure menjerit. Sampai kat bawah..siap tgk orang lain...siap leh tanya hubby lagi...ada orang ofis tak.... Lepas tu baru rasa sakit. Nasib laa hubby tak gelak. Tapi malangnya dalam keta..dia bantai gelak.....10
kelakar giler ceta korang semua...sampaikan keras perut aku tahan gelak...hahaha... kalo org jatuh aku tak sampai hati nak gelak....aku ada 3 ceta....pertama, masa aku pegi klinik...klinik tu ada pasu bunga yg ada ikan laga dlm tu...ada pompuan ni bwk anak...anak dia tanya...mak mak ni ikan apa...?pompuan tu dgn selamba jawab...ikan lumba2...aku bantai gelak...hahaha... dahla laki dia duk sebelah laki aku...laki aku terus bg aku siku..ish tak baik gelak camtu...hahaha..nak wat camana hati aku dah geli sgt... kedua, ni ceta masa tgh dating dedulu...tgh elok jer duk sembang dgn bf (now hb aku)...tetiba jatuh taik cicak dekat lengan bf aku...aku apa lagi gelak aaa tapi dlm hati jela...nak mampus gelak depan2...aku rasa kalo aku gelak mesti dia dah malu nak jumpa aku sbb masa tu kitorang baru jer knl....hehehe ketiga, aku ada sorang kwn ni mmg takut dgn cicak...kalo ada cicak dlm bilik air dia sanggup kuar bogel camtu jer...siot betul... ...masa aku pegi kursus masa belajar...dekat situ mmg byk cicak...dekat siling kaki lima boleh dikatakan berpuluh puluh ekor cicak...bila dia terpandang jer cicak2 tu seme...dia lari mcm tak cukup tanah...aku yg tukang tgk ni sabar jelah....malu siot...
11.
along pun ada pengalaman yg memalukan..msa tu along masih kt uitm lgi...along n friend g makan kt ada satu warung kt kl...so servis mokcik nie mmg slow giler...nk blah tk sampai ati lak..so tunggu jerlaa makanan yg we al order tu sampai...kalau sodap takperla gak..nie ntah apo2 ghaso...punyalah bengang we al dgn mokcik nie..so sblm blah...we al watla dajal cikit..tulihlah rasa takkepuasan ati kt kertas tisu..bahasa..jgn citerlaa..mmg indah blaka..niat kami ikhlas..nk sedarkn mokcik tu..untung2 dia upgrade servis n masakan dia tu...pastu we al pn blah...korang tau...dgn kuasa allah...ntah camner ghupa2nyer beg along tertinggal kt warung mokcik tuu.....isk isk..nk amik ke tkyah nie..mmandangkan ada dokumen penting dlm beg tu...we al patahlah balik...he he..sampai jer kt warung mokcik tu..along dgn muka tk malu tanya kt mokcik tu ada nampak tk beg tu....nasib baik tk dibuangnya beg along...masa dia bagi balik mokcik tu siap cakap trima kasih yer dik..susah2 jer buat karangan utk mokcik!!adussss tebal rasa muka we al masa tu...13.
aku penah nak tercirit punya pasal aku pon berlari cari tandas.Tgh tuut (buang air besau) aku dgr suara laki2 sekeliling tandas tu..Otomatik cirit aku terhenti, rupanya aku masuk tandas lelaki..uwaaa, pastu ble line clear aku terus kuar, dpn pintu tandas laki aku buat2 konpius konon, sedangkan bapak maluu i14.harharharaku pun penah gakkk..masa tu keje kat kilang tuttutsbb aku keje kat opis x penahla aku gi toilet yg kat assembly area..masa tu sbb desperate nak temuntah aku punya2la kalut masuk toilet tuhh..depan tu ade pak guard lelaki jaga..rushing je aku masukkk..die plak x cakap ape2..tapi aku prasan la muka die semacam..sejak tu tiap kali ke assembly, tu lah toilet yg aku pi..sampai kali ke 5 kottt...baru aku prasan ade mcm sinki pelikkk..check2 indication kat pintu kaler biru, n ade lambang gents tuhhh.. pergghhhh!!! patutla guard tu manjang muka pelik tengok aku gi situ..masa tu actually x tau buat muka camne kat guard tuhhhhh tapi kontrol macho jelahhh... ?/div>

Perkara yang memalukan!

Ni dapat dari forum cari.com. Kelakar ....

MALU nya...........
apa agak-agaknya perkara yang memalukan yang berlaku secara tidak sengaja dalam hidup kita sebagai seorang wanita....contoh camana yang pernah berlaku pada aku dulu :-1). jatuh tersungkur disebabkan kasut terpijak kain.....masa tu kat shoping complek waktu nak turun escalator tu tetiba kasut terpijak kain sendiri......apa lagi terjatuh depan escalator tu !!!!!!!!!!!waktu tu orang ramai sebab ada sale....malunya seolah-olah rasa macam pening sikit lepas jatuh tu!!!!!!..........
2.perkara ni berlaku semasa dicollege dulu2 sedang dlm perjalanan ke bandar naik bas, org ramai .......tiba2 bas tu tekan brek emergency..............aku terhumban ke depan n tersungkur atas lantai ..selepas tu aku buat bodo selamba aje bangun n turun kat perhentian seterus nye dlm hati menahan sakit sebab lutut luka

3.
penah jatuh tangga kat shopping complex masa dating. pastu boypren mai tlg angkat.. aku pun wat2 pening kepala huhuhu.. malu ooo.. kalo citer balik husband (boipren tu la) sure gelak gile.. masa kejadian tu dia tak gelak.. konon2 kesian kat aku.. sekarang ni hampess.. di bantainya gelak puas2..4.
hehheehheahhehe 2$ penah sekali tuh masa tuh dating ngan pakwe (sekarang hubby) kat bukit cherakah.. pakai kasut sport.. tgh jalan2 tiba2 tapak kasut tuh tercabut dan terkulai ...pakwe masa tuh jln kat belakang .. siap tanya apa yg terkulai kat kasut tuh??? heheh malu sungguh sebab ramai org masa tuh.. lepas tu jalan tak angkat kaki le (seret) sebab cover tapak yg terkulai layu tuh sampai pintu keluar.. 5.
aku jatuh masa nak turun tangga kat LRT kelana jaya.. dh la masa dalam train contact lense aku terjatuh atas lantai.. nak jalan punya la susah.. sakit kepala x ingat.. ada plak sorang mamat ni baik hati hulur tangan nak tolong angkat.. malu tapi aku tetap cover kang hilang glamor6.
kelakar dengar citer korang...kwn saya pun penah mengalami peristiwa yang amat memalukan,masa tu kami masih belajar lg,kami selalu kuar jenjalan bersama..one day masa tu dekat sogo gak..sedang kami tgh jenjalan tue..salah seorang sales girl tue panggil kami.."dik..kasut adik tertinggal kat belakang"ait pesal lak kasut tertinggal kat belakang..memasing tgk kat kaki..mase tue lah kami gelak bagai nak pecah perut..rupanya salah seorang kawan saya tue tapak kasut dia tercabut kat tp sales girl tadi..dengan muka yang merah padam kawan saya pergi ambik tapak kasut tue dan terus blah dari situ tanpa sepatah kata pun..plan kami nak g window shopping hari tue terpaksa d cancelkan gara-gara tapak kasut tercabut.

7.
bulan pose mas tuh....time tuh xleh pose, period dh 3hr.. 3hr gak bulan ramadhan bermula...tgh mkn roti masa tuh.... abg posmen dtg, kena kluar nk sign... dgn roti dlm mulut n sebahagiannya kt tangan....tersengih abg posmen n siap tanya.... ''baru bersahur ker..?'' malunyeerrrr.... awat aku leh lupa laakkk....??esok abg posmen yg sama dtg lagi n kena kluar lagi... selamba jer dia tanya, ''tak sahur tgh ni...?'' merah muka aku... huhuuu

8.
kelAwak toL la uols nih smPI opismat teGUr ape tetIba senGIh dpN pC niH?aKu pun nk Share gak..adala SatU pg tU akU gi bisTro nk breKfasT...ms laLu dpN aLam senTral kan dpn Tu ada byK gerai2 mKn..tserEMpak lAk ngaN 2 orG maMat enceM nih..saJela MniKMati cIptAan Allah, dOraNg x Pasan..masa beTUl2 bdpn Tu..akU plak kntrol 123..tetIba kaSut aKu tCabut teRus lanDing laM KolAm kecIK..ms TU malu x Yah henGat la.. ..cecePat aku aMik kaSut aku TU..x Pepsl TenggelaM kang Aku rS doRanG pun heRan.. beRangan ke hape MInah niH..tp akU tperasan Gak doRAng tu senyum2 kamBIng nGan aku..iSk..xkan ku lupa sAat itu..time tuler nk tpeleOT..iskAku pelagi cePat2la Blah.. padaN muKA aKU cuureng lg ngan Dollah CanTIk

9.
Ku...jatuh jatuh ni ..macam takde lagi la. Tapi masa kerja kat opis lama dulu...boss aku datang dari belakang...cakap cakap dgn aku..aku pandang depan jer... pas tu dia cakap lagi...aku pun reply tanpa menoleh...Pas tu aku rasa macam apa yang aku reply tu tak kena je dengan soalan dia...alih alih bila aku pusing rupanydia tengah dok cakap dgn hengpong dia...malunyer...cakap sendirik rupanya aku!!!
10.
Teringat pulak aku masa nak amik lesen kete dulu.Masa nak tunggu giliran blajar naik bukit, ade sorang mamat tu lambai2..dia naik moto.. aku ingat dia lambai kat aku.. aku pun heran gak.. kat sape la mamat ni lambai2... so dlm confiuse tu.. aku pun lambai balik.. rupe2.. dia tgk blajar bagi signal utk moto.. aduhh. termalu aku .. hehehe mmg dol la!

Peringatan kepada Pelancong-Pelancong ke Thailand

Tak tau betul ke tidak. Dapat daripada e-mel Wallahualam ... yang penting, hati-hati.

Dear friends, Kepada kita yang suka melancong ke luar negara ............ ... satu peringatan.

I would like to relate to you all an incidence... ......... ...... quite recent, i.e. about two weeks ago......... ... After my daughter's wedding in early February, I had gone to Shanghai (saja nak enjoy lepas penat menguruskan perkahwinan) and my cousin went to Bangkok with his wife and brother in-law. Dia orang ni pun penat juga menolong buat hantaran dsb. Nak dijadikan cerita, waktu nak pulang ke KL menaiki Air Asia, my cousin dan isterinya berbelanja di Duty Free Shop di airport. Mereka membeli chocolates untuk cucu-cucu dan rokok untuk dirinya sendiri.

Mereka telah diberitahu bahawa pembelian chocolate mereka ada free gifts berupa chocolate juga. Semuanya ini mereka letak di counter bayaran. Waktu hendak membuat bayaran, mereka ternampak ada sebungkus rokok diletak di atas 1 karton rokok yang diletak di casher, berupa rokok dari brand yang sama. My cousin telah membayar kesemua chocolates dan 1 karton rokok tersebut dan meletakkan ke dalam beg untuk di bawa keluar, tanpa memperdulikan sebungkus rokok yang terletak di atas karton rokok beliau. Nak dijadikan cerita, isterinya menunjukkan kepada rokok yang sebungkus itu yang sangkanya diberi percuma. My cousin terus mengambil sebungkus rokok tersebut dan berlalu untuk ke dewan berlepas (departure hall). Sewaktu di Dewan Berlepas, beliau telah didatangi oleh seorang sekuriti dan bertanya kepadanya sama ada my cousin ada membeli rokok. Dengan ikhlas my cousin telah menunjukkan chocolate dan rokok yang dibelinya di Duty Free Shop tadi..... bersama dengan rokok sebungkus yang disangkanya diberi percuma. Sekuriti menuduhnya mencuri rokok tersebut dan mahu membawanya ke balai polis untuk didakwa. My cousin offered to pay for the cigarettes kerana salah faham beliau. Tetapi pihak sekuriti nenolak dan masih berkeras untuk membawanya ke balai polis. Manakala isteri my cousin disuruh pergi menaiki kapal terbang. Isteri my cousin tidak mahu meninggalkan suaminya di sana dan berkeras untuk ikut sama ke balai polis. Di Balai Polis (yang terletak di kawasan lapangan terbang itu juga) my cousin telah diminta membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 jika mahu dilepaskan. Kalau tidak beliau akan ditahan sehingga wang tersebut dibayar. Oleh kerana mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu, my cousin telah dimasukkan ke lock-up di situ disamping ramai lagi tourists yang mendapat nasib yang sama. Manakala isterinya menumpang di rumah salah seorang kenalan mereka di Bangkok . Bersama beliau di lock up itu ada seorang tourist dari India telah berada di lock up itu lebih sebulan lamanya kerana keluarganya belum dapat mengumpul wang sebanyak US$70,000 kerana beliau dituduh mencuri pen (padahal tourist tersebut mengambil pen tersebut untuk membuat pembayaran di kaunter. Waktu mencari kaunter pembayaran, beliau terkeluar sedikit dari kawasan kedai tersebut, terus ditangkap dan didakwa mencuri!) Sewaktu my cousin ditahan di balai polis tersebut, adik iparnya yang menaiki MAS tidak mengetahui kisah yang berlaku kepada abang iparnya. My cousin's wife menghantar SMS kepada adiknya menyatakan kisah yang terjadi kepada mereka. Tetapi oleh kerana adik ipar ini telah memasuki pesawat, beliau tidak boleh keluar lagi. Setiba beliau di KL, beliau berpatah balik ke Bangkok dengan menaiki pesawat MAS juga. Disamping itu keluarga my cousin di KL telah cuba menghubungi Kedutaan Malaysia di Bangkok dan beberapa kenamaan yang lain. Pihak polis Bangkok tidak memperdulikan semua rayuan yang dibuat baik oleh Menteri-Menteri di Malaysia maupun pihak Kedutaan kita di Bangkok . Keesokkan harinya setibanya adik ipar my cousin ini dengan pesawat MAS dari Kuala Lumpur, beliau terus saja ke lock up untuk melepaskan abang iparnya. Dari RM30,000 telah diturunkan ke RM20,000.... . tapi adik ipar my cousin ini tidak punya wang sebanyak itu. Beliau hanya ada RM11,000. Maka setelah beberapa lama berbincang, akhirnya pihak polis bersetuju dengan pembayaran sebanyak RM11,000. Belum pun sempat my cousin keluar dari balai tersebut, polis-polis ini telah membahagi-bahagikan wang tersebut sesama mereka dengan bangganya. Mereka juga menunjukkan wang-wang yang diperolehi yang terdiri dari matawang asing....... .. dan mereka sedikit pun tidak menunjukkan rasa bersalah dengan rasuah yang diperolehi itu.

Keesokkan harinya my cousin telah dibawa ke mahkamah (pesalah hanya berjumpa majestret melalui tingkap saja). My cousin telah disuruh mengaku salah dan didenda sebanyak 2000 baht (what happened to the RM11,000? Tak disebut pun......... .....). Nasib baik my cousin teringat kisah tourist yang didakwa bersama beliau yang keluar tanpa meminta surat dari pihak berwajib tentang penahanan beliau, lalu ditahan kedua kalinya sewaktu mahu pulang di airport Bangkok . My cousin meminta mereka mengeluarkan surat menyatakan kes beliau telah selesai dan beliau dibenarkan pulang. Sewaktu mahu membeli tiket kapal terbang pulang (tiket ini diuruskan oleh pihak imigresyen Bangkok ) beliau telah diberitahu bahawa semua tiket Air Asia telah habis terjual. Yang ada cuma tiket MAS yang ternyata lebih mahal. Oleh kerana my cousin tidak punyai wang yang banyak, beliau mau menggunakan kad kredit untuk membeli tiket MAS. Yang peliknya bila my cousin kata nak bayar tunai tiket air asia, tiba-tiba saja pegawai ni kata ada tiket lagi dengan air asia ............ ..... (nampaknya semua peringkat yang mengambil kesempatan)

Pihak imigresyen Bangkok telah mengecop Pasport my cousin dan isteri beliau sebagai 'Thief'! Bukan itu saja, my cousin telah digari untuk di bawa ke pesawat. Setiba di pesawat pasport beliau telah diserahkan kepada pihak Air Asia dan apabila sampai di KL pihak imigresyen KL diminta mengiring my cousin ke pejabat imigresyen di Lapangan LCCT. Waktu di pejabat tersebut my cousin telah diberitahu bahawa kejadian ini setiap harinya terjadi kepada rakyat kita........ .... tapi yang peliknya kenapa perkara ini masih dirahsiakan dari kita semua? Pihak kedutaan kita pun menyatakan perkara yang sama...... dan menasihatkan my cousin supaya memberitahu keluarga dan sahabat handai untuk tidak ke Thailand dalam waktu yang terdekat ini sehingga keadaan politik di negara tersebut kembali stabil. Sekiranya ini tidak terjadi kepada keluarga saya sendiri, saya pasti tidak mempercayainya. ..... macam cerita wayang saja....... tapi percayalah.. ... memang ini kisah benar.

Puteri Sejinjang

Ni karya aku yang aku anto utk peraduan Fair & Lovely. Mase anto, tak bagitau kat boss aku sebab takut die jadik hakim nanti. (Die slalu jadi hakim bab2 karang-mengarang nih). Malu pun satu hal. Skali betul2 die jadi hakim. eke..ke..ke.. Satu hari tu die panggil aku masuk bilik. Senyum2 lagi tuh. Die ckp, mase die jadi hakim utk peringkat akhir, die terkejut tgk name aku ade. Die tanye, 'nape comot sgt?'. He..he.. mlm tuh aku tibai mengarang coz besok da tarikh tutup. Memalam bute tu gak aku mengedit karya sendiri. Laki aku maleh nak layan. Bile aku bace depan die, die buat2 berdengkur. Kureng asam punye husband. Bile kite komen die tak bagi semangat n sokongan, dan dan die bangun n bagi kate2 semangat sambil tersenyum siput. he..he..Boss aku kate lagi, karya aku ni masuk gak la dlm senarai akhir. Jadik la tu ... (Bile aku bace balik, hmm ... no comment. Sekurang-kurangnye aku tau, bukan senang nak jadi penulis.)
“Betul Marsyitah, Kak Long nampak dengan mata kepala Kak Long sendiri.” Bersungguh-sungguh Kak Long meyakinkan aku tentang kecurangan Badrul.
“Pelanduk dua serupa kot.”Hmmm … aku sendiri ragu dengan telahanku sendiri.
“Pelanduk dua serupa apanya? Takkan Kak Long tak cam tunang kamu. Ini bukan kali pertama Kak Long ingatkan kamu tentang perangai Badrul tu.”
Aku cuma membisukan diri. Ketingan halus dari pinggan mangkuk yang berlaga di singki ibarat hatiku yang kian berkocak. Benarkah Badrul curang? Apakah kekurangan aku?
“Huh … cakap Kak Long bukan kamu nak percaya!. Sudahlah Marsyitah, cuma satu je yang Kak Long nak bagitahu, perempuan yang Badrul kepit ke hulu ke hilir tu jauh lebih cantik daripada kamu.”
Kak Long meninggalkan aku yang termanggu sendirian di dapur. Kelopak mataku kian panas. Hatiku bagai disiat-siat.
Bilik ini bagai kosong sekosong hatiku. Hendak menghubungi Badrul, hati ini seolah sudah merajuk. Dari siang tadi talifon tidak berjawab. Berpuluh-puluh mesej dihantar, langsung tidak dibalas. Aku bingkas mengambil wuduk. Insya-ALLAH … hatiku akan tenang menghadap Illahi. Seusai solat, aku memanjatkan doa.

“Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi mengasihahi. Sekiranya Badrul adalah jodohku yang terbaik, maka dekatkanlah dia padaku. Sekiranya Badrul bukan jodohku dan bukan terbaik untukku maka kau berilah petunjuk dan jauhilah aku daripada-Nya. Kurniakanlah aku insan yang lebih baik daripadanya.”

Bunyi hon yang membingitkan telinga bertalu-talu dari luar. Aku mengintai dari tingkap. Kak Long? Apa pulak lepas ini.

“Cepat siap! Kak Long nak bawa kamu keluar.” Kecut perut aku dibuatnya. Aku segera menukar baju dan menyarung tudung. Sempat aku menilik raut wajahku. Kulitku yang kusam inikah yang Badrul tidak suka? Parut di dahi inikah yang Badrul benci?.
Bunyi hon sekali lagi mematikan lamunanku. Lantas aku capai beg tangan di sisiku. Muka Kak Long sudah mencuka.
Sepanjang perjalanan, kami cuma membisu. Kak Long menghentikan keretanya di Kuantan Parade.Setelah keluar, dia membuka pula pintu di sebelahku, lalu merentap kasar tanganku.

“Nak pergi mana?” Aku mula tidak senang dengan perlakuan kasar Kak Long. Kak Long hanya mendiamkan diri. Langkah kami dipakukan di depan Pizza Hut.

“Kamu tak percayakan Kak Long kan? Tu … sana tu, bukan Badrul bin Dato’ Taha ? Bukan tunang kamu?”

Menggigil rasa seluruh badan. Ya! Itu memang Badrul. Siapa perempuan berkulit cerah dan berambut panjang itu? Kelopak mataku sudah digenangai air. Degup jantungku semakin laju. Pandangan Kak Long berubah sayu. Tanganku digenggam erat.

“Kak Long ada. Kamu tunggu sini.” Kak Long menginggalkan aku yang sudah semakin lemah di depan restoran Pizza. Pandangan orang sekeliling langsung tidak aku pedulikan. Pertengkarana antara Kak Long dan Badrul hanya sayup di pendengaranku.

“Ini untuk adik aku yang kau khianati!” Secawan air membasahi muka Badrul. Jeritan Sarah, yang mungkin teman wanita tunangku itu seolah-olah berlawan dengan suara Kak Long. Aku sudah semakin lemah. Padanganku semakin kabur!

Kak Long sudah merentap tanganku dan mengatur langkah laju ke ruang meletak kereta.
“Hey perempuan tak sedar diri! Mulai hari ini, antara aku dan kau sudah tidak ada apa-apa. Balik rumah ni kau cermin dulu muka tu baik-baik. Kau tak layak jadi isteri Badrul Dato’ Taha! Kau ingat tu perempuan sial!”

Tiada kata yang mampu aku ucapkan lagi. Tangan Kak Long aku genggam erat. ‘Jangan tambahkan lagi penghinaan dia Kak Long,’ detik hatiku sayu. Hanya air mata menyatakan pedihnya hatiku kala ini. Kalau tidak disabarkan, mungkin Kak Long menyerang lagi. Hatiku yang sudah parah disiat lagi. Ya ALLAH ... dugaan apakah ini?
Kereta Kak Long meluncur laju. Sumpah seranah Kak Long hanya ibarat angin lalu di telingaku. Kenapa selama ini aku tidak sedar bahawa Badrul tidak cintakan aku? Kenapa selama ini aku tidak mencermin mukaku dahulu sebelum sudi menjadi tunangannya? Aghhhh !!! … bodohnya aku!
Malam itu Badrul datang ke rumah. Berani betul dia! Mujurlah Kak Long tiada di rumah. Ibu menyambut Badrul dengan baik, lalu terkocoh-kocoh pula membancuh air di dapur dan aku bagai dipasak di depan lelaki tak guna ini.
“Aku tak nak cakap banyak, Ya, aku tak cintakan kau selama ini dan pertunangan kita adalah atas permintaan mama dan papa. Itu semua adalah untuk menyelamatkan Mutiara Holdings. Kau kena berkerjasama dengan aku. Hubungan kita putus, tapi aku nak kau mengaku yang kau lah puncanya. Kalau tidak, kau jangan menyesal dengan apa yang berlaku selepas ini.” Bisikan racun Badrul benar-benar menikam tangkai jantungku. Begitu sekali penghinaannya padaku!

“Kau keluar sekarang …!” Suaraku tersekat-sekat.

“Marsyitah ….” Badrul sudah mati akal.

“Aku kata keluar, keluar! Kalau kau datang semata-mata nak menyakitkan hati aku, baik kau berambus!” Aku bagai diserang histeria. Sakitnya hatiku hanya Tuhan yang tahu. Cawan-cawan di tangan mak sudah terhempas ke lantai.

“Mak lihatlah apa yang bakal menantu harapan mak buat pada anak bongsu mak …. Kasihanilah Marsyitah mak ….” Aku sudah terjelepuk di lantai. Mak memelukku erat dan Badrul melangkah keluar tanpa menoleh ke belakang lagi. Ya Allah … berikanlah aku kekuatan. Malunya aku … malunya seluruh keluargaku. Kad jemputan sudahpun diedarkan, tapi aku sudahpun ditinggalkan.

Seharian aku tidak menjamah makanan. Separuh mati aku membela diri di depan abah,tapi abah tetap percayakan fitnah yang disebarkan oleh Badrul.. Mak dan Kak Long cuba menerangkan pada abah, tapi abah tetap dengan kedegilannya. “Kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang!” Itulah yang diulang-ulang oleh abah. Pada abah, benarlah aku yang curang, akulah puncanya! Pertunangan ini putus akulah penyebabnya! Semuanya aku! Aku! Aku!. Jemariku mengelus lembut pipiku yang masih perit kerana tamparan abah. Sakitnya pipiku, sakit lagi hatiku.
Badrul, suatu hari nanti kau pasti akan melutut di kakiku! Abah, Tuhan sentiasa berada bersama orang yang benar. Anak abah yang kurang ajar inilah yang akan membahagiakan abah suatu hari nanti.

Surat panggilan temuduga aku tatap lama.Jawatan setiausaha di sebuah syarikat gergasi seperti Purnama Holding sudah lama aku idamkam. Aku ligat memikirkan baju yang sesuai, Agh … sudah lama aku tidak membeli baju baru. Aku mencapai kurung merah jambu dari almari. Aku gayakan pula di depan cermin. ‘Masih cantik!’ detik hatiku nakal. Tapi … tanganku meraba parut di dahi. Kulit kusamku dibelai lembut. Kalaulah kulitku secerah dan segebu Kak Long, alangkah baiknya. Kak Long? Aku bingkas mencapai talifon bimbit. Berita panggilan temuduga itu nyata turut menggembirakannya. Kerusuhan hatiku, ku khabarkan jua.
“Kebetulan hujung minggu ni Kak Long ada conference di UiTM, nanti Kak Long singgah rumah kamu.” Kata-kata Kak Long benar-benar menceriakan hatiku. Harap-harap ada baju baru dan petua cerahkan kulit untukku. Tak sabarnya!

“Nah, ini rendang ayam mak kirim.” Sayu hatiku.
“Abah tak kirim apa-apa?” soalku penuh mengharap. Kak Long cuma menggeleng kepala.
Sejak Badrul memfitnahku, aku membawa diri ke Shah Alam. Menyambung belajar di bidang kesetiausahaan. Mujurlah pendaftaran baru terlepas dua minggu dan pertolongan Auntie Zara, adik mak yang bekerja sebagai Dekan di fakulti tersebut banyak membantu. Suatu masa dulu abah meminta aku menyimpan sahaja surat tawaran belajar tersebut kerana mahu aku mendirikan rumah tangga bersama Badrul, anak tunggal rakan perniagaannya. Ya lah … kita cuma merancang, tapi Tuhan yang menentukan.
“Ambik ni.” Kebaya merah bersulam manik halus itu sungguh cantik. Aku menggayakannya di depan Kak Long.
“Baju ni cantik, tapi tak sesuailah dengan kulit Marsyitah yang gelap ni. Tak ada petua ke Kak Long? Temuduga cuma tinggal tiga minggu je lagi.”
“Alahai Dayang Senandung ni, nak jadi Puteri Sejinjang ke?” Kak Long menggiatku dengan gelaran yang aku sandang sedari kecil kerana kulitku yang gelap. Aku memuncungkan muka.
“Nah, pakai Krim Pencerah Lengkap Fair & Lovely ni. Krim ni kaya dengan Kompleks BioVita, vitamin B3, B6, C dan E. Kak Long dah pakai lama, sebab tu kulit Kak Long gebu dan cantik seperti Puteri Santubung.”
Aku merampas krim tersebut dari tangan Kak Long.

“Sempat ke nak cerah?”

“Pakai dulu, Kak Long yakin masuk minggu ketiga, kulit kamu akan cerah berseri.”

Doaku seusai solat Subuh lebih panjang daripada biasa. Aku benar-benar berharap temuduga pagi ini berjalan dengan lancar. Aku menyarung kebaya merah pemberian Kak Long. ‘Cantik betul, secantik orang yang memakainya!’ pujiku sendiri. Sesuai dengan kulit wajahku yang semakin cerah berseri. Macam tak percaya pula Dayang Senandung seperti aku ini boleh cerah seperti ini. Aduh … kalau aku balik kampung, mesti mak terkejut. Maklumlah Dayang Senandung dah jadi Puteri Sejinjang! Aku tergelak kecil dan tanganku menggenggam erat Krim Pencerah Lengkap Fair & Lovely.
Penemuduga muda itu merenung mukaku bersilih ganti dengan gambar di borang kerja yang aku hantar sebulan lepas.
“Ni awak ke?” aku mengerutkan dahi, lalu mengangguk.
“Lainlah … gambar ni tak cukup lighting ke? Gelap semacam je.” Mukaku sudah merona merah.
“Agaknya kot.” Ringkas jawapanku membuatkan dia dan Puan Rohani tergelak. Dia tak tahu, inilah penangan Fair & Lovely!. Aku mengintai tanda namanya. Rosman Haiqal. Nak panggil Encik Rosman ke Encik Haiqal? Hmm … belasah saja lah.

Alhamdulillah, semua soalan temuduga aku jawab dengan tenang, walaupun banyak soalan yang pelik-pelik keluar dari mulut Encik Rosman. Ada ke dia tanya dia tu handsome ke tak? Yark!!! …

Aku semakin cekap menjalankan tugas sebagai setiausaha di Purnama Holding. Nak tau siapa bos aku? Siapa lagi, Encik Rosman la! Mujurlah dia boss yang baik dan bertanggungjawab. Gila-gila orangnya, tapi semuanya harapkan aku. Dari membancuh milo hinggalah menemankannya memilih kemeja baru.

‘Happy Birthday wahai Puteri Sejinjang!’ Aku mencapai kad dari sejambak bunga tulip di mejaku. Deringan talifon di meja mengalih tumpuanku.

“Happy Birthday! Suka tak bunga tu?” Aku mengiyakan sahaja. Kalau cakap tak suka, nanti merajuk pula. Aku mengingatkannya tentang temujanji dengan Cik Sharifah Shahila dari Global Holding petang ini.

“You follow sekali la. Lunch ni I ambik u di pejabat.”

“Tapi appointment tu pukul tiga.” Aku cuba berdalih.
“Today is your birthday. I nak belanja u makan, then kita pergi jumpa Cik Sharifah Shahila di Concorde. Ada masalah ke?” Aku sudah terperangkap.
“Kena bawa apa-apa ke? File ke, dokumen ke?” Aduh … aku semakin tak keruan.
“Marsyitah … takkan nak dating kena bawak file dan dokumen.” Ketawanya sudah berlagu di corong talifon. Malunya aku ….
Tepat pukul 2.45, kami sudah berada di Hotel Concorde.
“Kenapa U tak cakap Cik Sharifah bawa teman?” Teman? Aku mengalih pandangan ke sudut kiri. Cik Sharifah melambai tangan. Lelaki di depannya turut berpaling. Ya Allah … Dugaan apa lagi ini. Longlai rasa kakiku.
“Marsyitah, are you okay?” Kegusaranku cepat ditangkap oleh Encik Rosman.
“Ok.” Aku menggagahkan diri. Be professional Marsyitah. Buktikan yang kau kuat!

Perbincangan berlangsung hampir dua jam. Aku langsung tidak mempedulikan renungan Badrul. Semua topik hanya berkisar tentang projek kerjasama antara Purnama Holding dan Global Holding. Encik Rosman menghulurkan kadnya pada Badrul selaku orang yang akan mengambil alih tugas sepanjang cik Sharifah ke Jepun nanti.

“Kad cik Marsyitah tak ada ke?” Badrul cuba memerangkapku.

“Maaf, kad I dah habis.” Aku cuba mengelak.

“Kalau macam tu, I hubungi u di pejabat sahaja.” Pandai-pandai je mamat ni memberi cadangan bodohnya!

“U hubungi I terus lagi senang, sebab Marsyitah hanya pembantu saya dalam menyiapkan projek ini.” Lain benar nada suara Encik Rosman. Cemburu kah?

Sejak hari itu, Badrul sering cuba bercakap denganku di talifon.

“Hampir I tak kenal dengan U hari tu. Macam dah jodoh pula. U cantik sekarang. Kulit U nampak putih berseri. Tak macam dulu.”

“Kenapa? Dulu Marsyitah gelap? Tak cantik macam Sarah? Ok lah … Marsyitah banyak kerja sekarang ni. Lagipun Marsyitah tak layak bercakap dengan Badrul Dato’ Taha. Ye la … kita kan tak cantik, gelap, tak kaya macam orang tu ….” Aku memulangkan paku buah keras. Padan muka!

Tak cukup dengan itu, Badrul cuba berbaik-baik dengan keluargaku. Dia juga sudah mengaku segala perbuatan buruknya dahulu pada abah. Saban hari bertanya khabar dan merisik-risik tentangku. Kak Long menghubungiku di pejabat dan cukup berapi-api menceritakan kejelekannya dengan perangai Badrul sekarang. Ada ke dia hendak menghantar rombongan merisik untuk kali kedua. Dan kononnya ingin mempercepatkan urusan yang baik. Gila! Badrul memang sudah gila!
Aku bagaikan tidak percaya mendengar suara abah di corong talifon. Hampir setahun abah meminggirkan aku dari keluarga. Permintaannya agar aku balik ke rumah hujung minggu ini mustahil untukku tolak. Hari itu juga aku memohon cuti dua hari daripada Encik Rosman. Tanpa banyak soal, cuti aku diluluskan. Cuma dia berpesan agar aku sentiasa menyemak emel dan sms walaupun berada di kampung. Huh … nak suruh aku jadi gila kerja macam dia juga agaknya!

“Kenapa tak balik semalam? Boss Marsyitah tak bagi Dayang Senandung opss Puteri Sejinjang mak cuti ke?” Mak sudah memelukku erat. Abah cuma senyum memandangku. Sejuk tangannya kusalami.
“Takkanlah Encik Rosman tak bagi cuti mak oii ….” Kak Long tiba-tiba menyampuk sambil tersenyum. Aku mengerling geram. Memang aku ada cerita tentang ‘kebaikan semacam’ Encik Rosman, tapi berkali-kali juga aku mengingatkan bahawa ‘kebaikan semacam’ itu takkan sampai ke mana. Ye lah … aku kan setiausaha sahaja. Sharifah Shahila lagi padan dengannya. Sama lawa, sama kaya dan yang penting sekali sama darjat!.
Petang itu, topik Badrul dan Encik Rosman pula menjadi pilihan. Susah juga aku nak menerangkan satu persatu. Lagi-lagi Kak Long yang tak habis-habis menyakatku. Dia membanding-bandingkan Encik Rosman dengan Badrul.
“Nanti famili dia nak datang tau.” Kata-kata Kak Long menakutkanku. Sudah gilakah Badrul?
“Mak dan abah tak cakap apa-apa ke masa diorang call?” aku semakin cemas.
“La … orang nak datang, apa salahnya.” Aku tak tahu kenapa mak dan abah begitu tenang. Tak ingatkah mereka dengan perbuatan keji Badrul suatu masa dahulu? Talifon bimbit Kak Long menjerit kuat. Dia bingkas bangun menjawab panggilan. Hatiku marah pula pada si pemanggil. Kalau tidak, mesti Kak Long orang yang akan menentang keras ‘lawatan’ orang tua Badrul itu.

Ketukan pintu yang agak kuat mengejutkan lenaku. Aku terpisat-pisat membuka pintu.
“Ya Allah … anak dara Tuan Haji Syuib ni tak mandi lagi ke? Cepat mandi! Pakai baju ni!” Terbeliak mataku memandang baju kurung kain lace berwarna biru muda itu. Segala persoalan seolah-olah tersekat di kerongkong. Bau gulai menusuk ke hidung. Sudah …! Aku berlari anak ke dapur, lalu menerpa mak yang sedang memasak.
“Mak, Marsyitah tak setuju mak. Kasihanilah Marsyitah, mak.” Aku sudah melutut dan menggoyang-goyangkan kaki mak.
“Ai … mengigau ke apa budak ni? Semalam kan dah cakap famili dia nak datang. Bukannya terus kahwin pun. Merisik-risik aje. Ini semuakan untuk kebaikan kamu juga.” Aku cukup terpukul dengan kata-kata mak. Kak Long entah hilang ke mana pula kali ini!
Tiada guna bercakap dengan mak dan abah lagi. Hubungan baik mak, abah dengan Dato’ Taha dan Datin Zurin mungkin sudah cukup untuk mengubat luka yang pernah Badrul calarkan di hati mak dan abah. Aku nekad mengurungkan diri di dalam bilik. Kak Long sudah mati akal memujukku hingga menyelitkan satu surat di bawah pintu. Lama juga aku merenung sampul merah jambu itu, baharulah aku mengambilnya.

‘Hai Puteri Sejinjang, sudikah Puteri Sejinjang menerima Putera Murud ini sebagai suami yang sah?’
Majikanmu yang handsome,
Rosman Haiqal.

Nadiku bagaikan terhenti. Aku segera teringatkan pesanannya agar selalu menyemak emel dan sms. Komputer riba lantas ku buka. Emel dari Putera Murud menarik perhatianku. Satu-persatu diceritakannya padaku. Rupa-rupanya Kak Long menghubungi Encik Rosman di pejabat selepas menghubungiku hari itu. Dan dialah tok dalangnya. Panggilan yang Kak Long sambut petang semalam ialah panggilan daripada Encik Rosman! Patutlah dia nampak okay je! Aku bagaikan tidak percaya. Patutlah cuti lulus tanpa banyak soal, rupanya kerana urusan bersama! Ketukan pintu sekaligus membuka pintu hatiku untuk memulas tombol berkunci itu. Kak Long tersenyum nakal sambil membawa gubahan Fair & Lovely set lengkap yang sangat cantik. Aku tersenyum malu bercampur geram.
“Diam tanda setuju, senyum tanda suka. Putera Murud dah lama tunggu, Puteri Sejinjang tak nak turun ke? Kesian dia. Keluar peluh masinnya!” Aku mencubit lengan Kak Long. Geramnya!!!... dan SUKANYA!!!... Terima kasih Fair & Lovely! Kau benar-benar mengubah hidupku.

APABILA DOA KITA TIDAK DIMAKBULKAN.

Kecewa juga apabila doa yang dipohon siang dan malam tidak termakbul. Kita mula mengira-ngira dosa apakah yang kita buat hingga doa kita tidak dimakbulkan. Orang kata, doa itu mestilah diiringi dengan usaha. Itupun sudah dilakukan!. Hmmm ... itu semua dugaan. Mungkin kita lupa satu perkara. Doa mestilah diiringi dengan usaha dan seterusnya adalah tawakal.